Sebuah Lagi Bank, New York Mellon, Turut Terbongkar Sebagai Terbabit Dalam Skandal 1MDB/Aabar

Sebuah hadiah yang amat cantik untuk pengurus bank peribadi anda di Edmond de Rothschilde

Sebuah hadiah yang amat cantik untuk pengurus bank peribadi anda di Edmond de Rothschilde

Senarai bank-bank utama antarabangsa yang telah bersedia membuta tuli pada jenayah pengubahan wang haram merentas global bagi pihak klien-klien ternama mereka, yang terbabit dengan 1MDB dan Aabar, kini semakin berkembang.

Begitu juga kesan dari jenayah itu yang menimpa beberapa orang pegawai tertinggi bank-bank itu telah dipecat dari jawatan mereka.

Mereka ini termasuk bos dalam Goldman Sachs rantau Asia Tenggara, ‘Dr’ (palsu) Tim Leissner; bos BSI Singapura HansPeter Brunner; Ketua Pegawai Eksekutif dalam Edmond de Rothschilde Banque Privee Marc Ambriosien (sila lihat hadiah nya daripada kliennya) dan bekas Ketua Eksekutif dalam ANZ yang dipinjamkan kepada AmBank di KL, tetapi dibawa pulang pada awal tahun lalu, Ashok Ramamurthy.

Namun lagi banyak persoalan penting yang belum terjawab oleh bank-bank itu sendiri dan mengenai beberapa orang eksekutif utama yang masih menjawat jawatan mereka. Salah seorang dari mereka adalah Mandy Simpson, Ketua Pegawai Kewangan, yang juga dipinjam dari bank ANZ.

Ashok Ramamurthy dan CFO-nya Mandy Simpson, kedua-duanya dipinjam dari bank ANZ Australia kepada AmBank

Ashok Ramamurthy dan CFO-nya Mandy Simpson, kedua-duanya dipinjam dari bank ANZ Australia kepada AmBank

Lagi pun, Mandy Simpson juga mengawalselia penerimaan lebih satu billion dollar dari syarikat-syarikat seperti Blackstone Asia Real Estate Partners (BVI), yang telah dikenali sebagai didaftarkan di bawah Jho Low, dan Tanore Finance Corporation (BVI) ke dalam akaun milik Perdana Menteri.

Surat rujukan daripada syarikat Blackstone ditandatangani oleh seorang ‘shiekh’, namun pemegang utama saham-sahamnya adalah Jho Low

Surat rujukan daripada syarikat Blackstone ditandatangani oleh seorang ‘shiekh’, namun pemegang utama saham-sahamnya adalah Jho Low

Seperti yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report, AmBank telah menerima beberapa siri surat untuk menyokong beberapa bayaran bermisteri ini – semuanya dihantar oleh orang yang sama, yang hanya dikenali sebagai ‘Yang Mulia Saud Abdulaziz Majid al-Saud’.

Setakat ini belum ada siapa yang dapat mengesahkan sesiapa yang mempunyai sumber sebanyak itu atau secara sahnya mempunyai alasan untuk memberikan Najib wang sebanyak itu. Namun sumber kewangan yang dapat disahkan adalah sebuah syarikat penyamar yang dinamakan Blackstone Asia Real Estate Partners (BVI) milik proksi Najib, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bagai mana mudahnya Mandy Simpson telah meluluskan pemindahan wang kepada Bank Pusat di Malaysia di hadapan para bosnya?

Bank-bank lain yang telah direkodkan sebagai membantu pemindahan wang yang begitu banyak dalam jaringan 1MDB/Aabar adalah Coutts, JP Morgan, BSI, Standard Chartered, Deutsche Bank dan Falcon Bank.

Bank terkini yang telah dikenalpasti terbabit dalam skandal itu adalah New York Bank Mellon. Turut ditemui kini bahawa cawangan bank ini di London memegang tiga akaun pelaburan milik anak-anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB GIL, 1MDB Energy dan 1MDB Energy Langat.

Bekas bos dalam Aabar, Khadem Al Qubaisi telah mengendalikan kehilangan lebih banyak billion dan bersekongkol dengan rakan sehiburannya Jho Low

Bekas bos dalam Aabar, Khadem Al Qubaisi telah mengendalikan kehilangan lebih banyak billion dan bersekongkol dengan rakan sehiburannya Jho Low

Dengan kehilangan ratusan juta dollar dari akaun-akaun bank tiga buah anak syarikat maka Mellon Bank dijangka tidak teragak-agak dalam kedudukan membantu para penguatkuasa mengesan wang yang hilang itu.

Sarawak Report juga telah memperolehi dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Mellon Bank telah diketahui sebagai institusi penjelasan wang yang telah digunakan oleh Marc Ambroisien yang telah dilucutkan jawatannya, dari Banque Privee Edmond de Rothschilde (BPERE) Luxembourgh, untuk memproses SETENGAH BILLION DOLLAR sebagai bayaran kepada klien utamanya, bekas pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.

Setengah billion dollar yang dihantar kepada Khadem oleh pemilik BAREPL (BVI) Jho Low pada tahun 2012, yang serentak dengan masa ‘urusniaga pembelian tenaga’ yang kurang jelas antara 1MDB Energy dan Aabar.

Standard Chartered Bank di Singapura telah menghantar permohonan pindahan itu, Mellon Bank telah memproses permohonan itu dan bos BPERE, Marc Ambroisien telah menerima masuk ke dalam akaun Khaden di BPERE Luxembourgh.

Tidakkah ketiga bank ini melaksanakan tanggungjawab mereka melaporkan salahlaku klien mereka kepada pihak-pihak penguatkuasa mereka?

Dalam mana-mana kes bagaimana mudahnya perpindahan wang dari seorang individu dedahan politik kepada seorang lagi, di mana kedua-duanya sama disabitkan dengan urusniaga 1MDB/Aabar, yang melibatkan jumlah wang awam yang begitu banyak dikaitkan dengan kedudukan mereka dalam jawatan awam?

Salah satu pemindahan wang berjumlah setengah billion dollar dikendalikan dalam masa beberapa bulan

Salah satu pemindahan wang berjumlah setengah billion dollar dikendalikan dalam masa beberapa bulan

Seperti dijelaskan oleh pakar jenayah pengubahan wang kepada SarawakReport, tanggungjawab semua bank dalam pindahan-pindahan ini adalah jelas.

Marc Ambroisien, bank Edmond de Rothschilde

Marc Ambroisien, bank Edmond de Rothschilde

Maka tanpa ragu-ragu lagi jenayah yang telah dilakukan oleh orang paling kanan dalam Edmond de Rothschilde, yang jelas menunjukkan kenapa Marc Ambroisien kini telah dipecat dari kedudukannya dalam bank itu.

Namun dia kini bekerja sepeneuh masa dalam beberapa syarikat sebagai pengurus portfolio asset milik Khadem Al Qubaisi di Peranchis.

Maka, apakah tindakan yang telah diambil oleh para penguatkuasa terhadap bank itu, yang tetap mengatakan tiada apa yang berlaku dalam bank itu dan juga mengenai Marc Ambroisien?

Adakah ianya suatu kebiasaan dalam Edmond de Rothschilde, sebagai contoh, bahawa pegawai eksekutif mereka menerima hadiah sebuah Aston Martin DBS yang berharga Euro250,00 (lebih kurang RM1.1 juta) dihadiahkan oleh kliennya yang kaya? Inilah yang telah diatur oleh Khadem ketika Marc Ambroisien masih bekerja dengan BPERE dahulu.

Hadiah berupa sebuah kereta roewah berharga sesuku juta euro untuk seorang pengurus bank – November 2013

Hadiah berupa sebuah kereta roewah berharga sesuku juta euro untuk seorang pengurus bank – November 2013

Lagi pun, rakaman perbualan, kini berada di tangan para wartawan, antara Marc Ambroisien dengan Khadem, membincangkan akaun-akaun Khadem. Jelas menunjukkan pegawai bank itu menyedari bahawa dirinya melanggar segala undang-undang berhubung pemindahan wang yang berjumlah yang amat banyak.

Merujuk pada urusniaga dalam tahun 2014 antara Khadem dan kenalannya dalam 1MDB, Jho Low bagi pembelian syarikat Coastal Energy menggunakan wang dari Aabar dan ‘SRC Global’ (yang telah ditekankan oleh Sarawak Report dua tahun lalu sebagai mencurigakan) Ambroisien telah menjelaskan bahawa keuntungan mencurigakan untuk Khadem itu tidak dapat diproses, sebagai contoh, menerusi HSBC.

Semua di atas mungkin boleh menjelaskan mengenai hadiah berupa sebuah kereta Aston Martin kepada Ambroisien, tetapi ianya tidak menjelaskan dakwaan banknya kepada para wartawan bahawa tiada sebarang urusniaga yang cacat cela.

Malaysia dan masyarakat dunia kini sedang menunggu para penguatkuasa antarabangsa untuk bertindak atas bahan-bahan bukti berhubung skandal 1MDB/Aabar. Jika mereka tidak akan berbuat apa-apa, maka cerita itu akan menjadi lebih serius

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments