Bertindak Kasar – Brian Lord dan Protection Group International

Lord mengambil sedikit masanya untuk mengakui bahawa dia merupakan penulis misteri yang dikeluarkan dalam akhbar NST

Lord mengambil sedikit masanya untuk mengakui bahawa dia merupakan penulis misteri yang dikeluarkan dalam akhbar NST

Siapakah Brian Lord?

Kami telah meniru gaya penulisan tajuk utama yang digunakan oleh News Straits Times berhubung penahanan seorang warga Switzerland, Xavier Andre Justo, oleh polis Thailand kerana isu-isu imigresen semata-mata.

Dalam artikel ini pihak NST melemparkan tuduhan terhadap Justo dan juga Sarawak Report, di mana beberapa pihak dalam UMNO telah gagal mengabaikan, berikutan beberapa siri pendedahan-pendedahan kami pada skandal berasuah ‘dana pembangunan’ 1MDB.

Bait-bait ayat dari artikel itu telah dipetik oleh media kawalan UMNO itu di Malaysia dan juga para pelindung terdekat Najib Razak.

Menurut dongengan mereka, pendedahan-pendedahan 1MDB dari Sarawak Report adalah berdasarkan “dokumen-dokumen yang telah diganggu” yang diterima daripada Justo.

Maka, orang-orang baik di Malaysia akan diyakinkan bahawa tiada masalah yang timbul dengan 1MDB dan bahawa wang berbillion-billion ringgit yang lesap akan dijumpai semula, kerana Justo dan Sarawak Report boleh diputuskan sebagai berbohong yang digalakkan oleh bayaran (daripada sesetengah pihak yang tidak dikenali).

Imej ‘pengintip rahsia’ PGI kini diganti oleh Brian bercakap besar

Imej ‘pengintip rahsia’ PGI kini diganti oleh Brian bercakap besar

‘Bukti’ yang menjadi asas dakwaan berfitnah ini datangnya dari sebuah syarikat “pengintipan cyber” yang bernama Protection Group International (PGI).

PGI telah diupah oleh PetroSaudi International, sebuah syarikat yang menjadi pusat tumpuan tuduhan-tuduhan berhubung skandal pengubahan wang dalam 1MDB.

Namun akhbar-akhbar Najib dan para menterinya dilihat tiada masalah dalam konflik kepentingan dan telah menggunakan khidmat PGI seolah-olah mereka itu adalah pakar bebas dan berkecuali.

Maka apakah komen PGI, mengapakah mereka berkata sedemikian dan siapakah PGI?

Pada mulanya akhbar New Straits Times (NST) hanya dapat memetik kata-kata dari seorang yang ‘tidak dinamakan’ dari PGI, yang dijadikan mereka sebagai kata putus berdasarkan kesahihan laporan dalam Sarawak Report, berdasarkan tuduhan-tuduhan dari pekerja-pekerja mereka, PetroSaudi, untuk menentang Justo.

Petikan kata-kata itu hanya berakhir dengan kata putus yang berkeyakinan daripada jurucakap yang tidak dinamakan.

Apabila para peguam Sarawak Report menyoal PGI sama ada syarikat mereka telah mengarang catatan itu dan jika ya siapakah yang melafazkannya, syarikat “pengintip cyber” itu bertukar menjadi pengecut.

Mereka akan hanya bercakap mengenai perkara itu jika “diberikan kebenaran” oleh klien mereka, mereka menjelaskan – syarikat PetroSaudi, di mana mereka sendiri sedang disiasat oleh empat buah agensi berasingan ke atas kehilangan kira-kira dua billion dollar dari dana 1MDB itu.

Jawapan yang serupa juga diberi kepada portal berita atas talian lain yang ingin mengesahkan kesahihan tuduhan yang aneh dan tidak dapat disokong ini.

Kempen tuduhan berskala besar

Kempen tuduhan berskala besar

Akhirnya, selang dua minggu dalam saga itu, keputusan telah dibuat oleh pihak pengupah PGI bahawa ada seseorang yang bersedia untuk bertanggungjawab ke atas komen-komen ini, kerana keseluruhan kes menentang Justo dan Sarawak Report di media Malaysia amat bergantung pada mereka.

Menteri Dalam Negeri, khususnya, telah mengatakan bahawa tuduhan-tuduhan PGI itu sebagai vindikasi bagi menentang persoalan-persoalan berkenaan 1MDB, mengatakan bahawa syarikat sebagai syarikat wakil yang bebas yang boleh dipercayai.

Hakikatnya, adalah sungguh memalukan bahawa tiada siapa telah meletakkan nama pada komen-komen yang dikeluarkan itu.

Maka pada hari yang sama setelah memberitahu MalayMail Online bahawa mereka tidak dapat mendedahkan siapa mengucapkan apa, pihak PGI telah kembali kepada portal berita yang sama pada Ahad lepas untuk menamakan seseorang yang bertanggungjawab menyampaikan tuduhan bagi pihak mereka dan melancarkan lebih banyak serangan.

Individu yang mereka ketengahkan itu adalah Pengarah Urusan mereka, Brian Lord.
Brian Lord telah menggunakan pertimbangannya, di samping mengakui dalam artikel yang sama bahawa dia masih perlu menyiapkan ‘analisa berforensiknya’ ke atas data, sesuatu usaha yang menurutnya, mengambil masa enam bulan lagi.

Sebenarnya, Sarawak Report telah mengambil masa kurang satu hari untuk menolak sekeping ‘bukti cyber’ yang telah dikemukakan oleh Brian dan pasukannya dalam PGI, dengan harapan untuk menuduh kami menggunakan “bahan bukti yang telah diganggu”.

Brian Lord telah banyak kali mempromosikan PGI di pelbagai platform di serata dunia

Brian Lord telah banyak kali mempromosikan PGI di pelbagai platform di serata dunia

Kami telah menunjukkan bahawa dokumen yang kami kemukakan itu tidak pernah diganggu seperti keadaan asalnya.

Kami juga telah menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan ini tidak berkoroborasi dengan bukti bahawa US$700 juta telah dikeluarkan dari urusniaga asal PetroSaudi dana beberapa ratus juta lagi telah disedut keluar dari usahasama itu dalam masa dua tahun – semuanya ke dalam akaun-akaun bank rakan PM, Jho Low.

Syarikat PGI hanya menceburi bidang itu sejak tahun 2012 lagi, dan Brian telah menyertai mereka setaahun yang lalu.

Sebelum itu Brian bekerja dengan perkhidmatan pendengaran UK di GCHQ, yang tiada kena-mengena dengan memberi khidmat penjagaan komputer pihak kliennya, mahupun menganalisa bahan kewartawanan.

Brian mungkin harus bermula dari peringkat bawah kerana dia tidak memegang sebarang ijazah. Maka sebelum bersara dia perlu mendapatkan seberapa banyak ganjaran yang dia mampu lakukan.

Pusat pendengaran UK di GCHQ – adakah integriti tidak diperlukan

Pusat pendengaran UK di GCHQ – adakah integriti tidak diperlukan

Sedihnya Brian hanya diperlukan untuk memberikan pendapatnya dan dibayar upah khidmat awam dan kini merupakan penggera untuk mendapatkan kepentingan.
Dia juga dilihat sentiasa bersedia untuk memberikan pendapatnya dalam bidang di luar pengetahuannya.

Mereka di sebalik PGI

Mereka di sebalik PGI

Brian perlu berusaha untuk mewujudkan presepsi bahawa syarikatnya diketahui umum dan bereputasi.

Sebenarnya PGI hanya ditubuhkan dalam tahun 2012 oleh beberapa orang bekas tentera laut yang sempat mengikuti kursus perihal cyber ketika berlatih dahulu.

Walaupun “ribuah” kes yang telah dikendalikan oleh Brian dan rakan-rakannya dalam PGI, mereka hampir jatuh muflis pada tahun lalu, menurut seorang bekas pekerja mereka dalam sebuah laman sosial.

Diselamatkan oleh pembiaya dari Timur Tengah?

Diselamatkan oleh pembiaya dari Timur Tengah?

PGI telah ditebus oleh seorang pembiaya dari “timur tengah” kata seorang bekas pekerjanya.

Dr. Mohammed Al Barwani Pengerusi MB Holding – bos baru dalam PGI

Dr. Mohammed Al Barwani
Pengerusi MB Holding – bos baru dalam PGI

Ianya merupakan dakwaan yang disokong oleh rekod-rekod syarikat yang menunjukkan bahawa seorang peniaga dari Oman, Mohd Al Bawani telah membeli saham-saham utama musim lalu dan kebanyakan pengarahnya telah digantikan.

Maka adillah untuk mengandaikan bahawa PetroSaudi merupakan klien pengupah yang penting kepada PGI, yang sedang terkial-kial untuk mendapatkan keuntungan pada syarikat yang berbangga dengan modal sebanyak £174.92.

Maka usaha Brian untuk menonjolkan PGI sebagai sebuah firma yang tertubuh tidaklah sepadan dengan keadaan sebenar usaha firma yang terkial-kial itu.

Dan dia telah sanggup berjuang bagi pihak kliennya dengan mereka-reka tajuk utama di akhbar terpilih dan melancarkan serangan ke atas sasaran klien yang mengupahnya.

Namun komen-komennya telah dilihat sebagai pencuci semata-mata dan reputasi PGI kini sudah didedahkan bersama PSI.

Wang dari PetroSaudi seharusnya digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments