‘Menyemai Budaya Gementar’: NGO Human Rights Watch Menuding Jari Ke Arah Kerajaan Malaysia Dalam Laporan Terbaharu Mereka

 “Kebebas bersuara dan berhimpun di Malaysia telah dinafikan” kata NGO Human Rights Watch

“Kebebas bersuara dan berhimpun di Malaysia telah dinafikan” kata NGO Human Rights Watch

Perdana Menteri Malaysia telah seterusnya menghadapi lebih banyak kritikan hari ini dengan terbitnya laopran menyeluruh di KL oleh kumpulan NGO Human Rights Watch, yang mendahului lawatan Presiden Obama akhir bulan ini.
Laporan 145 muka surat itu menuduh Kerajaan Malaysia kerana menyemai budaya rasa takut dan menjejaskan kebebasan bersuara di Malaysia dan ianya bersandar pada analisa menyeluruh pada undang-undang ala-kuku besai Malaysia antara 2014-2015, termasuk Akta Hasutan, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Perhimpunan Aman dan Undang-undang Jenayah, kesemuanya telah digunakan terhadap suara-suara yang kritikal terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

NGO Human Rights Watch menegaskan tren yang merisaukan terhadap salah guna proses undang-undang, termasuk tangkap ‘pada larut malam’, ‘penahanan yang tidak berasas’ dan sebuah ‘pola pendakwaan yang berpilih-pilih.

Untuk demikian NGO itu kini sehaluan dengan para pengkritik, yang melaporkan tentang taktik keras yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menutup mulut para pengkritiknya.

Sarawak Report sendiri baru-baru ini telah melaporkan bagaimana Najib Razak telah terburu-buru menggunakan kuasa eksekutifnya untuk mengharamkan mana-mana individu, yang cuba menggunakan tanggungjawab berperlembagaan mereka sebagai wakil rakyat dari pembangkang atau menegaskan hak mereka sebagai pengkritik rejimnya.

Sarawak Report telah disekat di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia

Sarawak Report telah disekat di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia

Blog berita bersiasat Sarawak Report juga telah mendapati diri mereka disekat di Malaysia menggunakan akta dan undang-undang yang baru.

Human Rights Watch mendapati penggunaan undang-undang yang melampau terhadap Sarawak Report

Human Rights Watch mendapati penggunaan undang-undang yang melampau terhadap Sarawak Report

Blog ini telah disekat di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menerbitkan hasil siasatan kami ke atas skandal 1MDB, dengan alasan bahawa semua artikel kami itu telah dipalsukan dan diganggu dengan tujuan, kononnya, untuk mengganggu, mengancam dan memalukan.

Editor Sarawak Report mendapati dirinya disiasat di bawah undang-undang jenayah dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, di samping permohonan untuk melatakkannya dalam senarai Notis Merah di Interpol.

Namun, sedihnya, Interpol telah menolak permintaan kerajaan Malaysia itu.

Antara contoh undang-undang keras yang digunakan ke atas pihak pembangkang, para pelindung hak asasi manusia, wartawan-wartawan, para peguam dan rakya biasa, maka laporan yang telah menjurus kepada penyekatan Sarawak Report dan menggesa Kerajaan Malaysia dan pihak SKMM untuk menarik balik sekatan itu dan menghentikan siasatan ke atas kami.

Kumpulan NGO Human Rights Watch menghantar seruan yang amat jelas kepada pihak SKMM!

Kumpulan NGO Human Rights Watch menghantar seruan yang amat jelas kepada pihak SKMM!

Dalam surat yang dituju kepada Menteri Dalam Negeri Zahid Hamid, kumpulan NGO Human Rights Watch dengan pelbagai persoalan.

Najib Razak dituduh menyemai budaya rasa takut semenjak partinya yang terus memerintah walaupun telah hilang undi popular pada PRU ke-13 lalu

Najib Razak dituduh menyemai budaya rasa takut semenjak partinya yang terus memerintah walaupun telah hilang undi popular pada PRU ke-13 lalu

Persoalan ini, bersama banyak yang lain turut dihantarkan kepada Menteri Galam Negeri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi mendahului penerbitan laporan itu. Yang menghampakan, NGO Human Rights Watch masih belum menerima sebarang respon.

Laporan ini menjadikan sukar bagi para pemimpin dunia untuk mengabaikan salah guna hak-hak kemanusiaan di bawah pentadbiran Najib, ramai di antara mereka akan mendarat di Kuala Lumpur bulan hadapan untuk sidang kemuncak ASEAN ke-27.

Laporan yang mempunyai tekanan hebat ini termasuk temuramah dengan para pejuang masyarakat, wartawan, peguam, ahli-ahli akademik, ahli-ahli politik pembangkang, termasuk kenyataan-kenyataan umum dari kerajaan, dan laporan-laporan media berkenaan prosiding-prosiding jenayah yang melibatkan kebebasan bersuara dan perhimpunan aman.

Laporan penuh “Creating A Culture of Fear: The Criminalisation Of Peaceful Expression in Malaysia” boleh dibaca (DI SINI).

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments