BUKTI EKSKLUSIF – Bagaimana BN Menyogok Balu PI Bala Dengan RM50k Untuk ‘Mohon Maaf’ Daripada Najib Dan Rosmah

Wartawan Linton Besser dari ABC News mengejutkan Rao dengan soalan-soalan yang sukar

Wartawan Linton Besser dari ABC News mengejutkan Rao dengan soalan-soalan yang sukar

Dengan sidang media yang berakhir dengan pertikaman lidah dan cacian kaum, diikuti dengan penahanan seorang kru TV Australia yang telah memberanikan dirinya bertanyakan soalan-soalan yang sukar, rakyat Malaysia sekali berterima kasih kepada pemimpin ‘NGO’ BN, Ramesh Rao, kerana telah mengheret negaranya ke tengah pentas dunia pada hujung minggu ini.

Dalam pada itu Sarawak Report telah berjaya memperolehi beberapa salinan pesanan berteks yang menunjukkan bagaimana Ramesh Rao telah menawarkan wang sogokan sebanyak RM50,000 termasuk yuran-yuran persekolahan anak-anak, kepada Puan Selvi Bala, sebagai balasan kepada usahanya menghadiri sidang media, yang telah dianjurkan khas untuk membersihkan nama PM dan isterinya, yang telah disabitkannya dalam tindakan mahkamah untuk menutup kes bunuh Altantuya Shaaribuu.

Beberapa sebelum sidang media itu, menurut pesanan berteks yang dihantar ke telefon bimbitnya, Selvi telah memberitahu rakannya bahawa dia telah didatangi oleh orang-orang ‘BN’ yang menawarkannya sejumlah wang tunai.

Namun, apabila ditanya selanjutnya, balu kepada tiga orang anak itu mengakui bahawa dia telah diminta untuk melakukan sesuatu untuk wang itu – dia diminta untuk menghadiri suatu sidang media dan diharapkan untuk mengadu mengenai kurangnya sokongan dan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya.

Tergoda, tetapi keliru. Selvi menjelaskan bahawa dia memerlukan wang itu tetapi bukan untuk menukar perndiriannya dalam kes itu

Tergoda, tetapi keliru. Selvi menjelaskan bahawa dia memerlukan wang itu tetapi bukan untuk menukar perndiriannya dalam kes itu

Dari dialog yang jelas di atas, Selvi telah didatangi oleh Ramesh Rao dan bahawa dia telah menawarkan sejumlah wang sebagai balasan menghadiri sidang media itu, yang terbukti sebagai dirancang untuk menyokong patron politiknya, Najib Razak.

Namun Ramesh telah menafikan dengan nada kasar, apabila disoal oleh Linton Besser dari rancangan Four Corners ABC Australia, yang turut sama meliputi siding media itu.

Selvi juga telah gagal menjawab pertanyaan-pertanyaan rakan-rakannya dalam masa dua hari sebelum sidang media itu, kerana nampaknya Ramesh telah melarangnya berjumpa dengan sesiapa.

Pesanan berteks oleh Selvi dan sikapnya dalam sidang media yang diatur untuknya oleh Ramesh Rao jelas menunjukkan bahawa Selvi bersedia untuk mengeluarkan apa-apa komen untuk mendapatkan wang yang ditawarkan itu, tetapi dia tidak bersedia untuk menarik balik sebarang pertuduhan yang dibuat oleh mendiang suaminya atau untuk menggugurkan kes yang menyabitkan Najib Razak.

 “Adakah kamu dibayar oleh PKR?” Ramesh Rao menghamburkan tuduhannya terhadap Linton Besser

“Adakah kamu dibayar oleh PKR?” Ramesh Rao menghamburkan tuduhannya terhadap Linton Besser

Semuanya mengenai jenayah yang tidak akan terpadam begitu sahaja – mengapakah Najib ingin sangat menghalang pengadilan ke atas kematian Altantuya?

Semuanya mengenai jenayah yang tidak akan terpadam begitu sahaja – mengapakah Najib ingin sangat menghalang pengadilan ke atas kematian Altantuya?

Apabila dia bercakap dalam sidang media itu dia mengatakan bahawa dia hanya dating untuk “keperluan pendidikan anak-anaknya”, mengakui telah ditawarkan “RM20,000” untuk mengeluarkan aduan bahawa ahli-ahli politik pembangkang PKR belum menunaikan janji-janji mereka untuk membantu menjelaskan yuran-yuran pelajaran anak-anaknya.

Dia juga bersedia untuk memohon maaf untuk satu kenyataan yang khusus, yang menurutnya telah dikatakannya, iaitu menuduh Rosmah membunuh suaminya, yang telah meninggal akibat serangan jantung tidak lama selepas kembalinya ke Malaysia untuk berhadapan yang umum dalam usahanya menutup SD asalnya berhubung penculikan dan pembunuhan Altantuya, yang menurutnya telah dirancang olej Najib yang pernah menjadi kekasih Altantuya.

Selvi berkata, bahawa dia telah terlalu beremosi pada waktu kematian suaminya Bala dan telah terlepas kata menuduh Rosmah yang menyebabkan serangan jantung, yang mana dia bersedia untuk memohon maaf untuk kata-kata itu.

Pada masa itulah Linton Besser dari ABC Four Corners bertanyakan kenapa, bahawa kenyataan yang dikarang dan diberi kepada para wartawan itu menunjukkan bahawa Selvi akan membuat “permohonan maaf” yang lebih komprehensif, yang juga termasuk Najib?

Adakah Selvi, tanya Besser, sebenarnya juga memohon maaf pada Najib dan bahawa kini dia mengatakan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh mendiang suaminya itu tidak benar dan jika benar adakah dia menggugurkan kes mahkamah itu?

Tidak, jawab Sevi beberapa kali!

Dia berpegang pada setiap kata-kata mendiang suaminya, ulang Selvi, dengan mengaitkan Najib dalam usaha penutupan kes itu. Maka dia tidak memohon maaf pada Najib dan dia tidak juga ingin menggugurkan kes itu.

Akhbar NST milik UMNO telah menerbitkan cerita salah tafsir kenyataan Selvi pada hari berikutnya

Akhbar NST milik UMNO telah menerbitkan cerita salah tafsir kenyataan Selvi pada hari berikutnya

Kini pihak-pihak yang di sekeliling Sevi, termasuk Ramesh Rao dan juga rakan-rakannya dalam ‘NGO’ BN telah merancang bahawa mesej yang keluar dari sidang media itu adalah persetujuan Selvi sebagai balasan wang yang diterimanya dari mereka.

Mereka sudah mula campur tangan dan sebaliknya bercakap untuk Selvi. Ramesh menjelaskan bahawa dia telah menyoal Selvi jika dia tahu bahawa “kisah pembunuhan” itu ada kaitan dengan Najib dan Altantuya dan dia menjawab tidak. Ini, sebagaimana dimaksudnya, adalah sandaran baginya untuk memberitahu para wartawan bahawa Selvi juga ‘memohon maaf’ dari Perdana Menteri dan bercanggah dengan tuduhannya.

Namun wartawan dari Australia itu belum bersedia untuk menerima campur tangan Ramesh dan seterusnya bertanya pada Selvi yang mana satukah “cerita yang berubah-ubah” itu betul?

Namun Selvi tetap berpegang pada kata-kata mendiang suaminya dan tidak akan menggugurkan kes itu.

Lantaran, Besser memberitahu Ramesh bahawa sidang media itu telah “diatur” sedemikian rupa untuk Selvi menyatakan persetujuannya mengambil tindakan sebagai balasan wang sogokan, tetapi Selvi telah dipergunakan untuk menyampaikan mesej kepada umum bahawa dia mengkritik PKR kerana tidak memberinya bantuan kewangan sebagaimana diharapkannya, di samping tetap berpegang pada pendiriannya untuk tidak menggugurkan kes menentang Najib.

Pada saat itu Selvi menjadi terkilan dan berteriak bahawa dia hanya menghadiri sidang media itu kerana wang, kerana dia memerlukan wang untuk anak-anaknya. Dia terus bergerak keluar meninggalkan sidang media dan enggan menjawab lebih lanjut.

Besser kemudiannya menemubual Ramesh Rao mengenai motif sebenarnya menyogok Selvi.

Pertikaman lidah antara Besser dan Ramesh Rao dengan cepat berkembang secara atas talian – sebagai suatu panduan bagaimana kita harus mengendalikan sidang media dengan betul.

Dengan pengalaman pahitnya berdepan dengan para wartawan di masa-masa lalu, memperalatkan Lester Melanyi, sebagai contohnya, ramai pihak beranggapan bahawa Ramesh, atau para pengikutnya, telah insaf.

Selvi yang sudah mula naik angina dan berteriak-teriak terus keluar meninggalkan sidang media mengatakan bahawa dia enggan menjawab soalan-soalan seterusnya

Selvi yang sudah mula naik angina dan berteriak-teriak terus keluar meninggalkan sidang media mengatakan bahawa dia enggan menjawab soalan-soalan seterusnya

Namun, status separa rasmi dan kedudukan sumber kewangan Ramesh yang tidak diketahui telah menyelubungi sidang media itu dari mula hingga akhir. Dalam masa beberapa jam selepas itu akhbar New Straits Time milik UMNO telah melaporkan versi yang dirancang oleh Ramesh Rao, dengan sengaja memutarbelitkan kenyataan Selvi.

NST telah dengan sengaja memutarbelitkan kenyataan Selvi untuk melepaskan Najib

NST telah dengan sengaja memutarbelitkan kenyataan Selvi untuk melepaskan Najib

Akhbar itu telah berbohong dengan mengatakan bahawa Selvi telah memohon maaf pada Najib sekeluarga kerana menuduh mereka terbabit dalam pembunuhan Altantuya – sesuatu yang enggan dilakukan Selvi pada sidang media itu.

Lagipun Besser telah bertanyakan mengenai kehadiran pegawai-pegawai Cawangan Khas (SB) pada sidang media yang seharusnya bebas itu. Wartawan lain juga bertanya jika Ramesh ditaja oleh Najib atau Rosmah, dimana dia terus menafikannya, sebaliknya mengatakan sumber wang itu daripada beberapa orang rakan yang perihatin untuk mendapatkan wang untuk membantu Selvi.

Lewat pada hari itu, Besser dan pasukannya telah ditahan apabila mereka menerusikan perjalanan mereka ke Kuching, Sarawak, di mana mereka ingin membuat liputan pada acara yang dikunjungi oleh Najib Razak.

Mereka masih dalam tahan pada masa artikel ini ditulis, menjadikan insiden itu satu lagi tamparan pada kerajaan Malaysia berkenaan pengurusan media, yang telah memberi ruang pada liputan meluas tentang taktik-taktik BN memberikan sogokan dan ‘menunjuk-nunjukka pengakuan’ di mata dunia.

Pada tahun lalu merupakan liputan yang telah tercemar – kali ini pula bersama Lestr Melanyi duduk di tengah-tengah

Pada tahun lalu merupakan liputan yang telah tercemar – kali ini pula bersama Lestr Melanyi duduk di tengah-tengah

Ramesh Rao sememangnya ditimpa malang apabila cuba mengatur sidang-sidang media, yang setiap satunya berakhir dengan pukulan kembali padanya.

Ramesh telah mengatur sidang yang sama dikhususan untuk mencemar nama baik Sarawak Report pada tahun lepas, dengan mempergunakan wartawan Lester Melanyi, yang juga merupakan seorang yang muflis dan kelihatan tidak sihat mental dan fizikal, juga mendakwa di hadapan para wartawan bahawa dia telah bersetuju untuk bercakap di sidang media itu untuk wang.

“Pemalsu cerita untuk Sarawak Report” rekaan Lester Melanyi rupa-rupanya pengurus stesen bas dari Norwich

“Pemalsu cerita untuk Sarawak Report” rekaan Lester Melanyi rupa-rupanya pengurus stesen bas dari Norwich

Ramesh Rao dan anjing-anjing salakannya dalam BN, yang cuba melindungi Najib dengan cara ini, sepatutnya merasa malu kerana mempergunakan orang-orang yang bernasib malang yang amat memerlukan wang dan membuat mereka bercakap bohong.

Seorang wartawan yang sakit mentalnya dan seorang balu telah dipergunakan untuk membuat pengakuan palsu dan direka-reka untuk menyokong peperangan politik Ramesh dan tuduhan-tuduhannya terhadap orang lain.

Akhirnya Selvi enggan menarik balik pertuduhan suaminya atau menggugurkan kesnya – suatu harapan bagi Ramesh Rao tetapi berkecai

Akhirnya Selvi enggan menarik balik pertuduhan suaminya atau menggugurkan kesnya – suatu harapan bagi Ramesh Rao tetapi berkecai

Kita amat berbangga pada Selvi kerana enggan memohon maaf dan telah menunjukkan kesungguhannya untuk meneruskan kesnya.

Marilah kita berharap agar balu dan anak-anaknya itu akan mendapat wang yang telah dijanjikan oleh BN.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments