“Puteri” Jamilah! - Lagi Banyak Pendedahan Mengenai Keluarga Di-raja Taib

Kot bulu dan intan berlian – adakah semua itu boleh menjadikan seseorang itu seorang Puteri?

Sarawak Report boleh mendedahkan bahawa anak sulung perempuan Taib, Jamilah, pernah diberi gelaran “Puteri Jamilah” ketika dia menuntut di sebuah kolej di Kanada, berdasarkan kekayaan bapanya.

Rakan-rakan sepengajiannya di Universiti Carlton di Ottawa itu amat kagum dengan kemewahan anak gadis itu, pakaian mewah dan kediamannya, maka mereka secara berjenaka memberikan gelaran di-raja padanya.

Pendedahan itu, seperti yang dimaklumkan kepada Sarawak Report oleh rakan-rakan sepengajiannya, turut menambahkan kepura-puraan keluarga Taib pada hidup seperti keluarga di-raja yang sukar disingkirkan.

Beberapa hari yang lalu sepupu-sepupu Ketua Menteri Taib telah didedahkan sebagai mengatakan bahawa orang tempatan menganggap mereka “sebagai golongan di-raja”, di samping mengadu bahawa orang-orang pribumi itu sebagai “terlalu miskin”, yang mereka anggap sebagai setinggan, “mengharapkan pemberian dihulurkan” setiap kali mereka melalui kawasan-kawasan pedalaman.

Maklumat mengenai kekayaan Jamilah di awal usianya itu juga turut bercanggah dengan dakwaan Taib suatu ketika dahulu bahawa kekayaan luar biasa anak perempuannya itu “kerana anak perempuannya itu seorang yang bijak”.

Bergambar bersama ibu saudaranya, Raziah – seorang lagi wanita yang mengenakan barangan berlian multi-jutaan dollar nilainya?

Dalam sebuah kenyataan Taib telah secara ofensif dan angkuhnya mengatakan bahawa keempat-empat orang anaknya (dan juga keseluruhan keluarganya) kini menjadi kaya raya kerana mereka menggunakan otak mereka untuk bertindak dan bukannya kerana wang atau peluang yang diwariskannya kepada mereka.

Dia kemudian mengetuk-ngetuk kepalanya sambil mengatakan bahawa orang yang tidak mencapai kemewahan di Sarawak, dengan mendakwa bahawa “mereka yang tidak mempunyai benda itu di sini (kepala), tiada apa yang boleh dicapai”.

Bongkak dan bohong?

Taib telah menghina semua orang miskin di Sarawak, dengan mengatakan bahawa mereka boleh menjadi kaya seperti anak perempuannya itu jika mereka tidak terlalu bodoh!

Namun siasatan kami membuktikan bahawa Taib telah menghimpunkan kekayaaan untuk keluarganya, dengan mengaut kekayaan negerinya untuk dirinya sendiri, dan bukannya melaburkan wang itu dalam pendidikan, kesihatan, perumahan dan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyatnya di negerinya.

Ingin kami bertanyakan satu soalan. Jika Jamilah telah menjadi kaya atas usaha diri sendiri, maka bagaimanakah dia mampu mengejutkan rakan-rakan sepengajiannya dengan segala kemewahan, sebelum dia berpeluang menamatkan pengajiannya dan mendapatkan sebarang pekerjaan?

Layak untuk seorang Putera? – hadiah Jamilah pada teman lelakinya Sean Murray, sebuah Mercedes Convertible sebaik sahaja mereka berkahwin dan pemelukan pertukaran agaman Sean dari Katolik kepada Islam.

Kereta mewah Mercedes Convertible untuk teman lekakinya Sean, sebuah hadiah hari jadi daripada Jamilah

 

 

 

 

 

 

Kot bulu dan barangan kemas mewah – keluarga Murray menetap di kanada di dalam rumah kedua termahal di kejiranan itu.

Sebagai responnya Taib memberikan alasan bahawa Jamilah bermula menghimpunkan harta kekayaannya di Kanada ketika dia masih menuntut dalam tahun 1983, dengan memulakan perniagaan “kecil-kecilan” menggunakan wang pencennya sebagai bekas Menteri Persekutuan dulu.

Dia telah gagal menjelaskan secara terpencil mengenai ‘pembayaran pencen’ yang tinggi jumlahnya dan pada kadar yang tidak menentu atau mengatakan berapa banyak pencen berkenaan.
Namun rakan-rakan sepengajiannya telah mengesahkan bahawa Jamilah kelihatan menjalani hidup mewah walaupun masih berusia belasan tahun dan mendedahkan bagaimana dia memikat teman lelakinya, kini suaminya, Sean Murray menggunakan hadiah-hadiah yang mahal-mahal.

Sebagai hadiah hari jadinya, menurut ingatan mereka, dia menghadiahkan Sean dengan sebuah Mercedes Covertibles siri 1983.

 

 

Walaupun telah memeluk Islam namun Hisham (Sean) Murray merupakan penderma ternama kepada acara-acara Katolik masyarakat Irish di Ottawa, di mana dia dan isternya Jamilah merupakan penduduk berstatus tinggi di situ.

Maklumat ini selaras dengan hasil siasatan Sarawak Report yang mengesahkan bahawa syarikat pasangan itu di Ottawa, Sakto Development Corporation, sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1983 oleh saudara Taib sendiri, Onn Mahmud, bersama-sama anak-anak remaja Taib yang masih sebagai penuntut-penuntut kolej, iaitu Jamilah dan Abu Bekir.

Bukti itu bercanggah dengan cerita yang telah dikemukakan sebelum ini bahawa syarikat Sakto adalah ‘syarikat yang diasaskan oleh keluarga Murray’, sebagaimana diakui oleh bapa Sean dan saudara kembarnya.

Setelah berkahwin dengan Jamilah, Sean diamanahkan menjawat jawatan-jawatan pengarah dalam beberapa buah syarikat keluarga Taib di Australia dan Amerika, yang tiada sebarang kaitan dengannya pada ketika syarikat-syarikat itu ditubuhkan.

Walau bagaimanapun, Sean kini berperanan sebagai pengasas empayar hartanah di Kanada yang memiliki anak-anak syarikat dan pegangan di UK, US dan negara-negara lain di Eropah. Ramai di kalangan ahli keluarga Murray kini menikmati pekerjaan dari sebuah organisasi yang diasas menggunakan wang sogokan konsesi pembalakan di Sarawak.

Ketua keluarga bangsawan atau setakat penjaga harta Taib di luar negara?

Sebenarnya kesemua wang untuk menjana kemewahan ini datangnya dari Taib sendiri, yang kini dikenali sebagai orang politik yang terkaya di Malaysia yang berlandaskan wang sogokan pembalakan dan penipuan ke atas rakyatnya menggunakan hasil memusnahkan Hutan Borneo.

Kemewahan bukan semestinya bermaksud kebangsawanan

Kediaman kedua termahal di Kanada – rumah Jamilah

Kepura-puraan Jamilah menjalani hidup sebagai ahli keluarga bangsawan turut dinikmati oleh saudara-saudara lelakinya, Abu Bekir dan juga Sulaiman Abdul Rahman, kedua-duanya amat taksub pada hidup mewah dan kereta berkelajuan tinggi.

Saudaranya, Sulaiman Abdul Rahman, yang gemar dinamakan sebagai ‘anak raja’ yang pernah merancang untuk membeli syarikat Bugatti (pembuat kereta mewah kegemarannya) dan berhasrat memindahkan kilang syarikat itu dari Italy ke Sarawak!

Para pembaca harus ingat, bahawa gaji rasmi “ahli monarki” itu yang digunakan untuk menyara hidup keluarganya adalah sekadar RM12,000 sebulan.

Wang selebihnya datangnya dari segala apa yang dimiliki rakyatnya yang kini mewakili salah sebuah dari dua negeri termiskin di Malaysia berkenaan pendapatan per kapita.
Mewah semewahnya

Jamilah dan Hisham Murray telah bertambah mewah semenjak mereka melangsungkan perkahwinan ‘di-raja’ mereka dahulu. Jamilah yang dianggap sebagai salah seorang yang terkaya di Kanada jarang dilihat mengenakan barangan kemas bersaiz besar pada dua majlis berasingan. Hakikat ini dibuktikan menerusi gambar-gambar foto juru-juru gambar yang gemar memburunya di mana-mana majlis keramaian mewah yang dihadirinya.

Anak-anaknya sering dilihat mencatatkan tweet mereka mengenai anak-anak kuda, berlayaar dan percutian ke British Virgin Islands yang terkenal sebagai kawasan pelancongan luar negara bebas cukai.

Kenapa memilih British Virgin Islands?

Jamilah mempunyai kepentingan dalam tidak kurang dari 84 buah syarikat yang besar yang beribu pejabat di Sarawak dan mendapat manfaat dari konsesi-konsesi dan kontrak-kontrak pemberian negeri. Syarikat-syarikat ini termasuk CMS, di mana dia merupakan salah seorang pemegang utama saham-sahamnya, walaupun tidak tidak pernah menetap atau bekerja di Sarawak semenjak dia menuntut di kolej di Kanada sekitar tahun-tahun 1980-an dahulu.

Persembahan penuh fantasi – ‘Puteri’ Jamilah melakonkan watak Diana Ross.

Bagaimana dia mampu melaksanakan semua itu?

Dan walaupun Taib gemar berpura-pura dengan mengatakan bahawa dia dan juga ahli-ahli keluarganya tidak berniaga di Sarawak, tetapi lebih berminat untuk berbuat demikian di luar negara bagi menghadapi saingan perniagaan yang lebih sengit menggunakan akal fikiran mereka yang mengatasi apa yang dimiliki oleh rakyatnya sendiri, Jamilah dan suaminya Sean telah secara tiba- muncul sebagai pewaris perniagaan dalam sebuah kawasan yang kononnya dinamakan sebagai Kawasan Pembangunan “Isthmus” di Kuching, Sarawak.

Namun, para pemilik sah ke atas tanah-tanah di kawasan itu telah dipaksa meninggalkan kawasan itu atas arahan kerajaan dan dibayar sedikit pampasan, telah tidak berpeluang mendapat bahagian dalam konsesi di kawasan itu.

Mungkin kini mereka dianggap sebagai “penduduk setinggan”?

Jelaslah mereka itu tidak mempunyai akal fikiran yang setanding dengan yang dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib

Hartanah utama yang baru di Kanada didedahkan

Sebuah rumah mewah percutian terapung di tebingan tasik di kanada, di mana keluarga Taib memiliki tanah seluas 300 ekar.

Sebelum ini keluarga Murray telah didedahkan bukan sahaja sebagai pewaris banyak syarikat dan pegangan saham-saham di Sarawak, tetapi juga syarikat Sakto/Citygate di Kanada, syarikat Sakti di US dan syarikat Ridgeford Properties di London, kesemuanya bertindak sebagai pengendali hartanah bernilai ratusan-juta ringgit untuk syarikat-syarikat mereka yang lainnya.

Di Australia mereka juga bertindak selaku pemegang saham-saham dan juga sebagai pengarah-pengarah dalam syarikat Sitehost, sebuah syarikat hartanah utama di Adelaide.

Pada hari ini, NGO Switzerland, Bruno Manser Fund, juga mendedahkan bahawa keluarga ‘bangsawan’ ini, yang gemar berhibur dan berseronok, sebagai para pemilik hartanah seluas 300 ekar dan sebuah kediaman mewah di Howe Island dalam kawasan St Lawrence Thousand Island yang dikhaskan untuk golongan yang serba mewah.

Sejak kebelakangan ini pasangan suami-isteri Jamilah dan Sean dianggap sebagai pasangan Kanada yang mewah. Pada musim cuti umum Malaysia, Jamilah dikatakan sering berkunjung ke pejabat Kedutaan Ottawa untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia dan dia menghulurkan wang kertas RM50 untuk setiap seorang mereka.

Perbuatan ini dianggap sebagai murah hati, namun adalah jelas bahawa wang sedemikian tidak seharusnya dihulurkan oleh Jamilah, tetapi wang sedemikian adalah dari sogokan pembalakan dari Sarawak dan konsesi-konsesi perladangan dan kontrak-kontrak pemberian daripada kerajaan negeri Sarawak.

Persoalan-persoalan mengenai punca kemewahan Jamilah kini semakin bertambah di kalangan rakan-rakan golongan kaya keluarga Murray yang pada asalnya dari golongan orang biasa. Golongan itu kini mulai memahami bahawa hartanah dan kediaman-kediaman mewah mereka itu dibeli menggunakan wang sogokan pembalakan dan perladangan dan juga pemusnahan Hutan Borneo dan juga khazanah alamnya yang bernilai tinggi.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments