Di Manakah Perubahannya? Keluarga Taib Terus Merompak Tanah Di Sarawak

Hamed Sepawi – Sepupu kepada Abdul Taib Mahmud

Hamed Sepawi – Sepupu kepada Abdul Taib Mahmud

Suatu laporan Radio Free Sarawak (RFS) telah mendedahkan rompakan tanah berterusan yang dilakukan oleh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak, yang kini selaku Gabenor Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Rompakan tanah yang terkini ini membabitkan sepupu Taib yang juga selaku proksinya, Hamed Sepawi, yang pernah dilaporkan dalam Sarawak Report kerana terlibat dengan kontroversi tanah di Sarawak hingga ke Liberia dan juga Tasmania.

Pada bulan Jun 2011, pihak SPRM telah membuka siasatan ke atas salahlaku rasuah Taib. Namun hasil siasatan belum dikeluarkan sehingga kini.

Penggantinya, Adenan Satem, pada tahun 2014, telah mendapat pujian ramai pihak apabila dia menghimpun enam buah gergasi pembalakan negeri itu (termasuk syarikat yang ada kaitan dengan Hamed Sepawi seperti Samling dan Ta Ann) dan mengutuk mereka kerana menjalankan “amalan rasuah”.

Dan pada bulan Julai tahun lepas Adenan mengisytiharkan “Tiada lagi pembukaan ladang-ladang. Tiada lagi pencerobohan atau pengubahan hutan semulajadi kepada ladang-ladang.”

Namun di awal tahun 2016 ini dan masyarakat-masyarakat tempatan dan NGO-NGO telah menyedari tiada banyak perubahan yang telah berlaku. Upreshal Singh dari NGO Malaysia, Friends Of The Orangutans (FOTO) memberitahu Sarawak Report bahawa mereka merasa kecewa dengan Ketua Menteri kerana tidak menerima sebarang jawapan darinya sedangkan dialah yang mendakwa ingin memelihara hutan-hutan Sarawak.

Keadaan, menurutnya, adalah sama seperti yang dahulu.

Pada awal bulan ini, masyarakat kaum Iban dari Kampung Raeh, Kota Samarahan telah menghubungi RFS untuk menyuarakan keadaan yang menghantui mereka. Mereka menyatakan bahawa syarikat Usaha Jasamaju Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Hamed Sepawi telah berjanji secara lisan untuk membayar pampasan kerana membangunkan tanah mereka untuk ladang kelapa sawit.

Selain berhenti menerangkan hutan sehingga masyarakat tempatan dibayar pampasan secara sah, pemanggil memberitahu RFS bahawa Usaha Jasamaju terus menjalankan kerja-kerja penerangan hutan atas tanah mereka.

Para pekerja dan mesin syarikat terus menjalankan kerja-kerja walaupun syarikat masih belum membayar pampasan seperti dijanjikan

Para pekerja dan mesin syarikat terus menjalankan kerja-kerja walaupun syarikat masih belum membayar pampasan seperti dijanjikan

Dalam keadaan putus asa, masyarakat tempatan telah mengadakan bantahan pada 17hb ini dan merampas dua buah jentera syarikat sebagai usaha mereka menghentikan kerja-kerja itu.

Usaha Jasamaju kemudiannya telah melaporkan angkara penduduk itu dib alai polis Kota Samarahan dan beberapa orang kampung telah dipanggil untuk disoalsiasat.

Menurut penduduk yang berbual dengan RFS, pihak polis telah bertindak pantas dan menahan dan mendenda mereka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang digunakan ke atas pesalah jenayah kerana mengancam. Jentera-jentera syarikat dirampas balik dan dikembalikan kepada syarikat terbabit.

Namun apabila penduduk-penduduk Kampung Raeh menunjukkan bukti bahawa tanah si situ hak milik mereka, yang disokong oleh dokumen dari Jabatan Tanah, pihak polis enggan mengambil tindakan. Maka tiada perubahan bahawa polis telah gagal untuk menyokong hak pemilik tanah antara era Taib dengan sekarang.

Seorang penduduk kampung menunjukkan ke arah tanah yang menjadi persengketaan itu. Namun di manakah wang pampasannya?

Seorang penduduk kampung menunjukkan ke arah tanah yang menjadi persengketaan itu. Namun di manakah wang pampasannya?

Pemanggil memberitahu RFS bahawa dia merasa risau bahawa masyarakatnya tidak berpeluang mengatasi syarikat kerana hubungkaitnya dengan kerajaan yang memerintah … dan sememangnya Hamed Sepawi adalah ahli keluarga Taib Mahmud yang selaku Gabenor Sarawak yang terus mengawalselia ekonomi Sarawak menerusi perniagaan-perniagaannya yang disokong oleh kerajaan negeri.

“Kami tidak boleh menang menentang syarikat ini kerana mereka ada latarbelakang politik yang kuat!”

Penduduk-penduduk ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 506

Penduduk-penduduk ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 506

Ini bukanlah kali pertama Sarawak Report menyedari tindakan Usaha Jasamaju. Dalam tahun 2011, kami pernah mendedahkan bagaimana syarikat telah diberikan geran tanah yang berkontroversi di hutan simpan Ensengei oleh adik Taib sendiri, Raiah Mahmud.

Penduduk-penduduk itu mengatakan mereka tiada wang untuk mendapatkan bantuan guaman, tetapi memberitahu RFS bahawa mereka akan terus mempertahankan hak mereka.

Amatlah berironi bahawa penduduk-penduduk telah didakwa kerana jenayah ancaman, sedangkan mereka sendiri yang diancam oleh kuasa yang memerintah negeri.

Bukankah ini masanya Adenan Satem mengotakan apa yang diucapkannya dulu?

Penduduk-penduduk kampung bertekad untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

Penduduk-penduduk kampung bertekad untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments