Adakah Khadem A-Qubaisi Dari Aabar Mempunyai Perkaitan Dengan ‘Derma’ Berahsia, Perdana Menteri?

Adakah Khadem dari syarikat Aabar penderma rahsia anda, Najib?

Adakah Khadem dari syarikat Aabar penderma rahsia anda, Najib?

Terdapat tiga elemen terpenting yang ada kaitan dengan penyiasatan terkini ke atas 1MDB.

Ini mengenai kehilangan US$1.3 billion yang disedut keluar dari urusniaga PetroSaudi dan dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat proksi PM milik Jho low; tentang kehilangan RM4 billion yang dipinjam dari para pesara Malaysia oleh bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kehilangan wang yang telah dikeringkan dari pelbagai pembangunan dan pembelian tenaga yang dilakukan menggunakan dana Abu Dhabi – dahulunya diketuai oleh Khadem Al-Qubaisi, yang kini telah disingkirkan dari syarikat itu.

Sejumlah RM27 juta (dari sejumlah RM42 juta) yang dikesan datangnya dari SRC International dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak dalam bulan Disember, yang membentuk asas penulisan kertas pertuduhan yang diderafkan oleh bekas Ketua Peguam Negara Abdul Gani Patail, sebaik sebelum dia dilucutkan jawatan secara tiba-tiba pada minggu lalu.

Secara berasingan Suruhanjaya Tindakan Parlimen (PAC) telah cuba menemubual pemain-pemain peranan utama dalam urusniaga PetroSaudi, termasuk ahli perniagaan Jho Low dan bekas Ketua Eksekutif Shahrol Halmi, sebelum pendengaran-pendengaran dihentikan secara tiba-tiba atas arahan Speaker.

Dalam pada itu, tindakan telah diambil pada hari Rabu lalu untuk cuba memberikan penjelasan mengenai US$680 juta yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank PM sebaik sebelum Pilihanraya 2013 – suatu perkara yang juga telah didedahkan oleh inkuri ke atas 1MDB dan diterbitkan oleh portal dan blog Wall Street Journal dan Sarawak Report.

Suatu kenyataan daripada seseorang yang tidak dinamakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mendakwa para penyaisatnya telah ‘membersihkan’ nama Perdana Menteri berhubung perkara ini, kerana agensi itu telah dapat mengesahkan bahawa wang itu adalah “derma” dari sebuah ‘sumber yang tidak didedahkan’ dari Timur Tengah dan tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Kenyataan ini amat mengejutkan ramai pihak, kerana ianya dikeluarkan hanya beberapa jam selepas pihak SPRM menjelaskan bahawa isu RM680 juta itu bukan datang dari dalam bidangkuasa inkuirinya sendiri.

Terdapat empat pasukan petugas yang menyiasat kehilangan berbillion-billion dollar dari 1MDB dan pihak SPRM menjelaskan bahawa para pegawainya hanya memfokuskan pada wang yang ada kaitan dengan pemindahan wang yang membabitkan SRC International sahaja.

Beberapa orang pegawai SPRM telah ditangkap dan disoalsiasat berhubung “jenayah kebocoran” dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report – dokumen-dokumen yang telah kononnya didakwa sebagai “palsu”, termasuk kertas pertuduhan menentang Perdana Menteri.

Beberapa orang pegawai SPRM telah ditangkap dan disoalsiasat berhubung “jenayah kebocoran” dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report – dokumen-dokumen yang telah kononnya didakwa sebagai “palsu”, termasuk kertas pertuduhan menentang Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, berikutan beberapa penangkapan yang dilakukan pihak polis, soalsiasat dan perampasan bahan-bahan dari pejabat-pejabat SPRM, inkuiri yang baharu itu nampaknya telah dibuka dan diselesaikan dalam beberapa jam, terima kasih pada temubual dengan Perdana Menteri sendiri, yang telah menjelaskan perkara itu kepada pihak SPRM dan menghasilkan kepuasan.

Tiada butir-butir lengkap diberikan mengenai asal-usul ‘derma’ ataau siapakah penderma berhati amat mulia itu – membangkitkan lebih banyak pertanyaan dari jawaban di dalam pemikiran rakyat Malaysia kebanyakannya. Ini kerana Najib telah menjelaskan bahawa wang itu “bukan untuk kegunaannya sendiri” dan mengatakan bahawa dia membelanjakannya untuk kegunaan parti dan perbelanjaan pilihanraya.

Semenjak dinyatakan bahawa jumlah ‘derma’ itu menyamai jumlah yang dikutip oleh Presiden Obama pada kempen pilihanrayanya di US, setiap orang ingin tahu sama ada Perdana Menteri Najib berhak atau sah menerima wang sejumlah itu ke dalam akaun peribadinya, walaupun tanpa pengetahuan timbalannya dahulu (yang kini telah disingkirkan dari kebinetnya)?

Hanya beberapa orang sahaja yang mempercayainya.

Sememangnya penulis artikel mengenai kewangan terkenal dari Malaysia, Ganesh Sahathevan, pada hari ini teah mengemukakan teorinya mengenai ‘derma’ luar biasa ini. Dia telah menganggap ‘derma’ luar biasa ini sebagai satu “bayaran”.

Ini kerana, menurutnya lagi, perkataan dan ayat yang tepat harus digunakan dalam setiap transaksi yang dilakukan merentasi sempadan harus sebagai langkah membendung pembiayaan kegiatan pengganas di sesebuah negara.

Pindahan pertama dari bank Falcon (milik Aabar masuk ke akaun peribadi Najib pada 21hb Mac 2013, dinyatakan sebagai “PEMBAYARAN sebahagian”.

Pindahan pertama dari bank Falcon (milik Aabar masuk ke akaun peribadi Najib pada 21hb Mac 2013, dinyatakan sebagai “PEMBAYARAN sebahagian”.

Sepertimana dijelaskan oleh Sahathevan dalam artikel berupa penyiasatannya:

Jika ianya berupa “pembayaran” apakah barangan atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh PM?

Jika ianya berupa “pembayaran” apakah barangan atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh PM?

Di bawah keadaan luar biasa ini alasan Perdana Menteri itu sukar diterima bahawa dia tetap tidak mendedahkan

Sarawak Report pernah mendedahkan telatah dan gelagat playboy Khadem

Sarawak Report pernah mendedahkan telatah dan gelagat playboy Khadem

identiti sebenar penderma yang didakwanya sebagai berhati murah itu.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berhak untuk tahu bahawa ‘hadiah/bayaran’ berjumlah sebesar itu yang dinyatakan oleh pihak SPRM sebagai datang dari ‘penderma dari Timur Tengah yang enggan namanya didedahkan’ bukannya mempunyai hubungan dengan dana Abu Dhabi dan juga bekas Pengerusinya, Khadem Al-Qubaisi, yang telah dipecat dari jawatannya itu?

Ini kerana Khadem telah dikaitkan dengan Aabar berhubung bon bernilai US$6.5 billion yang diterbitkan oleh 1MDB dalam beberapa siri pembelian pengeluar tenaga dan urusniaga itu telah akhirnya tidak melibatkan Abu Dhabi menerbitkan biar satu sen sekalipun.
Wang dalam jumlah yang banyak telah mengalir keluar dari 1MDB untuk menebus ‘pilihan-pilihan’ yang diberikan kepada Aabar tanpa sebarang alasan yang kukuh dan sempurna.

Jho Low dirakamkan ketika beraksi bersama rakan-rakannya termasuk Paris Hilton

Jho Low dirakamkan ketika beraksi bersama rakan-rakannya termasuk Paris Hilton

Dalam pada itu, Aabar juga turut terbabit dalam beberapa urusniaga pelaburan dengan rakan niaga karib yang juga merupakan proksi kepada Najib Razak dalam 1MDB, Taek Jho Low.

Ini termasuk cubaan menebus kumpulan perhotelan Claridge di London dalam tahun 2011 dan pembelian Coastal Energy pada harga US$2.3 billion dalam tahun 2014.

Rita Ora menyanyikan lagu Seamat Harijadi yang telah diinovasinya di Las Vegas bagi meraikan pemilik Haakasan, Khadem Al-Qubaisi

Rita Ora menyanyikan lagu Seamat Harijadi yang telah diinovasinya di Las Vegas bagi meraikan pemilik Haakasan, Khadem Al-Qubaisi

Sarawak Report telah mendedahkan bahawa syarikat Good Star milik Jho Low yang telah menyedut keluar saham utamanya (US$1.3 billion) yang diterima daripada 1MDB kepada urusniaga pertamanya dengan PetroSaudi, telah mendepositkan sejumlah US$20 juta ke dalam akaun peribadi di Luxembourg milik Khadem Al-Qubaisi dalam tahun 2012.

Kami ingin bertanya sama ada bayaran $20 juta ini ada kaitannya dengan urusniaga dengan Jho Low aatau 1MDB?

Rakan Khadem Al-Qubaisi yang juga penggemar pesta keramaian Jho Low (penghubung utama Najib dalam dana itu) berperanan selaku pembiaya minuman dalam pesta itu

Rakan Khadem Al-Qubaisi yang juga penggemar pesta keramaian Jho Low (penghubung utama Najib dalam dana itu) berperanan selaku pembiaya minuman dalam pesta itu

Dan, memandangkan bagaimana jelas tidak sihat bagi dana ini atau pengerusinya untuk mendedahkan apa-apa percanggahan kepentingan dengan membayar Najib US$680 juta, bolehkan Perdana Menteri bertindak untuk meredakan kebimbangan dan menafikan bahawa Aabar dan bekas Pengerusi yang playboy itu mempunyai hubungkait dengan derma ini?

Para pengunjung kelab hiburan Haakasan bergembira di sekeliling Khadem dan Jho Low.

Para pengunjung kelab hiburan Haakasan bergembira di sekeliling Khadem dan Jho Low.

Jika Aabar/Khadem Al-Qubaisi turut terbabit dalam ‘derma/bayaran’ ianya akan mewakili suatu percanggahan kepentingan yang amat besar, dengan pembabitan 1MDB dalam usahasama-usahasama yang semakin roboh.

Walau bagaimana pun, kami ingin menyebut semula bahawa Najib harus menafikannya kerana keadaan ini dilihat sebagai kebetulan berhubung jumlah besar US$680 juta yang telah dimasukkan ke dalam aakaun peribadi Najib di AmBank di KL.

Seperti yang telah diperincikan oleh Sarawak Report, wang itu tibas dua hari selepas bank Goldman Sachs menyiapkan pengeluaran bon bernilai US$3 juta bagi pihak 1MDB pada 19hb Mac 2013 yang lalu.

Pengeluaran bon ini telah dilancarkan oleh 1MDB (di mana Najib merupakan pemegang sahamnya dan juga selaku penandatangannya) sebaik sahaja selesai pemeteraian yang dibuat secara terburu-buru dengan Aabar pada 12hb Mac, di mana pihak media melaporkan ianya merupakan perjanjian pelaburan 50:50 untuk pembangunan ‘zon kewangan’ Tun Razak Exchange (TRX) di KL.

Zon ini masih merupakan kawasan tanah lapang dan walaupun setelah dirasmikan dengan mengetengahkan Khadem Al-Qubaisi dan timbalannya, Mohamed Al-Husseiny, syarikat Aabar telah tidak menyumbang bahagian yang separuh lagi dalam sebarang bentuk wang tunai.

Bergambar untuk mempromosikan “urusniaga RM18 billion” tiga minggu sebelum parlimen dibubarkan, adalah PM Malaysia Najib, CEO 1MDB (Shahrol Halmi), Pengerusi 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin), Pengerusi bank Falcom dan CEO Aabar (Mohamed Badawy Al-Husseiny) dan juga Pengerusi Aabar (Khadem Al-Qubaisy) yang dikaitkan rapat dengan urusniaga dengan 1MDB dan juga dengan rakanniaga PM, Taek Jho Low

Bergambar untuk mempromosikan “urusniaga RM18 billion” tiga minggu sebelum parlimen dibubarkan, adalah PM Malaysia Najib, CEO 1MDB (Shahrol Halmi), Pengerusi 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin), Pengerusi bank Falcom dan CEO Aabar (Mohamed Badawy Al-Husseiny) dan juga Pengerusi Aabar (Khadem Al-Qubaisy) yang dikaitkan rapat dengan urusniaga dengan 1MDB dan juga dengan rakanniaga PM, Taek Jho Low

Sebuah bank benefisiari dalam pengeluaran bon secara tergesa-gesa ini adalah bank Goldman Sachs, yang telah mengambil yuran yang terlampau besar bagi khidmat menerbitkan wang secara sulit dan berahsia ini.

Boss GSI Malaysia yang bergaya, Tim Leissner + isterinya selaku seoraang model terkenal Kimora Lee Simmonds bersama PM Najib Razak, dan isterinya Rosmah Mansor adalah rakan mereka menerusi Facebook

Boss GSI Malaysia yang bergaya, Tim Leissner + isterinya selaku seoraang model terkenal Kimora Lee Simmonds bersama PM Najib Razak, dan isterinya Rosmah Mansor adalah rakan mereka menerusi Facebook

Apabila ditanya berkenaan bayaran komisyen yang terlampau besar dalam urusniaga ini GSI memberikan alasan bahawa klien mereka inginkannya dilakukan dengan pantas bahawa pihak bank telah bersetuju untuk menghadapi risiko dengan mengambil pinjaman yang berat sebelum mereka mencari pelabur-pelabur mereka.

Maka, kenapakah Najib bertindak begitu terburu-buru dan adakah tidak penting bahawa Perdana Menteri itu telah mengabaikan kesimpulan yang mungkin ditimbulkan bahawa usahasama itu (yang tidak dihormati oleh Aabar) pada 12hb Mac; 1MDB telah secara tergesa-gesa menerbitkan US$3 billion terhadap usahasama itu pada 19hb Mac dan kemudian kemasukan bayaran berjumlah US$680 juta ke dalam akaun Perdana Menteri kononnya untuk ‘tujuan pilihanraya’ pada 19hb dan 21hb Mac dilihat berkait antara satu sama lain?

Dengan alaasan PM yang telah berkata dengan tegas bahawa wang itu “bukan untuk kegunaan peribadi” dan dia telah mengatakan bahawa wang itu telah dibelanjakan oleh BN untuk pilihanraya umum (yang melebihi had yang dibenarkan undang-undang) ramai pemerhati akan membangkitkan persoalan bahawa dia membubarkan parlimen dan kemudian mengumumkan pilihanraya hanya beberapa hari kemudian pada 3hb April.

Rakyat Malaysia harus diyakinkan bahawa usahasama dengan Aabar yang terlalu mahal itu harus dihentikan dan ianya tiada kaitan dengan wang yang dimasukkan secara luarbiasa ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri masa kini dan sememangnya ada penderma yang dikenali dari Timur Tengah yang memasukkannya.

Banyak aduan diterima tentang kelewatan projek multi-jutaan ini. Namun Aabar belum lagi melaburkan satu sen pun ke dalam projek ini.

Banyak aduan diterima tentang kelewatan projek multi-jutaan ini. Namun Aabar belum lagi melaburkan satu sen pun ke dalam projek ini.

Seperti yang telah ditunjukkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal apabila mereka mendedahkan kewujudan ‘derma’ rahsia menjelang pilihanraya umum, wang itu dikesan sebagai berpunca dari akaun syarikat BVI di bank Falcon di Singapura.

Wang itu telah dipindahkan dalaam dua bayaran berasingan menggunakan matawang dollar melalui bank Wells Fargo di US ke dalam banyak akaun peribadi Najib di AmPrivate di KL.

Pemilik bank Falcon adalah Aabar.

Pengerusi asal bank Falcon, apabila ianya dibawa oleh Aabar dalam tahun 2009 adalah Khadem Al-Qubaisi sendiri. Semasa pemindahan dilakukan dalam tahun 2013 kepengerusian bank diambil alih oleh pemegang amanah dan juga timbalannya Mohamed Badawy Al-Husseiny.

Timbalan kepada Khadem Al-Qubaisi adalah Mohamed Badawy Al-Husseiny

Timbalan kepada Khadem Al-Qubaisi adalah Mohamed Badawy Al-Husseiny

Maka sekali lagi kita dipersembahkan dengan hubungan menakjubkan dengan Aabar dan suatu lagi alasan untuk memaksa Perdana Menteri menafikan bahawa rakanniaga dalam usahasama dari Abu Dhabi, yang telah menyertai 1MDB itu tiada perkaitan langsung dengan derma rahsia yang diterimanya ke dalam akaun peribadinya.

Riza Aziz, anak Rosmah dan selaku rakanniaga dalam Red Granite akhirnya mengakui bahawa CEO Aabar telah membiayai filem yang dibuatnya

Riza Aziz, anak Rosmah dan selaku rakanniaga dalam Red Granite akhirnya mengakui bahawa CEO Aabar telah membiayai filem yang dibuatnya

Para pembaca kita hatus diingatkan bahawa Khadem dan timbalannya telah dikenalpsti sebagai telah menembus Najib dengan pelaburan-pelaburan yang amat lumayan.

Pada kali pertama apabila Perdana Menteri dan anak tirinya Riza Aziz cuba menutup maklumat yang berkisar dengan pembiayaan filem di Hollywood yang dihasilkan oleh Riza dengan rakan-rakannya di Red Granite sebanyak US$100 juta dalam filem Wolf Of Wall Street.

Setelah berbulan-bulan lamanya enggan mendedahkan siapakah pelabur-pelabur mereka (selain rakanniaga karibnya, Jho Low), akhirnya Red Granite mengumumkan bahawa wang pembiayaan itu berpunca dari Mohamed Badawy Al-Husseiny, iaitu timbalan Khadem dalam Aabar, yang telah mengeluarkan wang US100 juta dari sakunya sendiri.

Dalam pada itu, dalam beberapa bulan yang lalu kita menyaksikan campurtangan Aabar secara ketara untuk menyelamatkan reputasi Najib sebagai Menteri Kewangan yang juga pemegang saham dan pembuat keputusan utama dalam 1MDB.

Pada bulan Jun yang lalu, dana itu telah mendapati mustahil untuk menjelaskan US1 billion yang telah dipinjamnya dan bank-bank antarabangsa telah mengancam untuk menghentikan operasi mereka, Malaysia pula menghadapi ancaman malapetaka kewangan jika 1MDB gagal dan jatuh.

Kabinet pula enggan mendengar rayuan PM/Menteri Kewangan untuk menjelaskan dana yang seharusnya bebas diketuai oleh Najib.

Khadem Al-Qubaisi telah dipecat sebagai pengerusi di Aabar Investments, namun timbalannya kekal pada jawatannya

Khadem Al-Qubaisi telah dipecat sebagai pengerusi di Aabar Investments, namun timbalannya kekal pada jawatannya

Sekali lagi Aabar Investments telah pada saat-saat akhir menjelaskan hutang itu.
Menurut suatu perjanjian yang kemudiannya telah diterbitkan di Bursa Tukaran London, bahawa Aabar telah bersetuju untuk menjelaskan hutang 1MDB untuk 12 bulan akan datang sebagai pulangan pada “aset-aset” yang tidak dinamakan pada nilai hutang itu.

Mungkin anda harus menjawaab beberapa persoalan, Perdana Menteri?

Mungkin anda harus menjawaab beberapa persoalan, Perdana Menteri?

Walaupun menghadapi persoalan dari wakil-wakil umum, Najib tetap enggan mendedahkan aapakah aset-aset yang dia telah janjikan kepada dana Abu Dhabi itu.

Itulah sebabnya Najib harus berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa wang yang telah dimasukkan ke dalaam akaun peribadinya itu tiada kaitan dengan pembabitan 1MDB dengan Aabar, walaupun wang itu datang dari bank Falcon milik Aabar dua hari selepas urusniaga dimeterai dengan Aabar yang telah menerbitkan bon bernilai US$3 billion, yang disokong oleh surat penenang dari Kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia ingin tahu apakah aset-aset yang telah dijanjikan kepada Aabar oleh 1MDB ...

Rakyat Malaysia ingin tahu apakah aset-aset yang telah dijanjikan kepada Aabar oleh 1MDB …

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments