Jika wang RM2.6 billion yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak itu dikhususkan untuk parti UMNO, mengapakah timbalan presiden Muhyiddin Yassin tidak tahu apa-apa mengenai wang itu?
Persoalan ini telah dikemukakan pada hari ini oleh timbalan prresiden PKR Rafizi Ramli sebagai responsnya kepada pengarah komunikasi strategic BN Abdul Rahman Dahlan yang membuat kenyataan semasa ditemubual di TV mengenai amaun derma politik itu.
… Rafizi juga mengkritik penilaian Abdul Rahman bahawa amaun sebesar itu telah diperlukan untuk merampas balik negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang pada pilihanraya yang lepas …
Dia juga menunjukkan bahawa jika separuh dari jumlah itu telah digunakan untuk pilihanraya, ianya akan melebihi perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk kerusi-kerusi parlimen, menurut undang-undang pilihanraya.
“Ini bermakna semua calon BN telah menyalahi undang-undang pilihanraya pada pilihanraya ke-13 yang lalu, maka kerusi-kerusi mereka telah dimenangi secara tidak sah,” katanya.
Patutlah PM telah mengambil masa yang begitu lama sebelum dapat mengemukakan ‘alasan’ yang telah dikeluarkan oleh orang-orang kanannya seperti Abdul Rahman Dahlan.
Sememangnya alasan-alasan derma bagi menjawab persoalan-persoalan itu lebih membangkitkan banyak persoalan dari jawapan, dan persoalan-persoalan itu kini semakin menjadi bualan ke seluruh Malaysia.
Kita diberitahu bahawa wang sejumlah itu merupakan “derma dari orang yang tidak dikenali”; bahawa ianya dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM, bukan untuk “kegunaan peribadinya” dan kini dikhususkan untuk membiayai piliharaya umum bagi pihak BN.
Namun para pemimpin BN yang lain, termasuk Dr Mahathir, telah menjelaskan bahawa di bawah peraturan parti sebarang bentuk derma tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi Pengerusi dan pengurus wang itu harus dikendalikan oleh tiga orang penandatangan yang dilantik untuk setiap bayaran yang dibuat – Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari.
Namun, dalam keadaan ini, Timbalan Pengerusi UMNO telah mengumumkan bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang wang sejumlah ini.
Berhubung had-had berbelanja semasa pilihanraya, beberapa orang dari penyokong Najib telah cuba mengatakan bahawa tidak akan had perbelanjaan jika wang itu dibelanjakan DI LUAR musim pilihanraya dan inilah masanya apabila semua lebihan ratusan juta dollar yang melebih had perbelanjaan itu mungkin telah diedar-edarkan.
Namun, Najib dikatakan telah menerima wang sejumlah ini pada 21hb dan 25hb Mac 2015 – Parlimen dibubarkan pada 3hb April. Bagaimana mungkin PM mampu membelanja jumlah rahsia atas nama UMNO dalam masa lebih satu minggu?
Patutlah PM itu mengambil masa lebih satu bulan sebelum mengeluarkan alasan yang tidak munasabah ini. Rumusannya, dia tidak mampu memberikan alasan yang lebih baik.
Tetapi sekurang-kurangnya pengakuannya bahawa Sarawak Report tidak menerbitkan dokumen-dokumen yang telah diganggu atau dipalsukan. Hakikat bahawa dia telah juga mencuba menangkap semua penguatkuasa dan pegawai-pegawai kanan undang-undang untu mengetahui siapakah yang telah membocorkan urusniaga rahsinya menjelaskan mengapa media-media antarabangsa telah mula menganggap Malaysia sebagai negara yang bersikap kasar – maksudnya undang-undangnya tidak digunapakai dengan betul.