Pesta Rahsia ‘Jay Low’ Di Abad Ke-21! – Low Si Pemboros Didedahkan Di Las Vegas Dan Seterusnya

Hartawan yang dipersoalkan? Jho (Gatsby) Low

Hartawan yang dipersoalkan? Jho (Gatsby) Low

Lagi banyak maklumat dibocorkan mengenai perbelanjaan menakjubkan Jho Low menggunakan hasil yang diperolehinya secara haram dari Malaysia.

Baru-baru ini Sarawak Report telah mendokumentasikan bagaimana pesta mewahnya di abad ini bermula sebaik sahaja US$700 juta pertama dipindah ke luar dari dana pembangunan Malaysia 1MDB ke dalam akaun bank Switzerland miliknya – terutamanya menerusi syarikatnya Good Star Limited, yang diwartakan di Seychelles.

Pesta itu bermula di Vegas dalam bulan Oktober 2009 kemudian menjurus ke New York, Hollywood, San Tropez dan seterusnya ke Dubai dan Timur Tengah, dengan lebih banyak wang dialirkan ke luar dari 1MDB dan masuk ke dalam akaun-akaunnya pada tahun-tahun berikutnya.

Namun, belum ada satupun majlis keramaian yang dapat mengatasi majlis hari jadinya yang ke-30 pada 3/4 hb November 2012, yang kami dapat perincikan sekarang (sila lihat berikutnya).

Mula-mula, liputan kami mengenai bagaimana wang awam dialirkan ke luar dari 1MDB dapat diakses daripada akhbar perniagaan yang baru sahaja disekat penerbitannya, The Edge. Sila lihat carta aliran wang berikut:

Sila lihat aliran wang yang menunjukkan bayaran pertama ke dalam akaun syarikat Good Sar milik Jho Low, diikuti pembayaran-pembayaran untuk pembantu-pembantu konspirasinya!

Sila lihat aliran wang yang menunjukkan bayaran pertama ke dalam akaun syarikat Good Sar milik Jho Low, diikuti pembayaran-pembayaran untuk pembantu-pembantu konspirasinya!

Jelaslah bahawa Jho Low amat berputus asa untuk menunjukkan kekayaan segera yang diperolehi dari 1MDB untuk menarik perhatian rakan-rakan niaga barunya untuk perniagaan-perniagaan haram, seperti bekas Pengerusi dana Aabar dan kumpulan kelab malam Hakkasan, Khadem Al-Qubaisi, yang menjadi rakan niaga utamanya.

Apa yang dia mahukan adalah pesta-pesta keramaian yang boros, namun, kekayaan mengejutnya amat terdedah pada penialaian umum. Sama seperti watak fiksyen seorang penjenayah Jay Gatsby dalam novel ikonik Amerika The Great Gatsby, Jho Low telah cuba mengekalkan latarbelakang yang serupa pada pesta-pesta yang dibiayainya itu.

Foto yang diambil secara rahsia sempena majlis harijadi ‘Jay Low’ yang ke-30 di Las Vegas

Foto yang diambil secara rahsia sempena majlis harijadi ‘Jay Low’ yang ke-30 di Las Vegas

Berbelanja secara besar-besaran pada majlis-majlis keramaian peribadi yang melampau di zaman Twitter, Facebook dan Youtube bukanlah sesuatu yang mudah dirahsiakan.

Para penyiasat dari SR telah berjaya mengikuti jejak-jejak penggemar majlis dan pesta keramaian mewah Jho Low ini, walaupun dia telah berusaha gigih untuk membeli hakcipta ke atas gambar-gambar yang diambil secara rawak yang mampu menceritakan segalanya.

Pentas peribadi untuk majlis ahri jadi mewah ke-30 ‘Jay Low’ di Las Vegas

Pentas peribadi untuk majlis ahri jadi mewah ke-30 ‘Jay Low’ di Las Vegas

Kami telah berjaya menjejaki bagaimana berjuta-juta dollar telah dibelanjakan untuk membiayai keperluan seorang jutawan muda pada minuman champagne termahal di dunia, pesta-pesta perjudian, penyewaan kapal layar mewah, muzik dan pertunjukan bunga api, termasuk melayan bintang-bintang terkenal.

Bintang-bintang wanita yang berpakaian menjolok mata merupakan hiasan latar yang standard pada kesemua majlis ini seperti dilaporkan. Dan sebuah nama timangan baru telah berkembang di Hollywood untuk jutawan pemboros dari Malaysia ini – dia telah dikenali dengan jolokan baharunya, ‘Jay Low’.

Mana kala di Malaysia, kami telah diberitahu bahawa seorang yang bernama Rosmah Mansor telah menjadi marah apabila laporan-laporan serupa dikeluarkan dengan berkata “dia harus ingat bahawa wang itu adalah wang saya jua!” dia kedengaran meninggikan suaranya oleh seorang pemberi maklumat. Apakah yang dia maksudkan?

Britney Spears menyanyikan lagu “Happy Birthday” ...

Britney Spears menyanyikan lagu “Happy Birthday” …

Sejauh mana yang kami dapat ingat, tiada majlis hari jadi yang dapat mengalahkan majlis untuk meraikan hari jadinya yang ke 30 di Las Vegas dengan anggaran kos mencecah “jutaan dua berangka dua”.

Pada senarai tetamu jemputan merupakan bintang-bintang Hollywood, yang mengeluarkan pertunjukan pentas yang amat menarik.
Namun majlis itu tetap dianjurkan secara rahsia dan tertutup.

Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar di sepanjang majlis itu, mereka dikehendaki menyerahkan telefon bimbit mereka dan juga menandatangani suatu perjanjian untuk tiada pendedahan sebelum mereka dibenarkan masuk.

Semenjak tiga tahun kami telah cuba mendapatkan laporan-laporan yang dibocorkan dari majlis-majlis itu yang telah menakjubkan ramai tetamu majlis yang mewah-mewah. Akhirnya rahsia majlis-majlis Jho Low itu dapat juga didedahkan.

Wartawan majlis keramaian Las Vegas, Robin Leach juga turut hadir ke majlis-majlis hari jadi

Wartawan majlis keramaian Las Vegas, Robin Leach juga turut hadir ke majlis-majlis hari jadi

Menurut pengekoran kami pada entri-entri dalam Twitter dan juga laman-laman peminat selebriti, orang kebiasaan di Las Vegas telah menyebarluaskan mengenai majlis itu yang telah mengatasi majlis-majlis keramaian yang terdahulu – dan juga mengenai identiti Jay Gatsby abad ke-21 di sebalik pertunjukan lebihan perbelanjaannya yang melampau.

Laman sosial para peminat Di Caprio turut bertukar-tukar pandangan berhubungan pesta keramaian Jay Low itu

Laman sosial para peminat Di Caprio turut bertukar-tukar pandangan berhubungan pesta keramaian Jay Low itu

Robin Leach dari media Las Vegas Sun turut dijemput menghadiri majlis, dibenarkan untuk menuliskan laporan mengenai pesta keramaian itu dengan syarat tidak mendedahkan empunya majlis. Amboi!

Screen Shot 2015-09-28 at 09.53.40 Seorang lagi wartawan hiburan Las Vegas yang turut melaporkan mengenai majlis mewah Jho Low adalah Norm Clarke.

Komen-komen daripada wartawan Norm Clarke

Komen-komen daripada wartawan Norm Clarke

Clarke juga diberi arahan untuk tidak menyebut nama hos majlis berkenaan, sebagai balasan untuk menuliskan laporan tentang “pesta misteri” yang dianjurkan oleh “seseorang” yang dihadiri oleh “tetamu istimewa”, yang telah dihadiahkan sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai $2.5 juta sebagai hadiah hari jadinya.

Tempat pesta peribadi yang mewah

Tempat pesta peribadi yang mewah

Betapa meriahnya majlis hari jadi buat Jay Low Gatsby itu.

Betapa murahnya hati rakannya, Khadem, untuk menghadiahkannya sebuah kereta mewah paling mahal di dunia.

Betapa gembiranya para tetamu jemputan berhibur dan berpesta bersama bintang-bintang Hollywood sambil menikmati minuman di samping wanita-wanita separuh bogel.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang miskin dan hidup sederhana yang turut memiliki bersama dana pembangunan 1MDB mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka.

Kerana sememangnya rakyat Malaysia merupakan orang-orang yang akan berkorban untuk membayar balik semua wang yang dipinjam 1MDB, walaupun kandungan dana itu disedut sewenang-wenangnya oleh individu yang tidak berhati perut langsung.

Screen Shot 2015-09-28 at 09.38.30

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments