Jom Ikut Rakyat Di Bloked Baram Dr M!

Pasukan polis sedang mengawal gerombolan pembalak MM Golden ketika  ketegangan pada suatu hujung minggu

Pasukan polis sedang mengawal gerombolan pembalak MM Golden ketika ketegangan pada suatu hujung minggu

Nampaknya apa yang sering diagung-agungkan oleh Taib sebagai ‘pembangunan’ kini dinamakan sebagai ‘rasuah’ oleh seorang bekas pemimpin agung Malaysia, Mahathir Mohamad.

Dengan ketegangan yang membara di antara pasukan polis dan komuniti kaum asal Baram pada hujung minggu ini, bekas Perdana Menteri itu telah bercakap mengenai pembalakan haram yang berleluasa yang telah memusnahkan sebahagian besar hutan tradisi di Malaysia.

No longer responsible - Mahathir speaks out

No longer responsible – Mahathir speaks out

Dalam komen-komennya yang sehaluan dengan NGO alam sekitar, Mahathir membidas mengenai kehilangan 70% dari hutan Malaysia, yang telah menjejaskan kehidupan kaum-kaum asal Malaysia, dan dia juga bercakap mengenai rasuah yang tamak segelintir individu yang menyebabkan kemusnahan itu.

Dalam blognya dia telah memperincikan alasan kenapa pihak pencinta alam sekitar dan kaum asal merasa risau mengenai pembalakan yang tidak terkawal, yang telah mengakibatkan kehilangan sumber makanan dan banjir dan pemendapan sungai-sungai di negara itu.

Dia mengisytiharkan bahawa angkara pembalakan yang tidak terkawal datangnya dari rasuah dan menanyakan suatu soalan yang amat penting, bahawa, adakah Malaysia harus menjana pendapatan dari pembalakan?

Kayu-kayu balak yang dicuri oleh syarikat MM Golden dari tanah NCR milik penduduk asal di baram – kini pasukan polis mengawal kegiatan haram ini

Kayu-kayu balak yang dicuri oleh syarikat MM Golden dari tanah NCR milik penduduk asal di baram – kini pasukan polis mengawal kegiatan haram ini

Mahathir mengesahkan bahawa orang yang meraih untung dari pembalakan adalah mereka yang sememangnya kaya raya.

Manakala, menurutnya lagi, mereka yang terjejas adalah orang yang paling miskin yang bergantung penuh pada hutan-hutan mereka.
Dia melahirkan rasa malunya bahawa golongan yang kaya di Malaysia adalah golongan yang memusnahkan kawasan paling berharga di dunia untuk menjadi lebih kaya.

Lagipun, menurutnya, hutan tropika Malaysia adalah “warisan yang paling berharga”.

Jika para pemimpin Malaysia sedar akan hutan tropika Malaysia adalah warisan yang sangat penting, mengapakah mereka menebangnya kerana ingin memberi ruang kepada kelapa sawit dan apa yang dinamakan sebagai “kemajuan dan pembangunan”.

Inilah masa yang sangat penting bagi bekas PM Malaysia itu untuk berkunjung ke negeri Sarawak dan menunjukkan sokongannya kepada kaum asal di Baram, yang telah cuba menghalang pencerobohan tanah-tanah NCR mereka dari gangguan syarikat MM Golden.

Syarikat MM Golden telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menebang keseluruhan kawasan mendahului projek empangan yang telah dirancangkan, walaupun kebenaran untuk membina empangan Baram belum lagi diluluskan.

Mengapakah pasukan polis menyokong pembalak haram dan bukannya melindungi kaum asal yang sememangnya kaum asal pemilik tanah NCR?

Mengapakah pasukan polis menyokong pembalak haram dan bukannya melindungi kaum asal yang sememangnya kaum asal pemilik tanah NCR?

Kerajaan negeri Sarawak, yang dipimpin oleh Gabenor Taib Mahmud despotik dan ahli keluarganya sendiri, Ketua Menteri Adenan Satem, mempunyai tabit buruk suka menghalang sebarang tetamu yang ingin menunjukkan sokongan pada kaum asal yang mendirikan bloked.

Namun, adakah mereka berdua itu akan menjatuhkan bekas bos mereka, seorang veteran politik Malaysia Dr Mahathir?

Selama lebih setahun kaum asal yang bersemangat kental ini telah berusaha melindungi kawasan tradisi mereka dari diceroboh oleh pembalak haram

Selama lebih setahun kaum asal yang bersemangat kental ini telah berusaha melindungi kawasan tradisi mereka dari diceroboh oleh pembalak haram

Setelah beberapa tahun gagal menolong kaum asal dari Malaysia Timur menghadapi ancaman mafia pembalakan yang tamak, Taib Mahmud, Dr M seharusnya mengunjungi kaum asal yang malang itu.

Lagipun, kaum asal itu hanya menuntut agar undang-undang dan prosesnya dipatuhi dan dijalankan seadil-adilnya.
Syarikat MM Golden tidak mempunyai kuasa untuk menerangkan hutan mereka dan pihak polis dan juga kerajaan negeri harus menghalang perkara ini terus berlaku dan bukannya membantu para pembalak dengan memusnahkan bloked-bloked aman dan mengancam orang-orang tempatan menggunakan muncung senapang.

Apa yang dilakukan oleh Adenan Satem adalah merestui pembinaan jalan akses ke tapak binaan projek empangan yang belum diluluskan lagi.

Taib dan Adenan – pasukan polis mungkin berkawal di sekeliling mereka. Namun mereka juga merupakan pemimpin yang melanggar undang-undang

Taib dan Adenan – pasukan polis mungkin berkawal di sekeliling mereka. Namun mereka juga merupakan pemimpin yang melanggar undang-undang

Sebagai sebahagian dari lesen pembalakannya (yang tidak disahkan secara perundangan oleh kaum asal yang empunya tanah) MM Golden telah diberikan kontrak untuk membina jalan akses untuk kerajaan negeri.

Pada hujung minggu itu, menurut para aktivis alam sekitar, pihak polis telah merobohkan bloked aman mereka dan kemudian berpindah ke satu lagi bloked untuk melindungi bloked itu, yang didirikan oleh MM Golden bagi menghalang kemasukan kaum asal mengganggu kerja-kerja pembinaan jalan mereka.

Namun, pihak polis yang bersenjata itu tidak mencetuskan sebarang keganasan dan membenarkan orang kaum asal mengemukakan fakta mereka pada akhir hujung minggu itu dengan menterbalikkan keadaan dan merobohkan struktur pihak polis.

Pihak polis kini diletakkan pada kedudukan yang sukar oleh bos politik mereka yang melanggar undang-undang.
Ini kerana perkara ini harus diperdengar di mahkamah sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menerangkan kawasan hutan atau membina sebuah empangan dan kerajaan negeri dan para pembalak harus mengundur diri sehingga pengadilan dapat dicapai.

Lagipun, merekalah yang mencerobohi tanah asal milik orang tempatan itu.

Namun, alasan bagi Adenan Satem dan Taib Mahmud tidak akan menunggu keputusan pengadilan adalah kerana mereka tetap akan kalah.

Dengan menggunakan kekerasan terlebih dahulu dan kemudian bersikap tidak bersalah apabila mahkamah memutuskan tindakan kerajaan itu tidak sah – ini telah menjadi suatu amalan biasa di Sarawak sehingga ke hari ini, meninggalkan orang kaum asal tanpa apa-apa untuk bergantung harap selain pampasan yang kecil, yang juga akan dirayu oleh kerajaan negeri untuk dibicarakan semula.

Kesan pencerobohan ke kawasan kaum asal di tempat bloked didirikan

Kesan pencerobohan ke kawasan kaum asal di tempat bloked didirikan

Mahathir seharusnya berkunjung ke kawasan bloked dan mengatakan TIDAK pada rasuah pembalakan dan pada amalan obsesif menghimpunkan kekayaan Taib Mahmud.

Mahathir bersetuju bahawa lebih 70% dari hutan Malaysia telah dimusnahkan dan dengan mengatakan sedemikian dia telah membidas pembohongan Taib yang mengatakan bahawa hamper keseluruhan negeri Sarawak masih berhutan dara tebal.

Mahathir mengakui bahawa pembohongan itu jelas dan dia juga mengakui bahawa rasuah tetap berada di sebalik masalah ini.

Adalah belum terlambat lagi Mahathir membetulkan apa yang salah dengan membelakangkan kaum asal di Sabah dan Sarawak dahulu yang membantah pembalakan yang dilakukan oleh Taib, jika kini dia sanggup datang untuk menunjukkan sokongannya di Bloked Baram!

Kami memerlukan sokongan setelah berada di sini lebih setahun untuk mencari pengadilan, Dr M

Kami memerlukan sokongan setelah berada di sini lebih setahun untuk mencari pengadilan, Dr M

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments