Komputer Dan Komputer Pelayan SEMUANYA DIBERSIHKAN Di 1MDB

Kakitangan yang risau di 1MDB telah mengesahkan bahawa semua computer dan rekod-rekod dalam dana yang bermasalah itu telah dipanggil dan dibersihkan. Menurut mereka usaha itu termasuk membersihkan computer-komputer peribadi milik kakitangan mereka dan juga komputer-komputer pelayan utama!

Arahan itu datang sebagai suatu kejutan dari pihak pengurusan, menurut sumber dalaman dan ianya berlaku menjelang sambutan Krismas. Kakitangan dihubungi terus menggunakan telefon atau secara besemuka dan diarahkan untuk menghantar komputer-komputer mereka ke bahagian IT untuk dibersihkan storannya.

Tun Razak Exchange merupakan antara projek-projek utama yang dilaksanakan 1MDB

Tun Razak Exchange merupakan antara projek-projek utama yang dilaksanakan 1MDB

Tiada satu arahan itu dikeluarkan menerusi teks atau emel, meninggal seminima kesan rekod, yang dilaksanakan dalam masa beberapa jam sahaja.

Hasilnya terdapat sedikit rekod atau rekod yang terhad untuk menunjukkan apa yang telah berlaku dalam dana yang bermasalah itu dan kalangan kakitangan percaya inilah alasan yang sebenarnya.

Alasan yang diberikan kepada para kakitangan yang terkejut itu adalah bahawa sistem mereka telah digodam teruk.

Salah seorang dari mereka mengirimkan sebuah mesej pada hari kejadian, iaitu pada 19hb Disember, dua minggu sebelum persaraan CEO Mohd Hazem Rahman dari jawatannya.

Para pakar telah memberitahu Sarawak Report bahawa alasan masalah sistem yang kena godam jarang dijadikan sebagai alasan yang boleh dipercayai untuk membersihkan dan mengosongkan maklumat dari komputer-komputer pelayan.

Keputusan yang singkat untuk membersihkan rekod-rekod dan emel-emel dari komputer-komputer kakitangan dan juga dari komputer-komputer pelayan akan menimbulkan banyak persoalan mengenai sama ada pihak pengurusan cuba untuk menutupi maklumat dana yang memalukan sebelum serah tugas itu dilakukan.

Sejak beberapa bulan yang lalu banyak persoalan telah ditimbulkan daripada pelbagai piak berkenaan kehilangan ratusan juta dollar dari dana itu, yang dibiayai oleh pinjaman awam.

Semuanya habis dibersihkan – apa yang ingin mereka sembunyikan?

Semuanya habis dibersihkan – apa yang ingin mereka sembunyikan?

Terdapat hanya sedikit jawapan yang betul datang dari dana 1MDB dan kini nampaknya tidak banyak bukti yang masih tinggal!

Adakah pasukan yang pergi itu cuba menyembunyikan sebarang bukti dengan sengaja dan jika ya, orang ramai dibiarkan tertanya-tanya apakah yang ingin dihapuskan?

Dalam bulan September yang lalu, Sarawak Report, sebagai contohnya, telah mendedahkan bahawa ianya telah diberikan akses untuk membaca emel-emel, yang menunjukkan pembabitan taiko perniagaan Jho Low dalam proses-proses membuat keputusan.

Adakah ini salah satu sebab kenapa rekod-rekod dalam komputer cuba dibersihkan?

Sebuah emel arahan kemudiannya dihantar kepada semua kakitangan mengesahkan keadaan bahawa semua data sebelum 19 Disember 2014 tidak dapat diperolehi lagi. Semua emel menjelang 19 Disember itu telah dibersihkan sepenuhnya.

1MDB merupakan ancaman terbesar terhadap ekonomi Malaysia menurut para pakar, dengan jumlah pinjamannya melebih USD40 bilion dan juga nilai beberapa aset dipercayai telah menjunam dengan teruk.

Terdapat satu lohong hitam di tengah-tengah dana itu, yang mana mengikut para pengurusnya, sukar untuk diselesaikan. Inilah sejumlah wang berbilion-bilion dollar, yang didakwa disimpan di akaun bank di Kepulauan Cayman, dikatakan sudah digunakan untuk menjelaskan hutang oleh syarikat PetroSaudi, yang pada mula menerima pinjaman itu.

Bekas CEO dalam 1MDB telah mendakwa bahawa pada akhir tahun lepas wang itu telah ‘dipindahkan’ untuk membiayai pembayaran hutan kepada bank-bank di Malaysia pada berbilion-bilion dollar yang telah dipinjam. Semasa mengambil alih jawatan itu pada bulan Januari tahun ini, CEO yang baru itu mengatakan bahawa semua wang itu telah dikembalikan.

Taiko perniagaan Ananda Krishnan telah ditekan untuk menjelaskan hutan 1MDB

Taiko perniagaan Ananda Krishnan telah ditekan untuk menjelaskan hutan 1MDB

Namun, diakui kini adalah ini bukanlah kes sebenarnya dan alasan yang kini adalah kemerosotan dollar menjadi sebab kenapa wang itu tidak dapat dibawa balik ke Malaysia.

Sebaliknya, taiko perniagaan Ananda Krishnan telah dipaksa untuk melonggokkan RM2 bilion untuk mengelakkan 1MDB dituduh engkar membayar balik pinjamannya pada 18hb Februari minggu depan, yang akan mengakibatkan ekonomi Malaysia terjerumus ke dalam kancah krisis yang serius.

Ananda Krishnan ini sedang menentang ekstradisi ke India berhubung kes rasuahnya dan adalah difahamkan bahawa kerajaan Malaysia akan berhenti melindunginya jika dia enggan bekerjasama menyelesaikan hutang 1MDB itu.

Ini merupakan kebuntuan yang hodoh. Dan krisis yang semakin memburuk ini amat bahaya pada politik di Malaysia. Orang yang mempunyai tanggungjawab berat pada dana ini adalah Pengerusinya, yang juga Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Ahli-ahli politik pembangkang dan juga UMNO kini menuntut akauntabiliti Najib dan penjelasannya berkenaan bagaimana hutang yang sebegitu besar boleh terlonggok hanya dalam masa lima tahun sahaja?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments