Bagaimana Lembaga 1MDB Ditipu Oleh Pihak Pengurusan Yang Bekerja Untuk Najib!

Mengapa tidak risau pada wang yang hilang?

Mengapa tidak risau pada wang yang hilang?

Sarawak Report telah memperolehi satu lagi dokumen yang bersensasi, yang seterusnya mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh pihak pengurusan 1MDB pada urusniaga dengan PetroSaudi.

Dokumen-dokumen itu juga mendedahkan kelemahan Lembaga Pengarah, ditunjukkan sebagai mohor rasmi bagi pembuat keputusan mutlak syarikat, Menteri Kewangan Najib Razak.

Kami telah berjaya mendapat lebih banyak Minit Mesyuarat Lembaga, yang kini masih dirahsiakan, yang menunjukkan bahawa ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah mencapai resolusi supaya PetroSaudi menyamakan input tunai ke dalam usahasamanya, untuk memadankan berbillion-billion dollar di mana pihak Malaysia telah bersetuju untuk menyumbangkan hanya 40% dari pegangan saham itu.

Namun, tuntutan ini telah diabaikan oleh pihak pengurusan, yang telah sebaliknya menerima suntikan aset-aset palsu daripada PetroSaudi beberapa hari selepas itu.
Lebih teruk lagi, pihak pengurusan 1MDB telah didedahkan sebagai BERBOHONG kepada Lembaga Pengarahnya mengenai identiti sebenar pemilik syarikat PetroSaudi, hanya dalam masa sepuluh hari sebelum urusniaga dijalankan.

Mesyuarat khas Lembaga Pengarah Pihak Pelaburan Terenggani, 19hb September 2009, pada hari namanya ditukar kepada 1MDB

Mesyuarat khas Lembaga Pengarah Pihak Pelaburan Terenggani, 19hb September 2009, pada hari namanya ditukar kepada 1MDB

Minit-minit Mesyuarat Khas para Pengarah diadakan pada 18hb September 2009 (sepuluh hari sebelum usahasama dimeterai pada 29hb) menunjukkan bahawa Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang, telah berbohong kepada para rakan Pengarahnya, dengan mengatakan bahawa pemilik PetroSaudi adalah, pada ketika itu, Raja Abdullah dari Arab Saudi!

Pemilik sebenarnya adalah Raja Arab Saudi!

Pemilik sebenarnya adalah Raja Arab Saudi!

Sarawak Report mengandaikan bahawa CEO 1MDB Arul Kanda akan mengakui keaslian minit-minit ini, kerana dia juga menyimpan minit-minit yang sama yang kami cetak, kerana juga dia tahu maklumat-maklumat dalam minit-minit itu telah dipekelilingkan dengan meluas, walaupun bosnya Perdana Menteri tetap berusaha bersungguh-sungguh menyembunyikan maklumat itu.

Adakah Arul Kanda sedar bahawa pekara ini boleh disembunyikan?

Adakah Arul Kanda sedar bahawa pekara ini boleh disembunyikan?

Ini bermakna bahawa Casey Tang telah berbohong terang-terang kepada para ahli Lembaga Pengarahnya.

Semua bukti yang ada mengenai PetroSaudi mengesahkan bahawa syarikat itu hanya merupakan entiti yang kecil dengan modal asas yang terhad, yang merupakan salah satu pelaburan cangkerang yang ditubuhkan oleh Putera Turki dan rakannya Tarek Obaid dengan harapan dapat digunakan untuk menyertai perniagaan golongan bangsawan itu.

Sarawak Report telah lama mendokumentasikan profil PetroSaudi yang sentiasa berubah-ubah dan hakikatnya mereka telah bergantung pada alamat dan nombor telefon dan faks yang dipinjam dari rakan mereka yang lain, Xavier Andre Justo, yang berpejabat di Geneva di sebuah syarikat bernama Fininfor.

Namun, janganlah sekadar mendapatkan maklumat ini semata-mata dari Sarawak Report, tetapi dapatkan dari saudara Tarek sendiri, Nawaf, yang mempunyai hubungan di Arab Saudi, bekerja sebagai penasihat politik.

Jangan nyatakannya sebagai ‘negara ke negara’! Amar saudara Tarek sehari sebelum kenyataan media diadakan

Jangan nyatakannya sebagai ‘negara ke negara’! Amar saudara Tarek sehari sebelum kenyataan media diadakan

Nawaf Obaid telah memberikan kenalan di Arab Saudi untuk urusniaga PSI kepada Najib

Nawaf Obaid telah memberikan kenalan di Arab Saudi untuk urusniaga PSI kepada Najib

Dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia semenjak beberapa bulan – kini kita tahu kenapa!

Dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia semenjak beberapa bulan – kini kita tahu kenapa!

Dengan kata lain, PetroSaudi bukanlah milik sepenuhnya Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi atau pelaburan ‘negara dengan negara’ – dan saudara Tarek telah memberi amaran supaya hakikat itu tidak disentuh sama sekali.
Tarek akur pada amaran saudaranya itu.

Versi yang telah diubah pada laman 1MDB sehingga ianya dipadamkan baru-baru ini

Versi yang telah diubah pada laman 1MDB sehingga ianya dipadamkan baru-baru ini

Bukti itu sendiri telah menjelaskan kenapa sebuah notis telah dikeluarkan pada awal tahun ini daripada pasukan penyiasat Bank Negara Malaysia, menghendaki Casey Tang, yang telah berbohong kepada Lembaga Pengarah.

Sarawak Report telah menerbitkan banyak email dari pangkalan data PetroSaudi, di mana Casey Tang telah sering berikan salinan dan berperanan sebagai ahli penting dalam bukti konspirasi untuk mengelirukan dan menipu Bank Negara Malaysia dan juga ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk memindahkan sejumlah US$1.83 billion ke luar negara dan masuk ke dalam Jho Low dan para rakan konspirasinya dari PetroSaudi.

Ketua 1MDB yang kini, Arul Kanda Kandasamy, telah cuba mendakwa bahawa dokumen-dokumen ini telah diganggu oleh Sarawak Report, maka dia harus menunjukkan bukti kepada kami dan mengheret kami ke mahkamah (sesuatu yang tidak terlalu gentar untuk lakukan sehingga ke saat ini).

Salah satu dari pendedahan dari minit-minit mesyuarat hanya beberapa hari sebelum pemeteraian urusniaga pantas untuk meringankan bebanan rakyat Malaysia pada berbillion-billion hutang yang tinggi itu.

Ahli-ahli Lebaga Pengarah 1MDB telah, pada peringkat ini, menyedari bahawa PetroSaudi tidak berhasrat untuk menyuntikkan sebarang wang tunai, selain aset-aset ke dalam usahasama itu.

Para pengarah ini, yang telah diperkenalkan sebagai berkuasa pada keputusan-keputusan dalam 1MDB merasa tidak senang hati kerana pihak Malaysia menyuntikkan kesemua modal kerja dan sebalik mendapat 40% dari usahasama itu.

Mereka menuntut, bahawa jika urusniaga itu diteruskan maka PetroSaudi juga harus menyuntikkan sekurang-kurangnya satu billion dalam bentuk wang tunai!

Perhatikan bagaimana minit itu menegaskan perkataan SEKURANG-KURANGNYA dalam bentuk italic bagi pihak para Pengarah

Perhatikan bagaimana minit itu menegaskan perkataan SEKURANG-KURANGNYA dalam bentuk italic bagi pihak para Pengarah

Dunia kini tahu, perkara ini tidak menjadi kenyataan. Namun, walaupun PetroSaudi tidak dilihat akan menyuntikkan sebarang wang tunai ke dalam urusniaga itu, pemeteraian itu tetap diteruskan.

Sebenarnya, PetroSaudi bukan sahaja tidak menyumbangkan wang tunai, ia juga telah melakukan sebaliknya.

Para Pengarah yang tidak berguna (atau berkomplisit?) dalam 1MDB telah membenar pihak penipu mengeluarkan dokumen pinjaman palsu bernilai US$700 juta dalam prosiding itu, yang kemudiannya mereka menuntut untuk dibayar balik tiga hari kemudian dalam bentuk wang tunai oleh 1MDB pada hari perjanjian itu dimeterai.

Casey Tang dan Shahrol Halmi telah bersetuju dengan tuntutan ini.

Maka, PetroSaudi bukan sahaja mengelak diri dari menyumbangkan wang pelaburan yang sama, namun mereka telah mengaut saham-saham utama dalam pelaburan Malaysia pada hari pertama itu – dengan membenarkannya untuk dialihkan ke dalam akaun wakil Perdana Menteri serta penasihatnya, Jho Low.

Jho Low telah berjaya mendapatkan wang itu dan seterusnya berpidah ke dalam kumpulan kenalan mewah di Hollywood

Jho Low telah berjaya mendapatkan wang itu dan seterusnya berpidah ke dalam kumpulan kenalan mewah di Hollywood

Pada hakikatnya, Pengerusi asalnya telah mengundur dirinya pada ketika dia mengetahui apa yang telah dilakukan beberapa hari kemudian.

Namun, tiada siapa sekalipun dalam lingkungan 1MDB yang mengadu, Menteri Kewangan, yang merupakan pembuat keputusan mutlak secara rahsianya, telah berpuas hati dengan keadaan itu dan juga kehilangan US$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik penasihat mudanya, Jho Low.

Pertukaran email antara Tarek Obaid dan abangnya Nawaf Obaid jelas mengatakan bahawa Perdana Menteri masih menaja kenyataan-kenyataan media bahawa PetroSaudi tetap menyuntikkan modal tunai.

Akhbar Reuters turut memetik dakwaan Perdana Menteri Najib bahawa US$1.5 billion dalam bentuk wang tunai telah tiba di Malaysia pada hari perjanjian itu dimeterai, menurut sebuah email yang dihantar Nawaf Obaid kepada Tarek Obaid

Akhbar Reuters turut memetik dakwaan Perdana Menteri Najib bahawa US$1.5 billion dalam bentuk wang tunai telah tiba di Malaysia pada hari perjanjian itu dimeterai, menurut sebuah email yang dihantar Nawaf Obaid kepada Tarek Obaid

Sama ada Perdana Menteri Najib sedar bahawa dia berbohong semasa membuat kenyataan ini atau dia telah ditipu oleh pihak pengurusannya dalam 1MDB. Jika dia telah ditipu, dunia ingin tahu kenapa dia tidak berusaha mencari penjenayah-penjenayah ini melainkan berbuat apa saja untuk menutup mulut para pengkritiknya dan menutup semua bentuk penyiasatan ke atas wang yang tidak datang dari PetroSaudi dan kehilangan wang saham utama 1MDB!

Pada titik ini adakah Arul Kanda akan berhenti berbohong bahawa semuanya dilakukan dengan baik dan penuh kesungguhan dalam 1MDB dan mengakui bahawa skandal ini merupakan rompakan tunggal yang terbesar di abad ini?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments