Siasatan Australia Seterusnya Mengesahkan Tipu Helah Cayman

Pulau Harta – di mana 1MDB memilih untuk menyembunyikan berbillion-billion yang hilang menerusi Avestra/Bridge Global

Pulau Harta – di mana 1MDB memilih untuk menyembunyikan berbillion-billion yang hilang menerusi Avestra/Bridge Global

Syarikat yang dibabitkan oleh 1MDB dalam pelaburan di PetroSaudi pada 2012 kini disiasat secara berasingan oleh pihak-pihak berkuasa Australia.

Kekurangan inkuiri yang sempurna di Malaysia sendiri ke dalam urusniaga yang meragukan ini, pencairan Avestra oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) telah memberikan beberapa maklumat yang berguna.
Khususnya, dana berjumlah satu billion dollar, yang telah secara rahsia diletakkan di Pulau Cayman, yang didakwa oleh 1MDB sebagai mengandungi ‘keuntungan’ daripada usahasama PetroSaudi.

Penulis artikel ekonomi dari Malaysia yang berpejabat di Sydney, Ganesh Sahathevan, telah merungkai perincian siasatan ASIC dalam beberapa hari dan dia telah berjaya mengeluarkan bukti bahawa pihak berkuasa Australia telah merumuskan bahawa Avestra tidak pernah mempunyai lebih dari beberapa puluh juta dollar nilai dana – jauh dari US$2.3 billion yang diakui 1MDB sebagai telah dilaburkan.

Ini menambahkan lagi maklumat bahawa Dana Bridge Global Absolute Return SPC, yang dikatakan diuruskan oleh Avestra, sebenarnya tidak wujud sebagai suatu entiti yang berdaftar di Cayman semasa 1MDB mengatakan ianya telah memasukkan terlalu banyak wang ke dalamnya.

Majalah Wall Street Journal telah merumuskan rentetan peristiwa yang meragukan itu di dalam artikel mereka yang terkini “Hunt For Billions Invested in 1MDB Merujuk Kepada Australia”.

Para pengikut perkembangan krisis 1MDB akan tahu, tiada kemungkinan wang pelaburan dapat digunakan untuk membayar Aabar Investment. Ini adalah US$1.03 billion yang dikatakan oleh Arul Kanda sebagai telah dipegang dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank Brazen Sky di bank BSI Singapura.

Sarawak Report telah sekian lama mengeluarkan bukti bahawa tiada terdapat sebarang bentuk wang tunai, yang kemudiannya Arul telah terpaksa akui. Inilah sebabnya mengapa konsortium Deutsche Bank telah menarik diri dari urusniaga dalam bulan Mei itu.

 “Standard keterlusan dan integriti tertinggi dalam organisasi kami” … khususnya di Pulau Cayman?

“Standard keterlusan dan integriti tertinggi dalam organisasi kami” … khususnya di Pulau Cayman?

Seperti ditunjukkan oleh Wall Street Journal, urusniaga dengan Aabar bahawa Najib selaku Perdana Menteri telah mendapatkan pinjaman seperti dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Malaysia untuk mencari wang bagi membayar balik kepada Aabar, walaupun dia berpura-pura mengatakan bahawa para pembayar cukai tidak akan dipaksa menebus hutang 1MDB.

Sebenarnya, komuniti perdagang dunia tahu bahawa ‘wang tunai’, kemudian menjadi ‘dana’ kemudian menjadi ‘unit-unit’ yang kononnya didakwa wujud dalam Dana Avestra/Bridge Global Cayman dan kini di bank BSI Singapura adalah sekadar cerita-cerita dongeng.

Rakyat Malaysia harus bertanya kenapakah bekas pegawai dalam Aabar, Khadem al-Qubaisi telah bersetuju untuk memberi jaminan pada dana 1MDB yang tidak wujud di Pulau Cayman dalam tahun 2013 dan mengapakah Presiden Abu Dhabi kemudiannya melucutkan jawatannya secara peribadi?

Rakyat Malaysia harus bertanya kenapakah bekas pegawai dalam Aabar, Khadem al-Qubaisi telah bersetuju untuk memberi jaminan pada dana 1MDB yang tidak wujud di Pulau Cayman dalam tahun 2013 dan mengapakah Presiden Abu Dhabi kemudiannya melucutkan jawatannya secara peribadi?

Semua wang yang telah dimasukkan ke dalam urusniaga PetroSaudi oleh 1NDB telah lama dicuri sebelum persediaan mereka untuk ‘menutup perniagaan’ dalam tahun 2012 dan ‘wang pelaburan’ dalam PetroSaudi telah kononnya ‘dijual’ secara meragukan kepada Bridge Global di Pulau Cayman pada harga US$2.32 billion.

Mereka yang berada dalam Bridge Global hanya menyokong 1MDB dengan bersetuju untuk menutup kehilangan wang yang banyak – suatu sokongan yang telah mereka jelaskan tanpa ragu-ragu.

Pihak juruaudit dalam KPMG tidak mahu mendengar cerita Cayman dan para juruaudit dalam Deloittes hanya menutup mata mereka pada kejadian-kejadian yang tidak mereka pantau secara langsung, sebagai membalas budi jaminan dari rakan-rakan baru PM dari Aabar.

Kenapakah Najib dan Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memberi jaminan pada pinjaman Aabar bulan Mei lepas, selain mengeluarkan wang tunai yang pada mulanya dijamin oleh Aabar kepada Deloitte?

Kerana, jumlahnya amat melampau dan memalukan.

Seperti ditunjukkan oleh Sahathevan, siasatan ke dalam maklumat yang terhad yang diberikan oleh daftar Cayman yang meragukan juga menunjukkan bahawa dana yang dikatakan kerugian pada pertengahan tahun 2012, sebeenarnya tidak wujud sebagai entiti berdaftar sehingga bulan November 2013!

Apakah bukti terbaik bahawa tiada wang tunai ataupun nilai ‘unit’ terlibat di sini – hanya pembohongan dan tembelang yang melampau oleh 1MDB!

Peti-peti harta karun 1MDB yang ditanam di Pulau Cayman sebenarnya kosong – wang didalamnya telah lama dicuri penyamun dan perompak!

Peti-peti harta karun 1MDB yang ditanam di Pulau Cayman sebenarnya kosong – wang didalamnya telah lama dicuri penyamun dan perompak!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments