Pembiaya Global Diketahui Tempat Persembunyiannya …

Low bukan hanya memilik sebuah paspot haram US – malah dia ada dua!
Low bukan hanya memilik sebuah paspot haram US – malah dia ada dua!

Sarawak Report kini boleh mengesahkan bahawa pembiaya global, penderma dan penggemar majlis-majlis keramaian antarabangsa, Taek Jho Low dari Malaysia, telah berpindah ke Taiwan.

Berita ini pasti akan menyedihkan kelab-kelab malam Las Vegas yang menggemari minuman mewah berjenama Crystal dan rakan-rakannya dari Hollywood seperti, antara lainnya, Leonardo di Caprio.

Namun, mereka yang sangat rapat dengannya mengesahkan bahawa dia kini telah menetap di negara pulau itu dan mengatur pergerakan mingguannya dari negara itu.

Kami difahamkan bahawa Low amat teransang untuk meneruskan gaya hidup mewahnya di negara itu berdasarkan reputasi republic itu sebagai titik hitam berekstradisi.

Berbelanja semasa berpesta – Jho Low mengharapkan kesan Crystal
Berbelanja semasa berpesta – Jho Low mengharapkan kesan Crystal

Taiwan, khususnya, bukan di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat, di mana kedua-dua buah negara itu tiada hubungan diplomatic sejak 1979.

Ini amat ketara kerana Sarawak Report boleh mendedahkan bahawa Jho low bukan hanya memiliki dua paspot Amerika, tetapi dua.

Nombor-nombor pendaftaran paspot-paspot ini adalah A10690483 dan A19877008. Kedua-dua paspot ini tidak sah dimiliki oleh seseorang warganegara Malaysia di bawah undang-undang kewarganegaraannya yang tegas.

Di bawah undang-undang US Jho Low dibenarkan memiliki dua paspot. Namun, memandangkan dia kini merupakan seorang rakyat Amerika dia juga berada di bawah undang-undang Amerika, khususnya berhubung jenayah pengubahan wang hasil dari amalan rasuah menerusi sistem kewangan US.

Jho Low mempromosikan dirinya sebagai ‘penderma’ berhati murah cth menyumbangkan US$50 juta untuk kajian penyakit kanser, namun adakah wang itu datang dari dana pembangunan Malaysia?
Jho Low mempromosikan dirinya sebagai ‘penderma’ berhati murah cth menyumbangkan US$50 juta untuk kajian penyakit kanser, namun adakah wang itu datang dari dana pembangunan Malaysia?

Beberapa buah badah penyiasatan dari pelbagai bidang kuasa telah mulai mengesahkan bahawa mereka akan merasa gembira jika mereka dapat menemui dan bercakap dengan Jho Low, kerana mereka percaya dia dapat membantu mereka dalam inkuiri-inkuiri siasatan mereka pada kehilangan wang beribu juta dollar dari dana pembangunan Malaysia, 1MDB.

Jho Low merupakan orang terpenting semasa penubuhan usahasama 1MDB PetroSaudi, sebagai contohnya, di mana dia sememangnya tidak ingin diketahui sesiapa tentang kehadiran dan peranan pentingnya.

Dia juga merupakan orang hubungan terpenting bersama dana Abu Dhabi di mana dia telah berjaya mengendalikan beberapa urusniaga peribadi dalam masa Aabar melaksanakan sesuatu yang baik di sebalik peranan pasif mereka sebagaimana diiklankan sebagai rakaniaga 1MDB dalam pebauran yang besar-besar.

Pihak SPRM telah menunjukkan minat mereka untuk bertemu dengan Jho Low mengenai perkara ini, memandangkan Suruhanjaya Kira-Kira Parlimen (PAC) (yang kini masih digantung peranannya disebabkan tindakan Perdana Menteri).

Merasa selamat di Malaysia?
Merasa selamat di Malaysia?

Adalah dipercayai bahawa inkuiri-inkuiri yang tidak menonjol kini sedang dilaksanakan oleh para penguatkuasa undang-undang US pada perkara-perkara ini, yang turut ingin tahu di mana dia sedang berada sekarang.

Pada keadaan yang lain pula, Ketua Polis Negara Malaysia belum lagi berbuat apa-apa untuk mendapatkan waran tangkap ke atas Jho Low, jauh lagi meletakkannya dalam senarai orang dikehendaki Interpol kerana jenayah yang begitu besar, seperti mencuri beribu juta dollar wang awam.

Ketua Polis Negara itu hanya berminat untuk mengambil tindakan ke atas media seperti Sarawak Report yang sering memberikan butir-butir awal mengenai kehilangan wang dan mencetuskan banyak siasatan, di mana dia dan Najib kini dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan.

Sebenarnya, pencaturan semula ahli-ahli parlimen Najib akan dilihat sebagai usaha mereka untuk menjadikan PM dan rerakannya berada di atas undang-undang, mungkin tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang selamat buat Jho Low?

Adalah difahamkan bahawa anak kelahiran Pulau Pinang yang kaya raya ini kini berasa gementar kerana masyarakatnya sendiri kini tidak akan berasa kesian terhadap dirinya kerana mereka melihat bukti bahawa wang beribu juta mereka yang hilang itu kini dikatakan semakin meningkat, cukai-cukai naik dan nilai matawang ringgit mereka jatuh menjunam. Hanya dia seorang sahaja merasa selamat menetap di Taipei.

Jho Low kini risau akan simpanan wangnya di luar negara dan akaun-akaunnya di luar negara.

Brushstroke oleh Roy Lichtenstein…. bernilai sekitar sejuta dollar
Brushstroke oleh Roy Lichtenstein…. bernilai sekitar sejuta dollar

Akaun-akaunnya di bank BSI di Singapura kini telahpun dibekukan. Sarawak Report kini juga difahamkan bahawa serangkaian akaun-akaunnya di Kepulauan Guernsey (British Channel Islands) juga turut digantung, memberi ruang pada penyiasatan.

Pihak-pihak berkuasa yang relevan dilaporkan bahawa mereka percaya yang kandungan akaun-akaun ini mungkin mewakili hasil dan habuan dari amalan rasuah.

Kami percaya bahawa Jho Low akan mula berjimat cermat dan menetap di Taiwan. Namun dia masih dilihat berbelanja besar untuk rerakan yang rapat dengannya dan juga dana-dananya semenjak menghadapi penilaian perundangan di negara kelahirannya, Malaysia.

Di San Tropez bulan lalu wangnya masih dilihat mengalir dengan mencukupi dari jauh untuk membekalkan sebuah arka seni yang mahal yang dilelong semasa acara sumbangsih ekologi yang dianjurkan oleh rakan pendermanya Leonardo di Caprio.

Jho Low juga menyumbangkan wang yang banyak kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk mengendalikan latihan dan program-program bagi wartawan.

Secara ironinya wartawan-wartawan yang menerima latihan yang dibiayai oleh wang Jho Low di Malaysia akan memberikan kejayaan bagi mereka, hanya jika mereka berani untuk menangani gejala rasuah di kedudukan yang tinggi.

Rasa risau juga turut berkembang bahawa wang untuk “membasmi kemiskinan” menerusi program media UN itu sedang disiasat berhubung kecurian wang yang begitu banyak dari dana pembangunan Malaysia.

Kami telah cuba memberi amaran pada pihak UN yang juga selaku penerima pembiayaan daripada Jho Low, namun mereka enggan mendengar amaran kami!

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

Scroll to Top