‘Derma’ Rahsia Untuk PM Telah Dipindahkan Balik Ke Singapura! EKSKLUSIF UTAMA

Bank Falcon Private dari Switzerland, milik dana Aabar dari Abu Dhabi

Bank Falcon Private dari Switzerland, milik dana Aabar dari Abu Dhabi

Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa lebih US$650 juta (RM2 billion) telah dipindahkan dari akaun Perdana Menteri Najib di bank AmPrivate di Kucala Lumpur balik ke Singapura selepas pilihanraya umum yang lalu.

Wang itu didepositkan ke dalam sebuah akaun di bawah nama Tanore Finance Corporation (BVI) di bank Falcon di Singapura pada hari akaun bank AmPrivate Perdana Menteri itu ditutup pada 30/08/2013.

Ini merupakan akaun syarikat yang sama yang telah memindahkan wang sebanyak US$681 juta ke dalam akaun di bank AmPrivate Najib Razak, yang bernombor 2112022009694, dalam bulan Mac.

Soalan Muhyiddin kini suda terjawab ...

Soalan Muhyiddin kini suda terjawab …

Maklumat mengejutkan ini sudah menjawab soalan mantan Timbalan Perdana Menteri, yang dikemukakan semalam, mengenai apa yang terjadi pada baki wang yang didakwa sebagai telah ‘didermakan’ kepada Najib Razak secara peribadi, bagi pihak UMNO, daripada seorang penderma yang tidak dinamakan dari Timur Tengah – yang kononnya dikhususkan untuk kempen pilihanraya.

Namun, ianya juga membangkitkan lebih banyak soalan untuk Perdana Menteri mengenai apakah hak dia memindahkan wang yang seharusnya untuk pembiayaan partinya keluar dari negara dan mengapakah wang ini dilihat telah bercampur aduk dengan lebih banyak lagi ribuan juta dollar di dalam akaun peribadi yang sama Najib Razak bernombor 2112022009694?

Yang pentingnya, sehingga kini belum ada sebarang penjelasan diberikan mengenai sama ada derma itu dimasukkan secara sah di sisi undang-undang atau sebaliknya untuk tujuan dan keadahnya.

Bagaimana wang dipindah-pindahkan ... walaupun pelbagai bayaran dibuat kepada ahli-ahli UMNO dalam bentuk cek-cek dari akaun bank AmPrivate (Najib) sebelum dan selepas pilihanraya

Bagaimana wang dipindah-pindahkan … walaupun pelbagai bayaran dibuat kepada ahli-ahli UMNO dalam bentuk cek-cek dari akaun bank AmPrivate (Najib) sebelum dan selepas pilihanraya

Pada 2hb Julai lalu Sarawak Report dan Wall Street Journal telah mendedahkan bahawa para penyiasat dari pasukan bersama 1MDB telah mendapati bahawa sebuah syarikat BVI yang bernama Tanore Finance Corporation telah melakukan dua pembayaran ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di bank Am Private bernombor 2112022009694 berjumlah US$681 juta pada 21hb dan 25hb Mac 2013.

Pindahan pertama bernilai US$619,999,988

Pindahan pertama bernilai US$619,999,988

Akaun Tanore Finance Corporation yang digunakan untuk pindahan itu berpejabat di bank Falcon Private di Singapura, sebuah bank Switzerland milik syarikat Aabar dari Abu Dhabi, yang telah memeterai ‘usahasama berstrategi’ RM18 billion dengan 1MDB hanya beberapa hari sebelumnya.

Lantaran itu, Najib telah mengancam untuk menyaman Wall Street Journal berhubung artikel itu. Namun pihak Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia telah mengesahkan pada minggu lalu bahawa butir-butir pindahan itu adalah betul, dengan menyebut tentang ‘penderma’ yang tidak dinamakan dari Timur Tengah.

Menunjukkan tekanan yang dihadapinya, sambil mengutuk para pengkritiknya – Najib Razak

Menunjukkan tekanan yang dihadapinya, sambil mengutuk para pengkritiknya – Najib Razak

Maka diandaikan ‘penderma’ ini adalah pemilik rahsia Tanore Finance Corporation BVI dan amat menghairankan mengapakah Perdana Menteri harus mengosongkan akaunnya balik ke dalam syarikat yang sama sebaik sahaja pilihanraya itu selesai.

Pihak-pihak berkuasa perkara kewangan Singapura telah mengesahkan bahawa mereka telah membekukan dua buah akaun berikutan penyiasatan ke atas 1MDB, yang dipercayai di bank Falcon.

Bank itu telah mengesahkan bahawa ianya bekerjasama dengan pihak-pihak penguatkuasa dalam perkara ini. Dalam pada itu, beberapa buah akaun bank yang tidak diberikan butir-butirnya telah dibekukan di KL.

Maklumat dari sumber dalaman di Malaysia mendakwa Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan kunjungan rasmi empat hari ke Singapura, dan dalam masa yang sama telah cuba memohon untuk mengaktifkan semula akaun-akaun yang telah dibekukan itu tetapi tidak berjaya.

Habuan kerana kesetiaan – Shahril Abdul Samad, Pengerusi Kelab Back Benchers UMNO telah menerima RM1 juta dalam bentuk cek SELEPAS pilihanraya

Habuan kerana kesetiaan – Shahril Abdul Samad, Pengerusi Kelab Back Benchers UMNO telah menerima RM1 juta dalam bentuk cek SELEPAS pilihanraya

Orang ramai di Malaysia dan juga ahli-ahli UMNO yang lain berhak untuk bertanya bagaimana mudahnya Perdana Menteri itu memindah-mindahkan wang dalam jumlah-jumlah yang terlampau besar ke luar ari akaun peribadinya, selain perbelanjaan untuk pilihanraya?

Adakah dia juga selaku penerima derma ratusan juta dollar seterusnya atau adakah wang peribadi Perdana Menteri itu telah bercampur aduk dengan ‘derma’ yang diterimanya?

Dalam kedua-dua kes, bagaimanakah Perdana Menteri memperolehi jumlah wang yang terlampau banyak yang mencecah ratusan juta dollar dan bagaimana mudahnya semua wang ini dipindah-pindahkan dari dan ke dalam akaun peribadinya ini, kini didakwa sebagai wang ‘derma’ untuk pembiayaan partinya?

Sumber-sumber dalaman telah mendedahkan kepada Sarawak Report bahawa akaun bank AmPrivate ini telah menerima dua suntikan wang yang bersokong di sepanjang 2013 – sati menerusi Saudi Arabia dan satu lagi menerusi Dubai.

Kami telah diberitahu bahawa jumlah dalam akaun itu telah meningkat secara mendadak kepada satu billion dollar dalam masa menjelang pilihanraya.

Dalam apa jua kes, adalah amat luar biasa dan tidak betul bahawa Peguam Negara yang baru dilantik seharusnya mengumumkan pemberhentian siasatan Pasukan Khas ke dalam 1MDB.

Dalam pada itu bukti-bukti mula timbul bahawa wang itu teah diagih-agihkan secara peribadi oleh Perdana menteri kepada pemimpin-pemimpin UMNO, bukan sahaja sebelum pilihanraya, termasuk banyak lagi bayaran kepada para ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan telah menerima RM2 juta

Timbalan Menteri Kewangan telah menerima RM2 juta

Wang itu telah diagih-agihkan dalam bentuk cek kepada penyelaras-penyelaras parti oleh Perdana Menteri, dikeluarkan dari akaun bank AmPrivate yang sama bernombor 2112022009694.

Ramai di kalangan penerima itu telah membuktikan bahawa mereka merupakan pelindung Najib dalam krisis semasa.

Mereka itu termasuk Pengerusi Back Benchers UMNO Shahrir Abdul Samad, yang dikatakan telah menerima RM1 juta sebaik sahaja selesainya pilihanraya dan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, yang telah menerima sekeping cek bernilai RM2 juta.

Ini mengesahkan bahawa wang itu telah digunakan, namun menimbulkan persoalan bagaimana Perdana Menteri Najib mendapat lebih banyak wang setelah pilihanraya selesai sebagaimana sebelum disuntikkan dari Tanore Finance Corporation?

Seorang lagi penerima habuan – Mas Ermieyati Samsudin dari Jawatankuasa Akaun Awam yang telah d=menerima cek bernilai RM50k selepas pilihanraya

Seorang lagi penerima habuan – Mas Ermieyati Samsudin dari Jawatankuasa Akaun Awam yang telah d=menerima cek bernilai RM50k selepas pilihanraya

Persoalan yang dibangkitkan ramai ahli UMNO sekarang adalah berkenaan murahnya hati PM, dengan jumlah wang yang terlampau banyak dipindahkan keluar dari negara oleh Perdana Menteri?

Terdapat soalan-soalan yang serius berhubung pengendalian wang yang begitu banyak sama ada sah atau sebaliknya di sisi undang-undang.

Dan terdapat satu misteri terakhir untuk dibongkar. Pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen Tanore Finance Corporation di British Virgin Islands mengesahkan bahawa syarikat itu telah ditutup dalam bulan April 2014 yang lalu.

Dalam apa jua kes, ke manakah perginya wang ratusan juta dollar US dipindahkan seterusnya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments