Membeli-belah Intan Berlian Di Hong Kong?

Penggemar penerbangan telah memerhatikan bahawa pesawat rasmi 9M-NAA, sebuah dari dua buah jet jumbo yang sering diterbangkan untuk mengangkut Perdana Menteri Malaysia dan keluarganya, telah didapati mendarat di Hong Kong sejak hari Krismas lalu, ketika pasangan pertama Malaysia itu memulakan percutian mereka di luar negara (pesawat 9M-NAB tidak dapat dikesan).

Tarikan Hong Kong adalah lebih kepada destinasi kewangan dan beli-belah selain sebagai tarikan pelancongan, maka kami bercadang untuk melaporkan semula pendedahan berhubung tajuk ini, berikutan siasatan-siasatan di Hong Kong di awal tahun ini.

Pada awalnya ianya diterbitkan sehari sebelum Najib merampas demokrasi dari negaranya sendiri dan tindakannya untuk menutup semua penyiasat berhubung kehilangan berbillion-billion dollar dari 1MDB, keketaraan bukti bahawa peranan Jho Low melaksanakan pembayaran untuk kegiatan beli-belah Rosmah telah tidak dipedulikan sangat:

Bagaimana Jho Low Membiayai Beli-Belah Rosmah – DIDEDAHKAN!

Berlian berwarna yang ‘cantik’ dari kedai Louis Glick di New York telah menarik perhatian Rosmah

Berlian berwarna yang ‘cantik’ dari kedai Louis Glick di New York telah menarik perhatian Rosmah

Sarawak Report telah terus menyiasat pertalian kewangan Rosmah Mansor dengan Jho Low, pemilik syarikat yang telah menyedut USD$2 billion dari usahasama 1MDB PetroSaudi dalam tahun 2009.

Walaupun telah dinafikan, kini Sarawak Report berjaya mengakses dokumen-dokumen dan emel-emel, yang memperincikan bagaimana Jho Low telah menjelaskan bayaran berjuta-juta dollar harga barangan kemas berlian yang dibeli oleh isteri Perdana Menteri itu.

Pembayaran-pembayaran telah dibuat menerusi Hong Kong, menggunakan akaun milik salah syarikat Batumba Investments Ltd milik Jho Low di cawangan bank British RBS Coutts di Singapura.

[dikemaskini: bank RBS Coutts Singapura juga merupakan bank kepada Good Star Limited, didaftarkan oleh Jho Low, yang telah mengeluarkan berbillion-billion dollar dari 1MDB].

Kaedah itu, menurut mereka yang pernah berurusan dengan Rosmah, biasanya untuk Jho Low untuk membayar orang tengah, yang kemudiannya membayar kepada penjual barangan kemas.

Natasha Mirpuri

Natasha Mirpuri

Dulu orang tengah adalah Deepak Jaikishan, yang merupakan seorang agen yang boleh dipercayai oleh Rosmah, tetapi kemudiannya menceritakan peranannya menutup mulut seorang saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kini, orang tengah adalah seorang pereka pakaian dari Singapura, Natasha Mirpuri, yang bekerja dengan suaminya Haresh Mirpuri sebagai ‘orang tengah’ semua pembelian barangan kemas bagi pihak Rosmah.

Pasangan Mirpuris kini biasa hadir di majlis-majlis pertunjukan barangan kemas antarabangsa dan mereka telah mencipta hubungan yang menguntungkan dengan beberapa peniaga barangan kemas terkemuka dunia.

Sarawak Report telah meneliti beberapa emel yang dihantar dan diterima Jho Low berhubung bayaran-bayaran yang dijelaskan, yang kebanyakannya sukar bagi para peniaga berurusan.

Pada sebuah pindahan, bayaran berjumlah ratusan ribu dollar telah didapati dijelaskan terus dari syarikat milik Jho Low kepada seorang peniaga barangan kemas terkemuka untuk pembelian beberapa item berupa intan berlian yang dibeli oleh Rosmah.

Haresh Mirpuri – kini dilihat sering bersama isterinya di majlis-majlis pertunjukan barangan kemas terkemuka dunia

Haresh Mirpuri – kini dilihat sering bersama isterinya di majlis-majlis pertunjukan barangan kemas terkemuka dunia

Satu lagi set emel dan resit memperincikan bagaimana syarikat Jho Low menjelaskan sejumlah USD1 juta kepada seorang peniaga Jakarta, Deepak Topandasani atas pembelian ‘barangan kemas seorang Datin’.

Bayaran seterusnya juga berjumlah satu juta US dollar telah dibuat terus kepada sebuah anak syarikat Asia yang bertindak kepada peniaga barangan kemas New York, Louis Glick. Sekali lagi wang itu datangnya dari syarikat milik Jho Low.

Biasanya, walaubagai manapun, para peniaga mendakwa bahawa pasangan Mirpuri yang mengawal semua pindahan bayaran dan menjelaskan bayaran menerusi Hong Kong.

Kaedah urusniaga itu seringkali mengecewakan dan kurang meyakinkan, menurut para peniaga, yang seringkan dibiarkan menunggu bayaran selama berbulan-bulan lamanya.

Dengan bukti-bukti di atas yang telah diperolehi daripada para peniaga dan pemberi maklumat dalaman, Sarawak Report percaya bahawa inilah masanya pasangan pertama Malaysia itu menjelaskan pertalian hubungan mereka dengan Jho Low, peranannya dalam 1MDB dan dari manakah datangnya semua wang itu untuk membiayai semua pembelian yang mahal-mahal untuk isteri Perdana Menteri itu?

Mencampurkan perniagaan dengan hubungannya dengan PM, Jho Low (kiri) diletakkan dalam barisan bersama-sama para pengarah dalam PetroSaudi dan ;keluarga pertama’ Malaysia di luar usahasama 1MDB

Mencampurkan perniagaan dengan hubungannya dengan PM, Jho Low (kiri) diletakkan dalam barisan bersama-sama para pengarah dalam PetroSaudi dan ;keluarga pertama’ Malaysia di luar usahasama 1MDB

Bayaran-bayaran yang berjaya diakses oleh Sarawak Report menunjukkan bahawa sebuah syarikat milik Jho Low untuk membayar para peniaga barangan kemas untuk Rosmah adalah Batumba Investments Ltd.

Satu juta dollar telah dipindahkan kepada Rose Trading, wakil peniaga Louis Glick di Hong Kong

Satu juta dollar telah dipindahkan kepada Rose Trading, wakil peniaga Louis Glick di Hong Kong

Para peniaga mendakwa bahawa biasanya Jho Low membuat pembayaran secara tidak langsung, iaitu menerusi Deepak Jaikishan dan Natasha Mirpuri.

Namun kami mendapati bahawa beberapa bayaran telah dibuat oleh Batumba Investments, kesemuanya barangan kemas yang ada perkaitan dengan Rosmah, menurut beberapa emel.

 

Jangan keliru dengan Deepak Jaikishan – syarikat Batumba milik Jho Low telah memindahkan wang untuk menjelaskan barangan kemas yang dibeli di Jakarta

Jangan keliru dengan Deepak Jaikishan – syarikat Batumba milik Jho Low telah memindahkan wang untuk menjelaskan barangan kemas yang dibeli di Jakarta

Siasatan ke dalam syarikat Wynton Capital milik Jho Low oleh media The Edge telah mengesahkan bahawa Batumba Investments merupakan jentera pelaburan untuk Wynton Capital dan telah disenaraikan sebagai pemegang saham dalam Iskandar Holdings, sebuah syarikat yang telah memperolehi kawasan tanah yang luas dan berkontroversi dalam usahasama yang disokong oleh Kerajaan di mana sebahagian besar dari baki hutan bakau telah dimusnahkan dan memindahkan komuniti nelayan.

Bayaran-bayaran daripada Batumba Investments, dan juga emel-emel dari Jho dan pengakuan-pengakuan dari para peniaga dan pemberi maklumat dari dalam, mengesahkan hubungkait antara Jho Low dan pembelian barangan kemas oleh isteri Perdana Menteri.

Maka kita berhak untuk bertanya mengapakah bayaran berjuta-juta dollar dipindahkan menerusi syarikat milik Jho Low untuk membiayai pembelian barangan kemas berlian oleh Rosmah?

Berlian berwarna, digemari oleh orang kaya baru Asia, ke situlah perginya wang yang kita cari

Berlian berwarna, digemari oleh orang kaya baru Asia, ke situlah perginya wang yang kita cari

Akaun bank Batumba Investments di Singapura dengan bank RBS Coutts itu bukanlah satu-satunya jentera hubungan antara Jho Low dengan bank ini, dikatakan sebagai salah sebuah bank paling ekslusif di Britain.

Pengerusi bank itu adalah anak bekas Perdana Menteri, Earl Hume dan pelanggan paling terkenal mereka adalah Ratu Britainn.. Hume juga merupakan Patron pada Persatuan British Malaysia, yang ingin membina hubungan elit-elit perniagaan dari kedua buah negara itu.

Mutiara yang amat besar – barangan kemas Rosmah mengkagum semua orang

Mutiara yang amat besar – barangan kemas Rosmah mengkagum semua orang

Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report dalam bulan Mac lalu, Jho Low menikmati kedudukan rahsia tetapi amat berkuasa dalam 1MDB, berperanan sebagai wakil kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, yang telah bertindak secara rahsia pada segala kuasa untuk membelanjakan dan melaburkan setiap sen wang, di samping menjadi pemegang saham dan penandatangan dalam 1MDB.

Emel-emel menunjukkan terdapat rasa risau dari kalangan staf di Coutts berkenaan siapakah pewaris Good Star pada hari pindahan dilakukan dalam 2hb Oktober 2009.
Namun, pindahan wang yang berjumlah besar telah menjadi keraguan setelah ianya diselesaikan dalam masa beberapa jam pada hari itu.

Akaun BSI di Singapura milik Jho Low kini sedang disiasat oleh pihak-pihak berkuasa sebagai sebahagian dari usaha mengesan kehilangan berbillion-billion dollar dari 1MDB.

Kebanyakan urusan jual beli dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri dengan para peniaga berkunjung dari luar negara untuk menjual barangan mereka. Jika pindahan wang itu “kecil” iaitu kurang dari satu juta dollar, menurut seorang peniaga, maka pembayaran diselesaikan di situ sahaja.

Namun bagi jumlah bayaran yang besar menjadikan penyelesaian lebih sukar dan dilakukan dalam beberapa bayaran dan beberapa bulan.

Rosmah Mansor juga dikenali sebagai seorang yang panas baran.

Pembelian kurang dari satu juta boleh diselesaikan di kediaman rasmi Rosmah kata para peniaga

Pembelian kurang dari satu juta boleh diselesaikan di kediaman rasmi Rosmah kata para peniaga

Pernah dalam satu kes seorang peniaga barangan kemas Malaysia, dipaksa menerima bayaran yang lewat dengan semua barang niaganya dilontarkan ke arahnya, yang kemudiannya diusir keluar – proses jual beli itu telah dibatalkan.

Respon-respon pada tajuk ini dalam beberapa bulan berkisar dari perwarisan, kepada kekayaan segera sesetengah orang di kedudukan yang tinggi kepada kekayaan menantu yang baharu sahaja mengahwini anak pasangan pertama itu.

Namun, kegiatan-kegiatan Jho Low sebagai seorang pelabur dan peniaga prominen yang boleh dikaitkan dengan banyak projek awam di Malaysia sejak di usia yang amat muda itu mudah dijelaskan. Mengapakah dia membayar barangan kemas untuk Rosmah Mansor dan dari manakah wang itu datang?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments