Para Peguam Berhasrat Membuka Kes Untuk Malaysia Menentang Bank Yang Menaja 1MDB

goldman_sachs_logo_door Sarawak Report telah dimaklumkan bahawa pakar-pakar perundangan sedang mengkaji kemungkinan untuk memfailkan sebuah kes untuk menentang bank-bank yang terbabit dengan 1MDB.

Pihak pengemuka petisyen termasuk Kerajaan Malaysia (jika ingin mendapatkan balik wang berbillion-billion ringgit yang hilang); 1MDB sendiri atau institusi-institusi seperti Bank Negara Malaysia, yang telah mengadu bahawa peruntukan membawa keluar wang dari Malaysia telah dilanggar oleh dana pembangunan dan oleh institusi-institusi perbankan terbabit.

Bank-bank yang telah melanggar etika perbankan termasuk Goldman Sachs, yang telah mendapatkan keuntungan dari penerbitan tiga siri bon untuk 1MDB – suatu bentuk komisyen yang boleh dianggap sebagai terlalu tinggi.

Terdapat persoalan yang ditimbulkan mengenai sifat-sifat luar biasa pengurusan bon berahsia, yang telah mengakibatkan lebih banyak wang hilang dari 1MDB di bawah terma-terma yang dibuat oleh bank utama di US.

Sebuah firma guaman Britian telah memulakan sebuah kes utama yang serupa menentang Goldman Sachs bagi pihak Pihak Pelaburan Libya, yang kehilangan banyak wang dari urusniaga yang dikendalikan oleh bank berkenaan.

Pihak Pelaburan Libya percaya bahawa sikap bank itu adalah prejudis terhadap klien mereka dan bahawa para pegawa telah ditipu untuk membuat keputusan yang mendatangkan kerugian besar di mana ianya telah menguntungkan bank secara haram dan pihak lain bersandarkan dana milik umum itu.

Kes tersebut mempunyai persamaan dengan 1MDB yang diuruskan secara salah yang disengajakan.

Begitu juga, tindakan yang sama juga turut diambil untuk menentang bank yang sama mengenai peranan mereka dalam transaksi yang telah menjejaskan kewangan di Greece.

Sikap buruk bank-bank lain yang telah didedahkan menerusi skandal 1MDB merupakan beberapa siri cawangan bank Switzerland, termasuk BSI (Switzerland), Falcon Bank (Abu Dhabi), Coutts (UK) dan JP Morgan (US). Deutsche Bank yang juga terbabit dalam urusniaga-urusniaga awal 1MDB dan bank tempatan di Malaysia, AmBank juga dianggap telah didedahkan – pemegang saham-saham utama mereka adalah kumpulan perbankan ANZ dari Australia dan New Zealand.

Terdapat sedikit keinginan ditunjukkan oleh para pemimpin di Malaysia untuk mendapatkan balik wang yang hilang itu. Sebaliknya Perdana Menteri Najib yang juga selaku Menteri Kewangan telah dengan pantas menutup semua siasatan terhadap kehilangan wang berbillion-billion dari 1MDB.

Namun, jika kerajaan yang memerintah ingin mengubah fikirannya, pihak yang terbabit dalam perbicaraan percaya bahawa sistem perbankan antarabangsa merupakan saluran yang terbaik untuk menunjukkan institusi-institusi perbankan global ini bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab dan sikap mereka terhadap klien mereka di Malaysia atau mengendalikan wang haram.

“Inilah cara bahawa sistem perbankan global boleh disuruh melakukan kerja kepada mangsa amalan rasuah mereka” kata seorang pakar kepada Sarawak Report, dengan menceritakan bagaimana lumayannya kerjaya para peguam dan penyiasat berforensik yang mencari aset-aset yang hilang bagi pihak orang awam di seluruh dunia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments