Tabung Haji Tak Mampu Bayar – Zeti Memberi Amaran Bahawa Salah Tadbirurus Menjanji Jualbalik Berbillion Ringgit EKSKLUSIF!

Sarawak Report telah berjaya menerima satu siti dokumen yang berhubung dengan krisis Tabung Haji yang semakin menyerlah kini, termasuk dua pucuk surat amaran daripada Gabenor Bank Negara Malaysia mengatakan bahawa dana itu akan lingkup dan memerlukan wang pembayar cukai untuk ditebus semula.

Surat tiga muka surat yang hampir serupa itu, kedua-dua bertarikh 23hb Disember 2015, telah dihantar kepada Pengerusi dana itu, Abdul Azee Abdul Rahim dan juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Baharom, dan salinan-salinan turut ditujukan kepada Perdana Menteri/Menteri Kewangan, Najib Razak.

Dalam kedua-dua pucuk surat itu Gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz, memberi amaran bahawa dana Tabung Haji kini menghadapi risiko gagal dalam peranan utamanya.

Zeti seterusnya memberi amaranb bahawa tanggungjawabnnya jauh melebihi aset-asetnya dan kebanyakan pendapatan yang dilaburkan dalam dana itu dikawal oleh sebilangan kecil pelabur berinstitusi, yang mungkin akan menarik diri jika mereka menerima pulangan yang kecil, dan akhirnya meninggalkan pelbaur-pelabur kecik (bakal haji) mengalami kerugian.

Diandaikan dalam usaha mengekalkan para pemberipinjam (5% dari pelabur-pelabur dilihat sebagai mengawal 75% dalam dana itu) ketua perbankan mendapati bahawa Lembaga Tabung Haji (LTH) telah membayar lebih dari keuntungannya beberapa tahun kebelakangan ini, dalam bentuk ‘dividen-dividen’ dan ‘bonos-bonos’, yang telah menyebabkan dana itu makan berlebihan ke dalam rizab-rizab kapitalnya.

Zeti Aziz – amaran keras kepada LTH

Zeti Aziz – amaran keras kepada LTH

Zeti seterusnya mengadu bahawa terdapat kurangnya kepakaran dan pengalaman pada Lembaga Pengarah untuk mengatasi masalah ini, di mana dia mencadangkan supaya LTH melantik lebih banyak anggota yang lebih kompeten.

Dalam masa yang sama, Zeti menunjukkan bahawa sikap dana itu telah meletakkanya sebagai telah melanggari undang-undang.

Secara terperincinya Zeti menyatakan bahawa LTH telah melanggar Seksyen 21 Akta LTH tahun 1995 yang menetapkan bahawa riab-riabnya harus sepadan dengan liabiliti-libalitinya dan juga Seksyen 22 Akta tersebut yang menyebut bahawa ianya tidak seharusnya mengeluarkan bonus-bonus yang melebihi keuntungannya.

Berita buruk itu terbit di tengah-tengah krisis kemerosotan ekonomi dan juga tukaran asing, yang sebahagian besarnya merupakan hilang keyakinan pada pentadbiran Najib ke atas kewangan negara dan skandal yang membelengu dana pembangunan 1MDB.

Dengan kemunculan Perdana Menteri yang akan membentangkan semula bajet negara dalam masa dua tiga hari lagi, Zeti memberikan amaran bahawa implikasi kewangan dari keruntuhan LTH pastinya serius bagi Kerajaan dan juga pembayar-pembayar cukai, kerana di bawah Seksyen 24 akta yang sama, dana itu dijamin penebusan jika keruntuhannya berlaku.

Pengerusi LTH, Azeezz dianggap sebagai klien kepada isteri Najib Rosmah yang dilihat prominen dalam skandal tanah yang menjejaskan dana itu pada bulan Mei lalu (gambar yang diperbetulkan

Pengerusi LTH, Azeezz dianggap sebagai klien kepada isteri Najib Rosmah yang dilihat prominen dalam skandal tanah yang menjejaskan dana itu pada bulan Mei lalu (gambar yang diperbetulkan

Liabiliti sebenar yang berpotensi dihadapi oleh para pembayar cukai jika berlakunya keruntuhan dana yang telah didedahkan ini tidak dijelaskan oleh Zeti, yang akan bersara dalam bulan April ini, berikutan penerima anugerah-anugerah pada kerjaya cemerlangnya sebagai pemimpin bank pusat terkemuka.

Namun, lgi banyak dokumen yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report (sila lihat artikel-artikel di bahagian akhir) menunjukkan krisis salah tadbirurus yang mengerikan.

Suatu skandal pada tahun lepas telah membangkitkan kerisauan bahawa dana itu telah disalahgunakan untuk tujuan politik, apabila pada bulan Mei ianya diketahui telah membayar sebuah premium yang amat besar RM188.5 juta untuk membeli sebuah plot tanah pembangunan daripada 1MDB, yang kononnya akan membantu meringankan bebanan hutangnya.

Mesej-mesej terburu-buru antara Najib, Rosmah dan Pengerusi LTH, Azeez (yang dikatakan sebagai klien Rosmah) telah berjanji bahawa TH akan menjualkan tanah untuk mendapatkan keuntungan seterusnya dalam masa satu bulan. Jualan itu tidak tercapai dan pemerolehan itu masih lagi dalam cadangan LTH.

 ‘Pengeluaran terapung dan skim simpanan di luar negara dan punggahan’ bernilai berbillion ringgit

‘Pengeluaran terapung dan skim simpanan di luar negara dan punggahan’ bernilai berbillion ringgit

Kini, Sarawak Report telah menerima lebih banyak dokumen yang dibocorkan yang menunjukkan bahawa LTH telah berjaya mendapat jaminan Kementerian Kewangan yang membolehkannya melaburkan US$228.2 juta (hampir RM1 billion) dengan syarikat bersama mereka, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) – sebuah syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan kepada Petronas.

Sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan yang dihantar pada 15hb November teah mengesahkan kelulusan untuk ‘jaminan korporat’, yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada projek THHE, membawa makna jika pelaburan itu menemui kegagalan maka para pembayar cukai akan bertanggungjawab untuk menebus kontrak berbillion-billion itu.

TH merupakan pemegang saham 29.81% dalam THHE dan merupakan pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat itu.

Namun, penilaian risiko yang mengejutkan menunjukkan bahawa bukan sahaja projek itu sendiri (kapal simpanan barang, Layang) dijangka tidak dapat memberikan pulangan menguntungkan, malah kedudukan kewangan syarikat itu menghadapi masalah kewangan yang serius.

Penilaian sepuluh muka surat yang dikeluarkan pada 7hb Januari tahun ini (setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan) menjelaskan mengenai risiko masalah kredit sebagai “TERLALU TINGGI” dan risiko beragregat bagi keseluruhan pelaburan RM1 billion itu sebagai tinggi.

Mengapakah Menteri Kewangan Najib Razak merelakan jaminan daripada para pembayar cukai untuk ‘Risiko Terlalu Tinggi’ yang dicadangkan oleh LTH dalam bulan November dalam masa kemerosotan ekonomi berlaku?

Mengapakah Menteri Kewangan Najib Razak merelakan jaminan daripada para pembayar cukai untuk ‘Risiko Terlalu Tinggi’ yang dicadangkan oleh LTH dalam bulan November dalam masa kemerosotan ekonomi berlaku?

Dengan mengetahui tingginya risiko, para penganalisis mempersoalkan kenapakah LTH bercadang untuk melaburkan satu billion ringgit dalam projek LTTE dan kenapakah Najib telah bersetuju untuk menjamin pinjaman bank bagi pihak umum?

Butir-butir dari analisa risiko itu turut mengandungi maklumat bahawa THHE akan mengalami aliran tunai yang negatif sehingga RM108 juta sehingga penghantaran Layang ba suku ketiga tahun 2016 nanti.

Di atas liabiliti ini syarikat itu sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana hutang tidak mampu bayar berjumlah RM109.7 juta.

Keseluruhannya, profil pengurusan risio menunjukkan bahawa dengan memasuki projek Layang Tabung Haji, yang merupakan pelaburan terbesar THHE, peningkatan pendedahan kewangan pada syarikat itu dari RM424 juta kepada RM1.4 billion!

Para pembayar cukai terdedah pada membayar berbillion ringgit hutang yang dibuat oleh LTH – Kenapa?

Para pembayar cukai terdedah pada membayar berbillion ringgit hutang yang dibuat oleh LTH – Kenapa?

Melanggar peraturan dan terdedah pada jaminan pelaburan pembayar cukai sebanyak berbillion dollar di sebuah syarikat yang tidak dikawal oleh Tabung Haji!

Melanggar peraturan dan terdedah pada jaminan pelaburan pembayar cukai sebanyak berbillion dollar di sebuah syarikat yang tidak dikawal oleh Tabung Haji!

Masalah pada RM1 billion itu bercanggah dengan amaran keras pada surat daripada Gabenor BNM, di mana dia meminta Pengerusi TH Azeez untuk meyakinkan pengurusannya.

Penilaian risiko telah merumuskan bahawwa risiko reputasi bagi dana itu memasuki projek THHE adalah besar dan ianya harus bersedia terlebih awal dengan pelan mengatasi krisis.

Para pemerhati merasa hairan mengapakah terdapat kesungguhan untuk terdedah pada risiko yang tinggi menggunakan wang awam pada projek berisiko tinggi itu?

Pihak-pihak lain akan bertanya kenapakah pentadbiran Najib Razak pada ekonomi Malaysia dan dana awam paling utama itu telah berada pada tahap kecuaian yang tinggi walaupun mereka sedar akan tahap risiko yang diambil itu akan membahayakan di samping mengabaikan amaran-amaran daripada BNM?

Dokumen-dokumen:

Surat daripada Gabenor Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Tabung Haji – klik di sini

Surat daripada Gabenor Bank Negara Malaysia kepada Pejabat Perdana Menteri – klik di sini

Surat kelulusan dari Kementerian Kewangan kepada Tabung Haji untuk projek Layang THHE – klik di sini

Penilaian risiko untuk pelaburan projek Layang THHE oleh Tabung Haji – klik di sini

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments