Menjejaki Kehilangan Berbillion-Billion Dollar – Akaun-Akaun Jho Low Di Singapura

Coutts Zurich – bank persendirian mewah Britain kini berada di tengah-tengah skandal 1MDB dan juga transaksi USD$700 million yang mencurigakan

Coutts Zurich – bank persendirian mewah Britain kini berada di tengah-tengah skandal 1MDB dan juga transaksi USD$700 million yang mencurigakan

Sarawak Report telah difahamkan bahawa suatu operasi antarabangsa yang dikoodinasikan sedang digerakkan untuk menjejak kehilangan wang berbillion-billion ringgit tang ‘dibocorkan’ keluar dari usahasama 1MDB PetroSaudi dan juga urusniaga-urusniaga yang lain.

Transaksi-transaksi usahasama 1MBD PetroSaudi telah membabitkan matawang dollar, yang melibatkan sistem perbankan Amerika Syarikat dan para penguatkuasa mereka berhubung pemindahan-pemindahan wang yang mencurigakan.

Begitu juga, wang telah dipindahkan dari Malaysia (menggunakan akaun 1MDB di bank antarabangsa Duetsche Bank) dan ke dalam akaun-akaun mereka di bank Switzerland, yang turut membabitkan pihak-pihak berkuasa Switzerland.

Kini terdapat pertambahan bukti bahawa kebanyakan wang ini telah dipindahkan ke Singapura, pusat perbankan antarabangsa dalam kejiranan Malaysia sendiri.

Ibupejabat PetroSaudi International di No. 1 Curzon Street di daerah Mayfair di kota London

Ibupejabat PetroSaudi International di No. 1 Curzon Street di daerah Mayfair di kota London

Dalam pada itu, ibupejabat PetroSaudi International di UK, yang mengendalikan semua urusniaga dengan 1MDB menggunakan khidmat para professional di London.

Kini Sarawak Report boleh mengesahkan laporan awal bahawa pihak penyiasat UK telah menyoalsiasat bekas Pengarah PetroSaudi, Xavier Andre Justo, di kota Bangkok, Thailand.

Kesemua pihak-pihak berkuasa ini telah digembelingkan, memandangkan mereka terikat dengan peraturan anti pengubahan wang antarabangsa untuk menyiasat transaksi-transaksi mencurigakan dan Sarawak Report difahamkan bahawa perhubunggan dan pertukaran maklumat telah dilakukan sejak beberapa minggu lalu di kalangan para penguatkuasa terlibat.

Najib Razak telah berkunjung ke Singapura pada 5hb Mei lalu dan dipercayai telah memberikan tekanan pada aspek hubungan dua hala untuk menahan maklumat seterusnya dari didedahkan berhubung pergerakan wang 1MDB.

Kelewatan-kelewatan pihak Singapura akan menghalang siasatan ke atas 1MDB dan boleh juga melemahkan kebolehpercayaan sistem perbankannya, jika ianya dapat disahkan sebagai kesnya.

Walau bagaimana pun, Sarawak Report telah berjaya mengenalpasti bahawa para penyiasat Singapura telah mengesan sejumlah US$530 juta, yang dipindahkan dari akaun Good Star Limited di Zurich, yang menerima kebanyakan wang usahasama 1MDB PetroSaudi, ke dalam akaun Jho Low di Singapura setelah selesai urusniaga PetroSaudi itu.

Wang itu telah dihantar dalam 5 pemindahan yang berasingan dari Zurich ke akaun milik Jho Low di cawangan bank Switzerland BSI Singapura.

Pihak-pihak berkuasa di Singapura telah mengesahkan bahawa akaun ADKMIC di bank BSI adalah milik Jho Low

Pihak-pihak berkuasa di Singapura telah mengesahkan bahawa akaun ADKMIC di bank BSI adalah milik Jho Low

Akaun ini di bank BSI didaftarkan di bawah nama syarikat ADKMIC yang dikenalpasti oleh para penyiasat sebagai dimiliki oleh Jho Low sendiri.

Ini bermakna laluan pengaliran wang itu adalah jelas, walaupun dakwaan terbaharu mengatakan bahawa Good Star itu dimiliki oleh PetroSaudi, yang mengaitkan Jho Low pada wang 1MDB.

Berperanan utama – dari kiri ke kanan – Jho Low; Putera Turki (PetroSaudi); PM Najib Razak; Rosmah Mansor (isteri PM Najib); Nor Ashman (anak lelaki PM Najib); Tarek Obaid (PetroSaudi); Nooryana Najwa (anak perempuan PM Najib)

Berperanan utama – dari kiri ke kanan – Jho Low; Putera Turki (PetroSaudi); PM Najib Razak; Rosmah Mansor (isteri PM Najib); Nor Ashman (anak lelaki PM Najib); Tarek Obaid (PetroSaudi); Nooryana Najwa (anak perempuan PM Najib)

1 – Gambar-gambar foto dan emel-emel menunjukkan bahawa Jho Low hadir ke mesyuarat 15hb Ogos 2009 bersama Perdana Menteri dan para eksekutof dari PetroSaudi yang telah mencetuskan urusniaga usahasama itu.

2 – Emel-emel dan dokumen-dokumen menunjukkan bahawa Jho Low dan pasukannya kemudiannya bertemu dengan para Pengarah PetroSaudi di New York dan bersetuju dengan rancangan usahasama itu – dan juga pada penerimaan bertulis secara spesifik bahawa PetroSaudi akan gembira bertindak sebagai “syarikat pendahulu” untuk urusniaga-urusniaga yang lainnya.

3 – Jho Low adalah dalang pada rundingan-rundingan dalam usahasama itu dengan rancangan awalnya dan dokumen-dokumen yang datang dari pejabatnya sendiri. Dia telah menghadiri mesyuarat antara pegawai-pegawai 1MDB dan PetroSaudi dalam bulan September di kota London, setelah memperkenalkan mereka menerusi panggilan telefon berkonferens beberapa hari sebelumnya.

4 – Banyak emel menunjukkan bahawa Jho Low terlibat secara menyeluruh dalam rundingan-rundingan saat-saat akhir yang berkisar pada pemindahan wang, yang akhirnya menyaksikan US$700 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank RBS Coutts Zurich milik syarikat Good Star Limited di Cayman. Kemudian sejumlah US$330 juta lagi dipindahkan kepada Good Star dalam tahun 2011 secara terus dari 1MDB.

Wang dipindahkan dari pengarah 1MDB kepada Good Star Limited

Wang dipindahkan dari pengarah 1MDB kepada Good Star Limited

5 – Bukti yang mencukupi menunjukkan bahawa Good Star adalah merupakan sebuah syarikat yang dikawal leh Jho Low. Ketua Pegawai Pelaburan di Good Star adalah Seet Li Lin, yang bekerja untuk Jho Low. Pada urusniaga itu dimeterai Good Star telah membayar Pengarah PetroSaudi Tarek Obaid US$85 juta sebagai “yuran broker”, di samping mengupah Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony untuk menguruskan dana sebanyak US$85 juta.

Pembantu Jho Low, Seet Li Lin merupakan Ketua Pegawai Pelaburan dalam Good Star, yang telah memberikan alamatnya di Seychelles

Pembantu Jho Low, Seet Li Lin merupakan Ketua Pegawai Pelaburan dalam Good Star, yang telah memberikan alamatnya di Seychelles

6 – Walaupun, baru-baru ini PetroSaudi telah cuba mengatakan bahawa Good Star adalah anak syarikat mereka, namun syarikat itu tidak pernah didaftarkan dalam struktur kumpulan syarikat PetroSaudi dan kami mempunyai bukti bahawa sejumlah besar wang – US$530 juta – dipindahkan dari akaun Good Star di Zurich, bukan ke dalam akaun PetroSaudi, tetapi ke dalam akaun-akaun milik Jho Low antara bulan Jun 2011 dan September 2013.

Jho Low telah menutup akaun ADKMIC di bank BSI Singapura pada bulan Februari 2014.
Namun, mungkin amat mudah bagi pihak-pihak berkuasa Singapura untuk memberitahu para penyiasat Malaysia ke mana halatuju wang beribu juta 1MDB yang hilang itu.

Namun belum ada tanda-tanda bahawa Singapura bersedia untuk berkongsikan maklumat ini walaupun mereka mempunyai obligasi di bawah peraturan anti pengubahan wang antarabangsa. Hakikat ini membangkitkan persoalan, adakah mereka telah ditekan oleh kedudukan tertinggi oleh Najib untuk menghalang kelangsungan siasatan-siasatan itu?

Cawangan bank BSI Singapura merupakan bank yang sama yang memegang wang “dalam ventuk tunai” sebagaimana didakwa oleh 1MDB dari urusniaga dengan PetroSaudi, walaupun diketahui bahawa wang yang sebenar itu telah disalurkan ke tempat lain.

Setelah ditekan oleh para penyiasat, BSI mengakui bahawa CEO 1MDB Arul Kanda telah berbohong apabila dia mendakwa bahawa terdapat wang tunai dalam akaun mereka.

Pada bulan Mac tahun ini pihak bank berkenaan telah mengesahkan bahawa simpanan itu hanyalah ‘aset-aset atas kertas’, kemudian didefinisikan semula sebagai “unit-unit” oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Ketua Pengurus Cawangan BSI Singapura telah dipaksa mengambil cuti sejak siasatan-siasatan dimulakan setelah pendedahan-pendedahan asal ke atas 1MDB dibuat oleh Sarawak Report.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments