Para Pengarah Menilai Projek PetroSaudi Sebagai Bernilai “Sifar”!

Ed Morse telah dibayar upah US$100,000 untuk pempakejan semula maklumat PetroSaudi sendiri mengenai nilai syarikat itu. Kecuali, pada kali ini anak syarikat Turkemenistan itu telah dinilaikan semula dari “sifar” kepada US$3 billion

Ed Morse telah dibayar upah US$100,000 untuk pempakejan semula maklumat PetroSaudi sendiri mengenai nilai syarikat itu. Kecuali, pada kali ini anak syarikat Turkemenistan itu telah dinilaikan semula dari “sifar” kepada US$3 billion

Sebuah dokumen yang dikaitkan dengan usahasama PetroSaudi 1MDB dalam tahun 2009, menunjukkan bahawa para pengarah telah menilaikan aset-aset utama mereka sebagai bernilai “sifar”.

Aset ini merupakan sebuah cadangan bahawa PetroSaudi pada masa itu sedang merundingkan untuk mengambil alih sebuah telaga minyak di Tasik Caspia di Turkemenistan.

Telaga itu belum dicarigali dan terletak di wilayah yang bersengketa. Ianya bukan milik PetroSaudi, yang hanya pada peringkat merundingkan untukmelaburkan sebuah saham dalam usahasama dengan pemegang lesen sebenarnya, syarikat Buried Hill dari Kanada.

Namun, seorang pakar yang dijemput oleh PetroSaudi untuk menilai ‘aset’ itu, seorang rakyat Amerika, Ed Morse, melaporkan bahawa hanya dalam tempoh masa beberapa minggu kepada 1MDB bahawa pengambil-alihan itu telah memberikan PetroSaudi suatu nilai berjumlah US$2.9 billion.

Para pengurus dalam 1MDB telah menerima penilaian ini tanpa menjalankan penilaian berasingan apakah nilai PetroSaudi sebelum mereka menyerahkan lebih satu billion dari wang awam ke dalam usahasama itu.

Dalam beberapa bulan sejak Sarawak Report mula-mula mempersoalkan nilai urusniaga PetroSaudi di Turkemenistan, 1MDB dan syarikat itu telah mempertahankan dakwaan mereka bahawa tiada sebarang masalah timbul dari penilaian yang dijalankan oleh Ed Morse.

Invoice yang bernilai tinggi yang diminta oleh pegawai tertinggi bank yang juga seorang penasihat politik

Invoice yang bernilai tinggi yang diminta oleh pegawai tertinggi bank yang juga seorang penasihat politik

Namun kini kami telah berjaya mendapatkan dokumen seterusnya daripada pengkalan data PetroSaudi sendiri yang menunjukkan bahawa pengarah syarikat itu, Tarek Obaid sendiri telah mengumumkan beberapa minggu sebelum itu kepada sebuah agensi persyarikatan British di Jersey bahawa nilai anak syarikat itu pada tahun 2009 yang memiliki ‘aset’ di Turkemenistan itu pada mulanya adalah “sifar”.

Dalam pengemukaan dokumen pada bulan Jun 2009 itu Tarek mengisytiharkan usahasama itu sebagai tidak bernilai:

Bernilai sifar – tiada pendapatan dijangkakan sehingga 2015

Bernilai sifar – tiada pendapatan dijangkakan sehingga 2015

Syarikat itu mungkin mempunyai sebarang nilai jika perjanjian disiapkan. Sebenarnya perjanjian yang sah tidak pernah disiapkan dan urusniaga itu dihentikan selepas seminggu setelah 1MDB membanyar lebih satu billion dollar yang dikhaskan untuk usahasama itu.

Pengemukaan dokumen itu jelas mengatakan bahawa walaupun jika perjanjian itu telah dimeterai, pulangan yang dijangkakan tidak dapat ditentukan sehingga 2015 (iaitu enam tahun dari masa itu) dan jika pun ada nilai yang mereka harapkan adalah US$500 juta – satu perenam dari jumlah yang dikira beberapa minggu kemudian oleh Ed Morse.

Ini bermakna penilaian Ed Morse itu adalah sukar dijelaskan, walaupun dengan kepakaran yang tinggi pada dirinya:

Morse juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Dalaman di Jabatan Negara dalam tahun-tahun 1980-an

Morse juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Dalaman di Jabatan Negara dalam tahun-tahun 1980-an

Permohonan yang ditandatangani oleh seorang pengarah British syarikat itu, Patrick Mahony, jelas menunjukkan tiada persoalan yang PetroSaudi itu sebagai pemilik sebenar telaga minyak di Turkemenistan, seperti terkandung dalam penilaian yang dikemukakan kepada 1MDB oleh Morse yang telah diupah bukan oleh 1MDB, tetapi oleh PetroSaudi sendiri.

Dalam bulan Jun 2009 syarikat itu tiada nilai – dan ianya tetap tidak bernilai setelah perjanjian dibatalkan dalam bulan Oktober

Dalam bulan Jun 2009 syarikat itu tiada nilai – dan ianya tetap tidak bernilai setelah perjanjian dibatalkan dalam bulan Oktober

Namun, tiga bulan kemudian Morse telah menilai aset ini berjumlah US$3 billiom pada PetroSaudi. Dokumen-dokumen menunjukkan bahawa asas pengiraannya pada dokumen-dokumen yang diterimanya dari PetroSaudi sendiri, yang dia pilih untuk tidak menyemak atau persoalkan.

Surat perlantikan Morse telah mengecualikannya untuk membuktikan bahawa PetroSaudi itu pemilik sah telaga minyak – walaupun dia berjanji untuk terikat pada standard perindustrian itu apabila menilai telaga minyak yang terbabit dalam persengketaan itu.

Namun, seperti ditunjukkan dalam dokumentasi itu, bekas CEO 1MDB, Shahrol Halmi telah menandatangani surat perlantikan itu pada 29 September, pada hari 1MDB mengirimkan wang usahasama mendahului penilaian Ed Morse itu.

Surat perlantikan Morse berhubung penilaian ke atas PetroSaudi telah ditandatangani oleh 1MDB SELEPAS satu billion dipindahkan

Surat perlantikan Morse berhubung penilaian ke atas PetroSaudi telah ditandatangani oleh 1MDB SELEPAS satu billion dipindahkan

Sebenarnya, seperti yang ditunjukkan dalam emel-emel yang kami perolehi, Morse hanya telah dihubungi sekitar 23hb September kurang dari seminggu sebelum 1MDB memindahkan satu billion dollar dan bahawa PetroSaudi yang membekalkannya semua bahan yang dinilai secara pos faktor:

PetroSaudi telah bergegas untuk mereka-reka penilaian ke atas syarikat itu sebagai persediaan jika lembaga pengarah memohon untuk melihat prosidur yang wajar

PetroSaudi telah bergegas untuk mereka-reka penilaian ke atas syarikat itu sebagai persediaan jika lembaga pengarah memohon untuk melihat prosidur yang wajar

Seperti yang telah kami dokumenkan dahulu Morse mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan laporan penilaian dan tiada sebarang bukti bahawa dia telah menjalankan kajian untuk menentukan nilai sebenar kepentingan PetroSaudi di telaga minyak Serdar di Turkemenistan.

Kami mendapati bahawa Morse telah akur dengan permintaan Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony untuk mengolah penilaiannya seperti yang dikehendaki!

US$2.5 billion? OK, saya faham kata Morse!

US$2.5 billion? OK, saya faham kata Morse!

Kurang dari seminggu selepas wang itu dipindahkan dari 1MDB, syarikat PetroSaudi telah tergesa-gesa telah menarik diri dari perjanjian urusniaga, membiarkan 1MDB tidak memiliki apa-apa lagi, setelah melaburkan satu billion dollar.

Memeterai perjanjian untuk pelaburan benilai sifar

Memeterai perjanjian untuk pelaburan benilai sifar

Untuk membaca persediaan pembelian aset di Turkemenistan seperti dinyatakan oleh para Pengarah PetroSaudi apabila mereka menubuhkan anak syarikat mereka PetroSaudi Turkemenistan 1 Limited, sila KLIK DI SINI

Adakah 1MDB akan melabur satu billion dollar dalam usahasama itu jika mereka telah membaca dan faham dokumentasi itu terlebih dahulu?

Surat Ed Morse untuk penilaian PetroSaudi mendakwa bahawa laporan itu adalah ‘berkecuali’ dan terikat dengan standard perindustrian, namun mengakui ianya bersandarkan pada maklumat syarikat itu sendiri

Surat Ed Morse untuk penilaian PetroSaudi mendakwa bahawa laporan itu adalah ‘berkecuali’ dan terikat dengan standard perindustrian, namun mengakui ianya bersandarkan pada maklumat syarikat itu sendiri

Ed Morse telah meletakkan dalam disklamernya untuk meliputi sebarang isu yang ada pada 1MDB. Para Pengarah kurang senang selang beberapa hari kemudian dan mereka meminta wang mereka itu dikembalikan dan penilaian berkecuali harus dijalankan.

Diliputi oleh Morse dalam disklamernya?

Diliputi oleh Morse dalam disklamernya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments