Doris Dibiar Tanpa Kewarganegaraan Oleh Pemerintah Berdiktator Malaysia!

Waran tangkap terhadap Doris!

“Waran tangkap terhadap” Doris!

Warganegara Malaysia dari negeri Sabah Doris Jones telah dibiarkan terkandas di UK tanpa paspot dan dianggap sebagai tiada kewarganegaraan, akibat dinafikan hak-hak perundangan oleh kerajaannya sendiri.

Doris, yang telah bekerja selama beberapa tahun di UK, telah memohon untuk membaharui paspotnya, yang akan luput tarikhnya dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut prosidur biasa dia telah dijemput untuk datang ke London untuk mendapatkan satu salinan paspot yang baru.

Namun, dia telah menemui kebuntuan, seperti dinyatakannya kepada Sarawak Report. Pegawai-pegawai di pejabat kedutaan Malaysia di London tetap enggan mengeluarkan dokumen yang baru itu.

“Akhirnya mereka menyuruh saya kembali lagi” kata Doris kepada Sarawak Report, “namun saya tidak pasti sama ada ingin menghadapi risiko sekali lagi”.

Doris telah menerima jemputan biasa untuk mendapatkan paspot barunya – namun apabila dia tiba di pejabat kedutaan, urusannya dinafikan!

Doris telah menerima jemputan biasa untuk mendapatkan paspot barunya – namun apabila dia tiba di pejabat kedutaan, urusannya dinafikan!

Keadaan-keadaan itu adalah Doris telah memprovokasi tuduhan-tuduhan “kepengganasan” dari Menteri Dalam Negeri, kerana telah menyuarakan kerisauannya pada salah guna hak-hak berperlembagaan Sabah oleh kerajaan semasa.

Pada pendapat Doris, komitmen-komitmen yang dibuat terhadap negeri-negeri di Borneo ketika bergabung dan kemerdekaan dahulu masih tidak dihormati oleh Kerajaan Persekutuan.

Maka Doris telah memberanikan dirinya menyebut (dalam laman sosial Facebook) bahawa dia berpendapat Sabah mempunyai hak yang sah untuk mengisytiharkan perjanjian itu telah dilanggari dan seharusnya menganggap negerinya dibenarkan dipisahkan dari persekutuan.

Dan kerana memberanikan dirinya menulis kepada rakan-rakannya dalam Facebook, dia telah mencetuskan reaksi bersensasi pada pihak-pihak berkuasa di Malaysia dan turut diikuti oleh salakan Menteri Dalam Negeri Malaysia, yang, pada pengumumannya hari ini mengatakan bahawa pihak “minoriti yang berbuat bising” lebih sesuai “berada di neraka” (jelas telah lupa bahawa partinya telah memenangi undi minoriti pada pilihanraya lepas dan hanya berpaut pada kuasa melalui penipuan).

Maka kuasa penuh undang-undang baru Malaysia untuk menutup para pengkritiknya (yang menggelar mereka sebagai pengganas) telah digunakan terhadap wanita professional, yang pertengahan usia ini yang mempunyai sekumpulan rakan dalam Facebook untuk mengeluarkan komen-komen seperti ini.

Kuasa penuh pihak penguatkuasa telah digunapakai ke atas Doris

Kuasa penuh pihak penguatkuasa telah digunapakai ke atas Doris

Doris telah dikeluarkan waran tangkap sejak bulan Januari tahun ini oleh kerajaan Malaysia kerana dituduh kononnya ‘menghasut’ dan pihak polis telah cuba mengekstradisinya dari UK.

Keadaannya sama seperti yang dihadapi oleh mereka yang lain yang telah memberanikan diri bercakap menentang rejim yang semakin berubah menjadi sebuah entiti jenayah dan mengabaikan undang-undang negara mereka sendiri.

Penulis blog ini telah menghadapi ancaman yang serupa, sebagai contoh, dan pejuang kempen anti rasuah Khairuddin Abu Hassan pada minggu lepas telah disumbatkan ke penjara, setelah tuduhan asal terhadapnya ditolak oleh mahkamah, di bawah undang “anti kegaganasan” yang baru yang membenarkan pemenjaraan pelaku kesalahannya tanpa dibicarakan.

Khairuddin telah jatuh sakit tenat semasa di penjara dan kini sedang dirawat di hospital dan pelawat tidak dibenarkan menziarahinya

Khairuddin telah jatuh sakit tenat semasa di penjara dan kini sedang dirawat di hospital dan pelawat tidak dibenarkan menziarahinya

Kesalahannya? – melaporkan jenayah rasuah yang berlaku dalam dana pembangunan 1MDB milik kerajaan kepada pihak penguatkuasa undang-undang antarabangsa, yang mana para menteri di Malaysia telah memilih untuk menganggap kesalahan itu sebagai “sabotaj terhadap negara”.

Pihak kerajaan Malaysia telah melepaskan bebanannya untuk memberikan bukti pada tuduhan-tuduhan mereka di bawah undang-undang “keganasan” yang baru, yang seharusnya diguna ke atas sebarang pengebom dan ekstrimis gila yang mengancam ketenteraman awam.

Dalam pada itu, di US, Perdana Menteri Malaysia, yang telah mengetuai semua tindakan kerajaannya itu, telah mencetuskan cemuhan dan kritikan ramai pihak sepanjang minggu ini, dengan mengisytiharkan bahawa negaranya sebagai sebuah “demikrasi matang”.

Lebih ramai pihak akan percaya pada dakwaannya yang sebaliknya bahawa dia merancang untuk memimpin negaranya hingga ke hujung dunia.

Para audien Najib di US faham bahawa demokrasi-demokrasi matang akan tetap mengikhtiraf perjuangan pembangkang, protes-protes jalanan dan perhimpunan-perhimpunan.

Tidak mahu bergurau – Najib Razak kini meletakkan dirinya dalam senarai dictator kotor dan mengheret Malaysia bersama-sama dengannya

Tidak mahu bergurau – Najib Razak kini meletakkan dirinya dalam senarai dictator kotor dan mengheret Malaysia bersama-sama dengannya

Demokrasi-demokrasi matang membenarkan dan menjangkakan perubahan kerap berlaku pada kerajaan-kerajaan mereka.
Dan, apa yang lebih penting, dalam demokrasi-demokrasi matang, undang-undang negara tidak boleh dimanipulasi oleh arahan-arahan seorang pemimpin yang berlagak seperti seorang bos bagi segerombolan penyangak.

Dia telah menyingkirkan semua pengkritiknya (separuh dari kabinetnya) untuk mendapatkan kuasa berdiktatornya.

Setibanya di UK, ‘ketua demokrasi’ ini dilihat telah menguruskan sebuah rombongan 40 buah kereta limosin untuk mengiringi suami isteri pertama Malaysia dari kapal terbang yang dibiayai kerajaan Malaysia di lapangan terbang Farnborough hingga ke kota London.

Juga turut diperhatikan bagai mana, sewaktu mereka berlepas balik, kapal terbang yang sama dipenuhi oleh bermacam-macam barangan yang dibeli.

Dan senarai para pengkritiknya yang dituduh tanpa perbicaraan semakin bertambah panjang di negara asalnya Malaysia sebagai suatu isyarat yang boleh dilihat oleh semua pihak dari seluruh dunia.

Dunia akan mengenali seorang pemimpin negara berdiktator sehingga mereka melihatnya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments