DIDEDAHKAN! Agen Yang Diupah Untuk Melaksanakan Gangguan Siaran Radio Terhadap RFS

Ludo Maes dari stesen Broadcast Belgium telah dinamakan oleh seorang pegawai tertinggi Rusia membayar upah untuk mengganggu siaran radio RFS

Ludo Maes dari stesen Broadcast Belgium telah dinamakan oleh seorang pegawai tertinggi Rusia membayar upah untuk mengganggu siaran radio RFS

Sepasukan petugas dari stesen radio persendirian Radio Free Sarawak (RFS) pada minggu lepas telah bersemuka dengan seorang agen penyiaran Belgium, yang telah dikenalpasti melaksanakan gangguan siaran radio mereka.

Ludo Maes didapati bertindak selaku pembekal peralatan siaran gelombang pendek dari premis perniagaannya di Antwerp dan juga bertindak selaku orang tengah kepada mana-mana stesen radio yang memerlukan slot-slot gelombang pendek dari seluruh dunia.

Namun kini Sarawak Report (sebuah organisasi saudara kepada stesen Radio Free Sarawak) sudahpun berjaya menemui bukti yang mengesahkan bahawa Ludo Maes juga turut terlibat dalam usaha mengganggu siaran radio RFS.

Dalam tahun 2011 Ludo Maes adalah seorang agen yang mengupah sebuah stesen pemancar Rusia yang sengaja digunakan untuk mengganggu siaran RFS sepanjang musim berkempen pilihanraya negeri.

Sebagai pembekal utama alat-alat pengganggu siaran radio Ludo Maes juga dijadikan saspek utama menlaksanakan gangguan bersetempat, yang sedang dilakukannya dan juga terhadap stesen-stesen radio lain di dunia.

Dipertanggungjawabkan – Ludo Maes menafikan bahawa dia merupakan agen pelaksana gangguan pada RFS, walaupun terdapat bukti-bukti yang kukuh digunakan untuk menentangnya

Dipertanggungjawabkan – Ludo Maes menafikan bahawa dia merupakan agen pelaksana gangguan pada RFS, walaupun terdapat bukti-bukti yang kukuh digunakan untuk menentangnya

Pasukan RFS mengambil peluang yang sesuai untuk memberikan kejutan kepada Ludo Maes semasa dia keluar meninggalkan bilik mesyuarat di Brussels, yang diatur tanpa pengetahuannya oleh stesen radio berkenaan.

Pada mesyuarat ini dia telah bersetuju untuk menjual peralatan pengganggu siaran kepada agen-agen di sebuah negara Afrika, setelah diberitahu bahawa kerajaan yang memerintah negara itu ingin mendatangkan gangguan pada stesen radio persendirian yang sering ‘berbuat bising’.

Walaupun dia mendakwa bahawa semua yang dia lakukan adalah “100% sah di sisi undang-undang”, Maes bersedia membenarkan pembekalan alat-alat penyiaran yang bernilai berjuta-juta dollar kepada seorang wartawan, yang telah menyamar sebagai seorang klien yang ingin melaksanakan gangguan pada sebuah lagi stesen radio bagi pihak sebuah intiti kerajaan – suatu keadaan serangan yang serupa dilaksanakan ke atas RFS.

Ludo Maes turut menawarkan dirinya untuk memberikan khidmat nasihat bagaimana mengubahsuai peralatan itu supaya menjadi “lebih berkesan” untuk tujuan itu.

Namun, apabila dia dicabar oleh kru kamera RFS, Ludo Maes menafikan bahawa dia mempunyai penglibatan dengan pelaksanaan gangguan dan dia pula mendakwa bahawa stesen radio itu tid.

Cubalah buktikan! RFS merasa amat gembira untuk menyahut cabaran Ludo Maes itu

Cubalah buktikan! RFS merasa amat gembira untuk menyahut cabaran Ludo Maes itu

Ludo Maes telah banyak kali menafikan bahawa mengganggu siaran stesen radio pihak lawan adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa.

Namun dia juga telah banyak kali mencabar RFS untuk menerbitkan bahan-bahan bukti yang berkaitan, yang mana kami amat gembira untuk melakukannya.

Lagipun, dalam tahun 2011, syarikat LDP milik Ludo Maes telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah klien, yang memohon sebuah transmisi pada frekuensi yang serupa dengan RFS sempena pilihanraya negeri di Sarawak, menerusi daerah Vladivostok di Rusia.

Tambahan pula, pada bulan Julai 2014 seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dari Rusia telah memberitahu, apabila ditanya, bahawa Ludo Maes sememangnya berada di sebalik serangan gangguan siaran radio itu.

Dalam sebuah emelnya kepada penerbit RFS sendiri, pegawai itu telah dua kali menyebut nama Ludo Maes.
Kejadian ini berlaku dalam bulan April 2011 dan data awam pada frekuensi berdaftar TDP telah dapat diperolehi bahawa ianya dipertanggungjawabkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi menyelaraskan transmisi-transmisi (HFCC).

ITU sendiri bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bertanggungjawab menguruskan peraturan-peraturan penerbitan siaran radio dunia, yang melarang sebarang usaha mengganggu siaran radio pihak pesaing.

Data yang ada pada rekod di HFCC – TDP adalah syarikat milik Ludo Maes dan didaftar bersamaan gelombang siaran RFS menerusi Pusat Frekuensi Am (GFC) di Rusia pada 14 April 2011

Data yang ada pada rekod di HFCC – TDP adalah syarikat milik Ludo Maes dan didaftar bersamaan gelombang siaran RFS menerusi Pusat Frekuensi Am (GFC) di Rusia pada 14 April 2011

Data HFCC/ITU jelas menunjukkan bahawa pada 14hbb April 2011, sebaik sahaja sebelum gangguan ke atas siaran RFS dimulakan, syarikat TDP milik Ludo Maes, telah didaftarkan oleh pihak penerbitan Rusia (GFC) untuk menerbitkan siaran dari daerah Vladivostok pada sebuah frekuensi yang berkonflik dengan frekuensi RFS.

Pemberitahuan ini mengesahkan bahawa TDP akan menerbitkan siarannya pada gelombang 15425kHz pada waktu dan tempat yang serentak dengan RFS, yang telahpun berterbit pada gelombang 15420kHz, suatu jarak yang tidak ketara.

Siaran berbahasa Iban (iba) RFS telah didaftarkan oleh pihak badan penyiaran US pada frekuensi yang serupa

Siaran berbahasa Iban (iba) RFS telah didaftarkan oleh pihak badan penyiaran US pada frekuensi yang serupa

Siaran yang serentak ini dengan cepatnya dikesan oleh HFCC, yang seterusnya memberitahu pihak FCC di Kerajaan US berkenaan pencerobohan ini.

RFS telah mendaftarkan siarannya menerusi FCC dan telah memberitahu dan mengadu kepada pihak kerajaan Rusia, yang seterusnya mematuhi undang-undang penyiaran dan dengan serta-merta menamatkan siaran Ludo Maes.

Dia telah membayar wang pendahuluan dan ingin menyiar menggunakan frekuensi yang sama (dengan RFS).

Untuk dijual – barangan seperti diiklankan pada laman Broadcast Belgium milik Ludo Maes

Untuk dijual – barangan seperti diiklankan pada laman Broadcast Belgium milik Ludo Maes

Tindakan penggangguan siaran RFS yang dilakukan oleh Ludo Maes telah dirakam dengan jelas oleh data rasmi yang ada, yang kemudiannya diterbitkan oleh HFCC.

Tambahan pula, inkuiri-inkuiri oleh RFS telah mengesahkan bahawa tindakan Ludo Maes telah disengajakan. Pemberi maklumat dari sumber dalaman di Rusia mengandaikan bahawa Ludo Maes telah membayar wang pendahuluan untuk slot transmisi, yang mana, menurut para pakar dalam perindustrian itu menganggar pelanggannya dikena dikenakan bayaran sebanyak ratusan ribu dollar untuk kos penyiaran selama enam bulan.

Sumber-sumber itu turut menyebut bahawa Ludo Maes pada mulanya telah meminta penerbit stesen Dance Music dari Rusia, yang dilancarkan oleh TDC beberapa bulan sebelumnya, menggunakan frekuensi yang sama dengan RFS. Namun Ludo telah dipujuk untuk menerbitkan siarannya menggunakan frekuensi 5kHz sedikit lebih jauh supaya penggangguan itu “tidak begitu ketara”.

Namun Ludo Maes tetap menafikan tuduhan itu semasa berhadapan dengan RFS pada minggu lepas.

Membantu menyembunyikan protes anti-empangan

Membantu menyembunyikan protes anti-empangan

Penafian Ludo Maes timbul selepas kami memberitahunya bahawa dia telah dinamakan oleh pihak-pihak kerajaan Rusia.

Sedekat bulan Julai tahun ini, seorang pegawai kanan Rusia dari Kementerian Dalam Negeri, yang kami kenali sebagai pengurus frekuensi Alexsey Vesnin, telah mengutuskan emel kepada agen penyiaran RFS, memberitahu bahawa kejadian penggangguan itu telah dilaksanakan, dan menamakan Ludo Maes sebagai dalangnya.

Dalam sebuah emelnya, bertarikh 22hb Julai 2014, pegawai Rusia ini menamakan Ludo Maes sebanyak dua kali dan merujukkan ‘pilihan umum’ sebagai keadaan untuk melaksanakan gangguan itu.

FCC adalah Perbadanan Komunikasi Persekutuan US, sebuah pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas frekuensi-frekuensi yang digunakan oleh stesen penyiaran yang digunakan oleh RFS dan yang telah mengemukakan aduan kepada pihak kerajaan Rusia berkenaan pelanggaran peraturan penyiaran tahun 2011 itu.

Pihak Rusia mengatakan bahawa mereka telah menghentikan amalan itu berikutan aduan yang dibuat dan mereka mengatakan bahawa mereka tidak menyedari adanya amalan penggangguan jarak jauh dari kawasan mereka.

Namun, Radio Free Sarawak seterusnya mengalami gangguan yang konsisten dan bukti menunjukkan bahawa gangguan itu terbit dari peralatan pengganggu siaran yang dipasang dalam negeri Sarawak sendiri.

Pemberi maklumat dari Sarawak memberitahu RFS bahawa para jurutera siaran dari Cats Radio, sebuah stesen radio peribadi milik keluarga Taib (satu-satunya radio swasta yang diberikan lesen di Sarawak) telah digunakan untuk mengendalikan peralatan penggangguan ini.

Nama baharu, amalan yang sama

Nama baharu, amalan yang sama

Broadcast Belgium, nama baru bagi sebuah syarikat milik Ludo Maes, merupakan pembekal utama peralatan ini, termasuk alat penyiaran dan tiang antenna, yang boleh digunakan untuk mendatangkan gangguan penyiaran gelombang pendek di kawasan sekitarnya.

Sebenarnya, para pakar dalam perindustrian itu mengatakan terdapat beberapa keperluan untuk peralatan yang dijual Broadcast Belgium – selain digunakan untuk melaksanakan gangguan pada stesen pihak pesaing.

Ludo Maes adalah pakar dalam bidang melaksanakan gangguan siaran radio yang menjejaskan kebanyakan siaran RFS, yang merupakan bunyi bising yang kuat.

Sila ikuti siaran RFS yang sedang diganggu di sini
Yang menariknya adalah apabila Ludo Maes menceritakan mengenai gangguan siaran radio yang dijalankannya di Afrika ketika dia berbincang dengan seorang kru RFS yang menyamar sebagai klien.

Apabila ditanya sama ada dia akan membantu mengganggu stesen radio pejuang di Afrika untuk kerajaan Afrika, pada mulanya dia mengatakan bahawa “menganggu siaran stesen yang lain dengan niat adalah salah di sisi undang-undang penyiaran”, namun kemudian dia mengatakan bahawa akan membantu untuk sedikit upah.

Bukan masalah saya … atau tanggungjawab saya

Bukan masalah saya … atau tanggungjawab saya

Secara bertentangan kru RFS turut bersungguh-sungguh bahawa Ludo Maes adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk urusniaga yang lumayan ini, lagipun dia lebih arifd dengan produk yang dia tawarkan itu.

Radio Free Sarawak telah menyamar sebagai seorang pelanggan, yang kononnya mewakili sebuah organisasi rahsia yang tidak dinamakan dari Afrika, yang bertujuan untuk membongkar segala kegiatan berselindung Ludo Maes.

‘Klien’ itu menunjukkan bahawa dia ingin berbincangan lebih lanjut berkenaan “projek penyiaran”, namun dia mengatakan bahawa dia lebih gemar untuk mengetahui lebih lanjut sebelum bermeyuarat dengan Ludo Maes sendiri.

Ludo Maes bersetuju untuk hadir, dengan syarat patuh kepada satu keperluan utama, yang sebenarnya sebuah pengesahan bertulis bahawa klien akan membayar wang pendahuluan untuk khidmatnya itu.

Bersedia untuk membincangkan sebuah projek yang meragukan, tetapi memerlukan wang pendahuluan

Bersedia untuk membincangkan sebuah projek yang meragukan, tetapi memerlukan wang pendahuluan

Apabila mesyuarat itu bermula ‘bakal pembeli’ dari RFS dengan cepat menjelaskan bahawa majikannya berminat untuk ‘mengganggu’ sebuah stesen radio pesaing mereka, yang “seringkali mengganggu pihak pemerintah” di sebuah negara Afrika yang tidak dinamakan dan pada akhir mesyuarat itu, Ludo Maes bersetuju untuk bersemuka dengan pembeli sebenar dengan harapan untuk terus memulakan projek itu.

Ludo Maes telah meyakinkan bakal pembeli barangannya bahawa peralatannya boleh dipasang dalam masa enam bulan dan dapat meliputan kawasan siaran yang luas.

Dan apabila ‘klien’ dari RFS cuba mendapatkan lebih lanjut apakah jenis-jenis khidmat lain yang ditawarkan oleh Ludo Maes, dia mengatakan bahawa syarikatnya bukan sahaja menjual peralatan penyiaran, malah mereka juga dapat “mengendalika projek” mengganggu siaran pihak pesaing dan menunjukkan kepada klien-kliennya bagaimana menggunakan peralatannya “seberkesan mungkin” menurut kehendak mereka.

Kami menasihatkan set yang mana paling berkesan kepada pelanggan kami

Kami menasihatkan set yang mana paling berkesan kepada pelanggan kami

Di akhir pertemuan itu Ludo Maes menyatakan kesediaannya berbincang lebih mendalam berkenaan projek itu, walaupun dia diberitahu bahawa projek itu adalah untuk mengganggu siaran pihak pesaing, bagi pihak sebuah kerajaan negara Afrika.

Ludo Maes dilihat tergesa-gesa meninggalkan mesyuarat di sebuah hotel di Brussels

Ludo Maes dilihat tergesa-gesa meninggalkan mesyuarat di sebuah hotel di Brussels

Dia telah membuat penafian setelah dia dihadapi oleh pasukan RFS yang bertanyakan kenapa dia sanggup berurusniaga sedemikian dan sama ada dia beraasa bersalah pada masyarakat tempatan yang malang yang telah dinafikan hak asasi mereka untuk mendengar kebenaran.

Sarawak Report percaya bahawa penafiannya mempunyai kekurangan di segi keyakinan dan tidak benar sepenuhnya.

Maka kami yang berkepentingan umum membuat keputusan untuk tidak mendengar ancamannya secara marah ‘enggan membenarkan’ kami menerbitkan rakaman temubual kami dengannya untuk tatapan orang lain.

Cuba tentukan sama ada amalan perniagaan Ludo Mes adalah “100% sah di sisi undang-undang” sebagaimana didakwanya atau dia hanya pembantu asing kepada Taib Mahmud, yang berasa gembira menerima wang upahan yang lumayan membantu menekan penduduk dan merancakkan lagi amalan berasuah di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments