Sarawak Energy Meninggalkan Baram! (Buat Selamanya)

Para pejuang kini bangkit bertindak ……

Para pejuang kini bangkit bertindak ……

Beberapa hari yang lalu suatu berita menyatakan bahawa Sarawak Energy telah meninggalkan tapak pembinaan Empangan Baram.

Namun hadangan-hadangan jalan yang didirikan, yang dikendalikan oleh komuniti-komuniti tempatan, masih bertahan untuk menghalang tindakan syarikat milik kerajaan negeri kembali semula ke tapak pembinaan projek empangan.

Pembangunan itu menandakan kemenangan bagi orang-orang tempatan, yang sekeras-kerasnya menentang empangan gergasi yang dirancangkan, yang bakal mengusir beribu-ribu keluarga dari kawasan pusaka dan menenggelamkan kawasan hutan yang amat luas.

Dan difahamkan bahawa Wakil Rakyat Denis Ngau telah mendesak syarikat Sarawak Energy untuk berundur dan menghentikan perlaksanaan agresif projek yang ditentang hebat oleh para pengundi di kawasan pilihanrayanya.

Dua tapak sedang dilaksanakan di Long Lama dan di hulu sungai Na’h.

Dua tapak sedang dilaksanakan di Long Lama dan di hulu sungai Na’h.

Selain itu, Ngau telah mencetuskan kemarahan kerana mengatakan bahawa penentangan orang tempatan pada rancangan itu telah dihasut oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan NGO.

Seorang Ketua Kampung telah mengirimkan sesalinan surat yang diutuskannya kepada Ngau sebagai responnya pada dakwaan Ngau itu, yang menunjukkan kemarahan komuniti-komuniti tempatan terhadap YB mereka itu.

Tarik balik mesin-mesin anda.

Tarik balik mesin-mesin anda.

Pengunduran pertama pekerja-pekerja SEB diketahui pada hari Khamis 25hb Oktober, apabila sepasukan lebih kurang 30 orang ahli kaji bumi yang tiba di tapak utama empangan di Na’h di kawasan hulu Baram untuk menjalankan kajian batuan di kawasan itu.

Orang-orang tempatan telah menghadapi pasukan ahli kaji bumi itu dan menyuruh mereka meninggalkan tempatan itu dengan segera.

Pasukan ahli kaji bumi itu yang telah mendirikan khemah mereka, pada mula memohon untuk berunding kemudian barulah mereka beredar, namun orang-orang tempatan tidak mahu berunding kerana mereka telah tidak menerima sebarang maklum-balas yang memuaskan daripada SEB dan mereka tidak mahukan sebarang empangan.

Pasukan itu kemudiannya bergegas meninggalkan tapak perkhemahan mereka tanpa membawa balik sebarang peralatan dan kelengkapan mereka dan orang-orang tempatan telah membuka khemah dan menutup tapaknya menggunakan kanvas untuk mengelakkan terjejas akibat hujan dan angin kencang.

Tiada sebarang keputusan dicapai? Hentikan pembohongan, kerana orang-orang tempatan tidak lagi mudah dikelirukan.

Tiada sebarang keputusan dicapai? Hentikan pembohongan, kerana orang-orang tempatan tidak lagi mudah dikelirukan.

Beberapa hari kemudian pengunduran diri pasukan ahli kaji bumi itu diikuti oleh pengunduran kira-kira 30 orang kakitangan Jabatan Tanah dan Survei, yang turut disertai oleh 14 orang anggota polis yang bersenjata, yang telah berpindah ke jalan akses di Pertengahan Baram, dekat Long Lama.

Pasukan ini telah berhadapan dengan penghadang jalan yang degil, yang dikendalikan oleh kira-kira 100 orang tempatan sepanjang masa. Pada hujung minggu ini mereka telah mengundurkan 4 buah jengkaut dan tiga buah jentolak, yang telah dibawa masuk ke kawasan itu.

Kini kesemua anggota dan pasukan keselamatan telah meninggalkan kawasan tapak itu. Yang tinggal hanyalah sebuah dari mesin-mesin dilaporkan tinggal dan dipercayai mengalami kerosakan enjinnya.

Pasukan di Long Lama telah mewakili kontinjen yang terdahulu tiba di tapak itu. Kemudahan telah didirikan untuk menempatkan sepasukan buruh, yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan jalan menghala ke tapak empangan itu bila-bila masa.

Tempat penginapan para pekerja untuk empangan Baram sedang dibina, sedangkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu diberitahu bahawa “tiada sebarang keputusan telah dibuat”

Tempat penginapan para pekerja untuk empangan Baram sedang dibina, sedangkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu diberitahu bahawa “tiada sebarang keputusan telah dibuat”

Kerja-kerja ini (yang merupakan sebuah lagi kontrak yang diberikan kepada salah sebuah syarikat Ketua Menteri Sarawak, PPES) telah juga ditangguhkan.

Sebuah lagi kejayaan yang berpihak pada orang-orang tempatan adalah di mana sekumpulan pembalak yang telah ditahan pada minggu lalu, yang pada mulanya menafikan perkaitan mereka dengan Sarawak Energy. Mereka mendakwa bahawa mereka hanya mengusahakan sebuah lesen pembalakan biasa sahaja.

Terjalinnya suatu perpaduan – para penghadang memasak ikan (yang ditangkap dari sungai-sungai berhampiran) untuk komuniti-komuniti.

Terjalinnya suatu perpaduan – para penghadang memasak ikan (yang ditangkap dari sungai-sungai berhampiran) untuk komuniti-komuniti.

Namun apabila dicabar untuk menunjukkan peta-peta dan lesen-lesen mereka para pembalak itu menunjukkan sebuah peta yang mengandungi sebuah logo SEB di atasnya dengan perincian mengenai laluan-laluan akses menuju ke tapak empangan itu.

Maka, sebenarnya para pembalak itu telah dikontrakkan oleh SEB menebang semua kayu balak yang boleh dijual di sepanjang laluan akses menghala ke tapak empangan itu.

Secara kebetulan atau disengajakan tindakan-tindakan itu dilihat berlaku serentak di mana perwakilan Negeri Sarawak dan SEB telah mendakwa di persidangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Geneva bahawa mereka menghormati sepenuhnya hak-hak orang asal Sarawak dan mengikuti semua protokol pembinaan empangan antarabangsa dan belum lagi memulakan sebarang projek yang baru.

Dalam masa mereka menghantar jentera-jentera berat mereka untuk membina rumah-rumah kediaman pekerja dan menebang kayu balak untuk membuka laluan-laluan akses ke tapak empangan, para perwakilan SEB di Geneva telah berdiri dan lantang bersuara mengatakan “belum ada sebarang keputusan” sama ada untuk meneruskan Empangan Baram atau mana-mana 12 buah empangan lagi.

SEB telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyokong dakwaan-dakwaan mereka itu yang mengatakan bahawa keseluruhan projek itu adalah di peringkat rundingan. Dan CEO warga Norway yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, Torsetein Dale Sjotveit itu telah mendakwa bahawa Empangan Baram itu tidak akan dimulakan sebelum ianya dibenarkan dan diluluskan sehingga 2014!

Keputusan pelaburan yang belum selesai? Maka, apakah kegunaan pinjaman SEB berjumlah 15 bilion ringgit itu?

Keputusan pelaburan yang belum selesai? Maka, apakah kegunaan pinjaman SEB berjumlah 15 bilion ringgit itu?

CEO Torstein dalam SEB telah memberikan pelaburan bernilai beratus-juta ringgit kepada syarikat-syarikat milik bosnya, Taib Mahmud (termasuk kontrak kepada syarikat PPES untuk persediaan Empangan Baram) juga direkodkan sebagai penafian bahawa SEB sebenarnya telah meminjam RM15 billion untuk projek-projek berkenaan.

Bukti pinjaman itu terdapat dalam Rekod-Rekod Pendaftar Syarikat, yang boleh dilihat oleh orang awam, walaupun Sarawak Energy belum mengeluarkan Penyata Tahunannya kepada umum sejak 2010. Adakah itu yang mereka maksudkan sebagai ‘amalan terbaik’ yang diperkenalkan oleh CEO warga Norway itu?

Pinjaman “KeIslaman”luar negara yang amat besar yang dibuat oleh SEB secara senyap-senyap oleh syarikat pengurusan kewangan dan bukannya merupakan sebuah bank. Syarikat Equity Trust juga menguruskan kebanyakan pelaburan keluarga Taib di British Virgin Islands.

Pinjaman “KeIslaman”luar negara yang amat besar yang dibuat oleh SEB secara senyap-senyap oleh syarikat pengurusan kewangan dan bukannya merupakan sebuah bank. Syarikat Equity Trust juga menguruskan kebanyakan pelaburan keluarga Taib di British Virgin Islands.

Para pemerhati yang mahir mengatakan bahawa taktik-taktik Sjotveit bagi pihak Taib, dakwaan SEB di Geneva tempoh hari diatur secara serentak dengan bermulanya kerja-kerja di Baram, dan ini merupakan taktik-taktik yang tipikal.

Ia juga bukan suatu yang berkebetulan bahawa SEB mengumumkan di PBB bahawa mereka telah mempelajari sesuatu dari lawatan mereka ke Laos, di mana projek empangan yang amat kontroversi dan pemusnah sedang dibina.

Orang-orang asli Sarawak mungkin tidak dapat diyakinkan bahawa boss SEB warga Norway itu mempelajari sesuatu dari Laos dalam menguruskan Hak-hak Kemanusiaan.

Mereka juga telah menjelaskan bahawa mereka tidak boleh ditipu lagi. Namun, dalam kes ini, SEB dan orang-orang Taib yang kerapkali menipu kaum-kaum asli, bukannya NGO seperti yang didakwa dalam media.

Papan tanda projek, termasuk syarikat pembinaan PPES, yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS.

Papan tanda projek, termasuk syarikat pembinaan PPES, yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments